Nuffnang

Friday, March 7, 2014

Dah berubahlah..

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni, ramai yang menegur kata aku dah berubah. Err... bukanlah berubah jadi kurus. Yang tu belum lagi he..he.. Masih dalam proses hingga hujung tahun kut ha..ha.. (berangan ajelah yang aku mampu kalau dah susah sangat nak jaga makan kan hu..hu..). 

Sebenarnya yang berubah tu adalah waktu aku sampai ke pejabat dan waktu aku meninggalkan pejabat. Sejak Is bertukar ke sekolah baru, jadual aku ke pejabat pun dah berubah mengikut jadual dia pergi sekolah. Kalau di sekolah lama dulu memang dia pergi sekolah dengan menaiki van. Tapi di sekolah baru ni aku yang kena hantar dia ke sekolah. Sekolah kan pukul 7.20 dah masuk. Pukul 7.15 tu dah tunjuk muka cuak dah kalau masih tak sampai depan pagar sekolah. So, tak dapatlah aku nak berlambat-lambat lagi di waktu pagi. Aku bersiap kat atas dia dah siap-siap masukkan barang-barang semua dalam kereta. Aku keluar rumah aje Is terus sua kunci rumah dengan kunci kereta. Siap standby kan kasut kerja aku sekali. Punyalah dia taknak lambat. Itu yang aku sampai ke pejabat pun awal betul. Belum 7.30 lagi aku dah ada kat meja. Itu pun siap dah singgah beli sarapan kat Petronas.  Kalau dulu lagi satu minit nak pukul 8 baru sampai pejabat. Kadang-kadang terlebih pulak satu atau dua minit. Hmm.. terlambatlah tu.

Waktu balik pun aku yang ambil Is di sekolah. Tapi Is selalu solat asar berjemaah dulu di sekolah. So, aku pun tak perlu rushing  nak balik. Orang dah ramai balik baru aku pun  balik. Kiranya lambatlah sikit dari dulu yang cukup masa aje dah hilang dari meja he..he.. Dalam seminggu tu, adalah tiga kali lepas ambil Is aku kena  terus pergi ambil Han di sekolahnya pulak. Pukul 6 tu selalunya aku masih kat dalam kereta lagi bersama dengan anak-anak. Sampai rumah dapatlah rehat kejap sebelum kena masuk dapur pulak. Setiap hari kerja memang kena siap masak sebelum pukul 7.30 malam. Sebabnya Han ada kelas tuisyen di sebelah malam 3 kali seminggu dan 1 kali kelas muzik untuk Han dan Is. Kiranya dalam seminggu tu cuma ada satu malam aje yang aku dapat rehat sikit. Hari kerja sekarang ni jadual aku memang pack. Lepas siap hantar anak ke kelas, kain untuk dilipat memang dah sedia menunggu. Aku memang paksa diri untuk lipat kain hari-hari sebab aku tak nak tengok kain baju mengunung. Nanti jadi lagi malas nak lipat pulak. Jadi walau tak larat dan malas sekali pun sambil mata nak terpejam-pejam aku tetap juga lipat kain he..he..

Sebelum ni aku memang mengelak untuk buat tugasan menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Lebih-lebih lagi bila en.asben bekerja di KL. Jadi tugasan tersebut perlu aku lakukan sendiri. Faktor waktu bekerja, masa dan kesibukan dengan tugasan harian membuatkan aku rasa aku tak mampu nak tambah jadualku dengan tugasan tersebut. Sebab itulah sejak dari tadika lagi aku memang ambil van atau bas untuk anak-anak ke sekolah. Tapi faktor keperluan membuatkan aku tidak dapat menolak tugasan tersebut akhirnya. Alhamdulillah.. ianya tidaklah seteruk mana seperti yang aku fikirkan sebelum ini. Walaupun peruntukan masaku perlu diberikan untuk tugasan tersebut namun disebaliknya aku memperolehi ruang waktu untuk melakukan hal lain juga. Alhamdulillah.. dalam kesukaran itu ada kebaikan di dalamnya. Dalam terpaksa mengisi waktu untuk menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, ada perubahan yang baik dalam kedatangan aku ke tempat kerja. Syukur. Terima kasih ALLAH.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

9 comments:

NM03 said...

nnt kalu dak qausar dah sekolah, saya pun sudah tentu berubah waktu harian. cemana la nnt, boleh ke tak saya manage. saya ni dah la keje nak cepat je semua benda. hehehe

:: Mrs.Eady :: said...

alhamdulillah kak...izwa pun tengah belaa=jar lagi manage masa utk anak-anak yg kecik sederhana dan besar..

manage masa lagi utk ed..kdg rasa penat tapi bila dah baring cari masa nak lena waktu tu rasa bersyukur dpt buat sendiri...

Daddy Ziyyad said...

Mmg Is betul2 berhati2 setiap pagi tu...takut mommy nya terlambat! hahaha..

Mmg besar pengorbanan seorang isteri kan...saya tgk wife saya, walaupun ada kat rumah( kekadang pergi studio bakery dia), tapi mmg busy...jaga anak..masak...sidai baju...etc etc

Eye_nee said...

Sama ngan akk juga lah sis..la ni kul 750 dah terpacak kat opis..start works at 830...

diana said...

Anak dah besar2 rutin harian pun jadi berubah terus kan kak Fea...

ummiross said...

tentu Is pun seronok, masa dalam kereta pun berharga juga kan, boleh sembang dengan anak-anak sementara nak sampai rumah.

Muhammad Taufiq said...

Good luck :)

http://awksweetgitu.blogspot.com/

Lulu Caldina said...
This comment has been removed by the author.
Lulu Caldina said...

Dengan kesibukkan begitu, tak hairan kak fea akan kurus hehe