Assalamualaikum..
Kak.. kenapa muka sunburn? tegur temanku semalam. Oh, tengah hari semalam akak pergi ke kubur. Balasku. Dengan keadaan cuaca sekarang ni, berdiri di tengah panas tak sampai sejam pun boleh buatkan kulit muka terbakar. Sedangkan, sepanjang waktu itu aku memang berpayung. Okey, berbalik tentang kisah di kubur. Inalillah.. pagi semalam sepupu emak telah kembali ke rahmatullah. Walaupun aku tidak berapa rapat, namun aku turut menitiskan air mata ketika pergi melawat. Ini kerana arwah dan keluarganya sangat baik orangnya. Setiap kali bertemu, hubungan kekeluargaan yang begitu erat jelas kelihatan di mataku. Kehilangan insan yang sebegitu pastinya membuatkan semua orang rasa bersedih.
Yang aku ingat tentang arwah ialah arwah pendiam orangnya. Bila berbual suami arwah yang banyak mendominasi perbualan. Namun walaupun pendiam, arwah dan keluarganya cukup rajin menziarahi saudara mara. Arwah dan suaminya juga nampak sangat loving. Cara arwah dan suami melayani anak-anaknya juga sangat baik. Sewaktu hayatnya adalah dua tiga kali aku ke rumahnya. Setiap kali itu pastinya beria arwah akan menjamu tetamu. Hari sabtu sebelum arwah dimasukkan ke hospital, sempat lagi arwah mahu buat kenduri untuk menjamu jiran-jiran dan kaum keluarga yang dekat-dekat. Sedangkan pada waktu itu kesihatan arwah tidaklah berapa baik.
Yang aku ingat tentang arwah ialah arwah pendiam orangnya. Bila berbual suami arwah yang banyak mendominasi perbualan. Namun walaupun pendiam, arwah dan keluarganya cukup rajin menziarahi saudara mara. Arwah dan suaminya juga nampak sangat loving. Cara arwah dan suami melayani anak-anaknya juga sangat baik. Sewaktu hayatnya adalah dua tiga kali aku ke rumahnya. Setiap kali itu pastinya beria arwah akan menjamu tetamu. Hari sabtu sebelum arwah dimasukkan ke hospital, sempat lagi arwah mahu buat kenduri untuk menjamu jiran-jiran dan kaum keluarga yang dekat-dekat. Sedangkan pada waktu itu kesihatan arwah tidaklah berapa baik.
Alhamdulillah.. emak sempat mencium wajah arwah sepupunya buat kali terakhir semalam. Terasa sebak bila melihat suami arwah begitu asyik merenung wajah isterinya saat orang lain mengambil giliran untuk mencium wajah isterinya. Subhanallah, betapa kasih sayang itu jelas terpamer dalam aksi yang sebegitu. Suami arwah juga menjadi imam untuk solat jenazah. Setiap kali ada yang menitipkan ucapan takziah, suaminya nampak cukup sebak. Namun sesudah itu dengan senyuman yang manis, suami arwah akan bercerita tentang saat terakhir isterinya. Mengalir air mataku mendengar saat manis mereka berdua sebelum itu. Terasa indahnya bila kasih sayang mereka berakhir hingga ke hujung nyawa.
Setelah solat jenazah selesai, kami ikut sekali menghantar ke kubur. Waktu itu jam sudah menghampiri 12 tengah hari. Panas sedang terik. Peluhku memang menitik-nitik dalam jubah hitam yang aku pakai. Sebaik talkin dibacakan, cuaca jadi redup dengan tiupan angin yang menyejukkan. Melihat keadaan yang begitu, aku lantas menutup payung. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Apa yang boleh aku katakan ialah, indahnya pengakhiran buat arwah. Pengakhiran yang baik-baik untuk isteri yang diredhai suaminya. Ibu yang disayangi oleh anak-anak dan menantu. Wanita yang disayangi oleh adik beradik, ahli keluarga, saudara mara, jiran-jiran dan rakan taulan. Semoga arwah tenang di sana. Semoga pengakhiran kita juga akan sebaik arwah hendaknya.. insyaAllah.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
8 comments:
Semoga arwah tenang disana...amin..
Melihat perjalanan dia pergi pun kita dapat membayangkan ketengangan arwah di sana Hanis...
Janji Allah itu BENAR kan sis...dari cerita kamu..arwah benar2 telah menjalankan kewajipannya sebagai hamba Allah...ada tempatnya disisi Allah kan...kita ini bagaimana pula nnt kan...
Dia Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih. Semoga mereka yg dijemput awal dari kita sentiasa berada dalam rahmatNya...
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Moga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.
Salam takziah buat Hanis dan ahli keluarga arwah.
moga arwah tenang di sana...amin
doa yg baik2 insyallah
al-fatihah. semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman. in sha allah.
Post a Comment