Monday, March 17, 2014

Manisnya ujian ALLAH..

Assalamualaikum..

Allahuakbar. Hari ini sudah masuk hari ke-10. Kalau MH370 sudah hilang untuk hari ke-9, adikku pula sudah 10 hari dimasukkan ke hospital. Daripada aku tersesat barat untuk ke Hospital Ampang Puteri sampailah aku dah naik hafal jalan menuju ke sana dengan memandu sendiri. Daripada aku menggeletar ketika menerima berita itu sehinggalah aku dan adikku boleh duduk berbual dan bergurau senda sekarang. Syukur ya ALLAH!

Dipanggil untuk bertemu dengan doktor-doktor pakar saat adik aku sedang tenat memberikan pengalaman yang cukup menakutkan buat aku dan adik bongsuku. Melihat adikku terbaring dengan kesukaran bernafas dan keadaan yang cukup menyedihkan di katil wad ICU membuatkan kakiku lembik. Melihat para doktor dan jururawat mengeliling katilnya membuatkan aku jadi kecut perut. Melihat mesin-mesin peralatan perubatan yang tidak satu pun aku kenali disambungkan ke tubunhnya membuatkan aku jadi risau yang amat.

Alhamdulillah.. dalam waktu-waktu itu, en.asben sentiasa berada di sisi. Kaum keluarga,  rakan taulan dan jiran sentiasa ada untuk ikut berdoa dan saling memberikan sokongan. Ianya membuatkan aku dan keluarga jadi lebih kuat. Alhamdulillah.. ujian itu membuatkan aku lebih dekat dengan ALLAH. Hanya ALLAH yang boleh membantuku dalam menghadapi keadaan begitu. Dugaan itu juga membuatkan kami sekeluarga jadi lebih rapat. Dalam saat begitu, terasa kami sekeluarga lebih bersatu. Subhanallah.. hikmah Allah itu ada dalam setiap ujiannya. 

Syukur, keadaan adikku sudah agak baik sekarang ini. Namun dia masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan dari doktor-doktor pakar. Doaku, semoga dia diberikan kesembuhan. Semoga kesihatannya semakin baik dan semangatnya terus kuat. Buat semua, minta tolong doa-doakan kesihatan adikku juga ya. Doa-doa kalian mungkin lebih dimakbulkan oleh ALLAH. Terima kasih semua. Terima kasih juga buat kaum keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang datang menziarahi di hospital. Semoga kasih sayang ALLAH sentiasa ada buat kalian semua yang baik budi. 

Alhamdulillah, dalam ALLAH mendatangkan ujiannya, ada berita baik yang ALLAH berikan untuk kami. Syukur. Menerima berita baik dalam menghadapi ujian dari-NYA membuatkan berita itu jadi lebih manis lagi. Yang pasti ujian dari ALLAH itu untuk menguji keimanan kita. Ianya juga untuk memastikan dan membuatkan kita bergantung harap hanya pada ALLAH. Disitulah letaknya manis dalam ujian dari ALLAH. Bersangka baik pada ALLAH pada setiap masa. InsyaALLAH, bantuan dan pertolongan ALLAH sentiasa ada untuk kita. 

Doa juga untuk MH370.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day. 

12 comments:

Izwa Kamaruddin said...

semoga adik akak terus terus sihat & diringankan bebanan kesakitan ye..

alhamdulillah dalam dugaan lebih merapatkan ukhwah

Acik Erna said...

semoga adik Hanis terus sembuh dan sihat sepenuhnya.

sud@is said...

Semoga adik Hanis diberi kesembuhan dan menjalanai kehidupan seperti biasa amin Insayaallah

Unknown said...

semoga ada berita lebih baik kelak.
shark doakan agar semuanya baik-baik belaka.
amin.

Norma NML said...

Semoga adik Hanis cepat sembuh...be strong ok .

JunAina said...

Alhamdulillah Fea...itulah "Rahmat Disebalik Dugaan". Tiba2 entri kita lebih kurang sama sahaja maknanya.

Kakzakie Purvit said...

Doa dari kakak juga Hanis moga semua diberi kekuatan dan tabah menempuh ujian yg diberikan..

Insya-Allah adik Hanis akan sembuh atas kasih dan sayangNya juga.

Eye_nee said...

Pengalaman yg Hanis Ceritakan terus menerjah kepala 4 thn dulu..Saat abgchik di ICU...begitu;ah keaadannya..kaki melembik tak semena-mena..jantung seakan terhenti dibuatnya...yg membezakan..Adik Hanis beransur pulih..tp abg chik...Pergi utk selamanya..

Semoga Adik Hanis terus baik kesihatannya yer...

Dugaan Allah kan..tidak termampu menidakkannya...hanya redha...

Bitt (doubeIS) said...

semoga dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik...amin

salam kenal :)

ummiross said...

semoga adik hanis cepat sembuh sepenuhnya.
Alhamdulillah...nikmatnya kurniaan Allah SWT tentu lebih terasa setelah diuji.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

apa juga jenis penyakit adik hanis saya harap semoga cepat sembuh dan kembali sihat..insyaallah

Mak Wardah said...

Akak doakan segalanya dipermudahkan Allah untuk Hanis dan keluarga.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...