Monday, March 31, 2014

Bila-bila masa saja..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Terasa cukup bersyukur bila dikurniakan dengan keluarga mentua yang baik. Ianya membuatkan keluarga mentua bagaikan keluargaku sendiri. Nenek dan atuk mertuaku juga, masyaALLAH sangat baik orangnya. Penerimaan dan layanan yang baik dari embah mertuaku seawal aku menjadi keluarga mereka membuatkan aku menyayangi keduanya bagaikan aku menyayangi nenek dan atukku sendiri. Inalillah.. arwah embah lanang (atuk) sudah beberapa tahun kembali ke rahmatullah. Arwah embah wedoq (nenek) pula baru kembali mengadap ilahi pada malam jumaat yang lalu. Pemergian insan sebaik arwah embah membuatkan ahli keluarga dan semua yang mengenalinya merasa cukup kehilangan. Aku juga menjadi sangat sedih. Terngiang-ngiang kata-kata yang selalu embah ucapkan saat mahu berpisah, jangan lupakan embah ya. InsyaALLAH.. aku tak akan lupakan embah.

Minggu lepas, embah dimasukkan ke hospital. Hari rabu, keadaan kesihatan embah semakin merosot. Hari khamis pagi, embah ditukarkan hospital lain untuk rawatan pakar. Menjelang petang keadaan embah semakin kritikal. Sepanjang minggu emak mertua memang tiada di sini kerana menemani ayah ke Indonesia. Kami berangkat pulang untuk melawat embah di hospital pada petang khamis tu selepas emak dan ayah sampai ke Malaysia. Sepanjang perjalanan hati aku dan en.asben jadi resah. Risau andai tidak berkesempatan membawa emak mentua untuk bertemu dengan embah. Tersekat selama satu jam kerana kesesakan di Jalan Duta benar-benar melemaskan. Alhamdulillah.. perjalanan selepas itu mula lancar. Kami selamat tiba di hospital pada jam 9 malam. Alhamdulillah.. emak, ayah dan kami semua dapat berjumpa dengan embah di wad icu sebelum ALLAH mengambil nyawa embah satu jam  selepas itu. Inalillah..

Pengalaman yang mendebarkan bila melihat lampu kecemasan berkelip-kelip dan berbunyi nyaring di katil embah. Terasa kecut perut bila melihat bacaan nadi mula menurun dan terus menurun hingga ke angka kosong. Dengan air mata mengalir, penuh debaran aku dan sepupu encik asben ralit memerhatikan wajah embah dan mesin itu silih berganti sambil memegang tangan embah. Mulut kami pula tidak berhenti menyebut nama ALLAH di telinga embah. Embah sudah tiada reaksi pada waktu itu. Hanya mesin yang menjalankan tugasnya kepada embah pada saat terakhir itu. ALLAHUAKBAR.. ALLAH lebih sayangkan embah dari kami semua. Al-fatihah untuk arwah embah. Semoga arwah embah dan semua arwah yang sudah meninggalkan kita tenang di sana.

Alhamdulillah.. segala urusan kami dipermudahkan oleh ALLAH. Perjalanan terakhir embah juga dipermudahkan. Mudah sungguh embah pergi mengadap ALLAH. Syukur. Beberapa jam sebelum kami sampai ke hospital, kakak ipar memberitahu yang doktor mengatakan, bila-bila masa saja embah akan pergi. ALLAHUAKBAR.. itu perkhabaran tentang embah pada waktu itu. Ianya menjadi peringatan juga untuk kita yang waktu seperti itu juga akan datang pada kita bila-bila masa saja. Semoga kematian kita akan menjadi kematian yang baik-baik juga hendaknya.. insyaALLAH. 

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita. Take care and have a nice day!

4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

semoga embah tenang disisiNYA..

al-fatihah..

nahlia said...

Walaupun sampai awal..kak li hanya berpeluang pegang kaki embah....sejuk sgt...masa tu embah tngh dirawat oleh doktor

pB said...

Saya kehilangan nenek pada pagi jumaat lepas.

Semoga roh mereka Allah tempatkan di kalangan orang orang yang akan mendapat syurga Allah

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

innalillah...al fatihah utk embah.moga ditempatkan bersama orang2 yg soleh.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...