Assalamualaikum..
Hari jumaat lepas aku bercuti sebab nak ambil emak balik dari Mekah di KLIA. Flight emak tiba di sebelah petang. Dah alang-alang bercuti, pagi tu aku pergi ke JPN untuk buatkan kad pengenalan untuk anak buahku FAF. Dah hampir sebulan dah dia berusia 12 tahun. Sepanjang waktu tu aku rasa sebak. Dalam usianya 12 tahun dia sudah kehilangan daddy dan mummynya. Sebak juga sebab arwah mummy tak sempat nak lihat anaknya ada kad pengenalan sendiri.
Sebab ibu bapanya dah tiada maka sebagai penjaga aku perlu lengkapkan borang bersumpah sebagai penjaga. Terpaksalah aku dan FAF ke pejabat pesuruhjaya sumpah terlebih dahulu. Selepas urusan selesai Pesuruhjaya Sumpah itu tidak mengenakan sebarang bayaran. Saya sedekah.. Tapi.. boleh tak izinkan saya pegang kepalanya. Aku jadi sebak bila pegawai itu mengusap kepala FAF sambil memberi nasihat agar belajar rajin-rajin. Mengambil keberkatan mengusap kepala anak yatim di hari jumaat.
Sepanjang mengisi borang di JPN, aku terus sebak. Asyik terkedip-kedip mataku menahan air mata dari tidak mengalir. Mengenang adik dan adik ipar yang sudah tiada. Mengenang FAF dan adik-adiknya. Semoga segalanya dipermudahkan untuk kami. Semua yang berlaku ada hikmahnya kan. Hikmah untuk mereka yang lebih dulu pergi. Hikmah untuk anak-anak yang menjadi yatim. Hikmah juga untuk kami yang menjaga. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kami dan kita semua.. insyaALLAH.
Semalam, kakak kepada arwah daddy FAF meninggal dunia. Sudah agak lama kami tak berhubungan dengan keluarga mereka. Selepas arwah daddy meninggal hubungan itu jadi sedikit jauh. Lebih-lebih lagi selepas adikku mempunyai keluarga baru dan arwah daddy pula merupakan anak angkat dalam keluarga itu. Ketika adik aku di hospital ditakdirkan keluarga arwah daddy FAF juga berada di situ melawat orang lain. Terjadilah pertemuan semula. FAF memang tak kenal dengan keluarga mereka sebab waktu arwah daddy meninggal dunia usia FAF baru setahun. Ketika adikku koma, mereka juga ada datang melawat. Begitu juga pada hari pengkebumian.
Semalam setelah mendapat khabar itu kami pun membawa FAF untuk pergi melawat. Kesemua keluarga arwah daddy menyambut FAF dan kami semua dengan cukup baik. Semuanya memeluk FAF dengan cukup erat untuk melepas rindu kepada FAF dan juga arwah daddynya. Lebih-lebih lagi bila muka FAF saling tak tumpah seperti arwah daddy. Dapatlah FAF berjumpa dengan kesemua ahli keluarga arwah daddynya. Alhamdulillah.. tersenyum panjang FAF bila tahu siapa datuknya (he is somebody). Tentulah bukan kerana siapa orangnya tapi kerana penerimaan dan sambutannya yang cukup hangat. Pesannya kepada FAF, jangan lupa FAF cucu atuk. Daddy anak atuk. Thank you so much sebab jaga my cucu dengan cukup baik ucapnya kepada emak, aku dan en.asben.
Salam hormat untuk semua. Take care and have a nice day!