Assalamualaikum..
Salam jumaat yang mulia buat semua. Alhamdulillah.. kita semua masih diberikan rezeki lagi oleh ALLAH untuk terus bernafas dan menikmati hidup di dunia ini. Syukur ya ALLAH. Semoga nikmat rezeki dipanjangkan umur ini dapat diisikan dengan perkara-perkara kebaikan sebagai bekalan untuk kehidupan kita yang berkekalan di akhirat nanti, insyaALLAH. Bercakap tentang rezeki dapat terus menikmati kehidupan dunia, hati teringat dan terkenang pada insan yang sudah tiada. Beberapa bulan sebelum ni, ada berita baik yang aku terima. Berita biasa saja tapi ianya cukup besar buatku sebagai pencapaian untuk diri sendiri. Aku menerima berita itu dengan rasa bersyukur. Alhamdulillah.. ada rezekiku di situ. Bila gembira, hati pastinya tidak lepas mahu berkongsi. En.asben orang pertama yang aku hubungi untuk berkongsi rasa hati. Kemudian aku hubungi emak. Selepas itu adik bongsuku. Dan selepas itu keghairahan untuk berkongsi cerita jadi terpadam di situ. Ada rasa sebak yang menahan rasa teruja untuk meluahkan rasa gembira.
Skrin handphone yang memaparkan nama dan nombor telefonnya hanya mampu ku tenung tanpa dapat aku hubungi. Adik keduaku sudah tiada lagi untuk aku kongsikan berita gembira itu bersamanya. Waktu itu bagaikan aku baru tersedar yang aku tidak akan dapat berkongsi apa-apa lagi dengannya. Aku cuba memujuk hati. Kalau dia masih ada perbualan kami pastinya akan jadi begini..
Aku : Weii.. tadi aku dapat call dari abcvwxyz. Dia orang beritahu, aku dapat vwxyzabc.
Dia : Oh ya.. okeylah tu.
Aku : Okeylah.. bye.
Dia : Hmmm.. okey.
Selalunya begitulah kami kalau berbual ditelefon. Perbualan kami akan cukup ringkas dan jarang benar kami akan berbual dengan penuh mesra. Kalau aku teruja aku akan lahirkan rasa itu. Kalau dia teruja dia yang akan lahirkan rasa itu. Kemudian ia akan habis di situ saja.Tapi setiap kali bila apa perkara yang ingin dikongsikan, pastinya dia antara orang utama yang akan aku cari. Aku juga antara orang utama yang dia akan cari. Hari jumaat ini mengingatkan aku kepada mimpiku beberapa bulan selepas dia pergi. Ianya mimpi di hening pagi jumaat sebelum masuk waktu subuh. Aku tahu, mimpi itu mainan tidur. Ianya juga mungkin tidak memberikan maksud apa-apa. Namun mimpi itu membuatkan aku tersenyum setiap kali aku teringatkan dan merindui dirinya. Di dalam mimpi itu dia memberitahuku weiii... glamour aku! dengan nada yang cukup gembira dan penuh bahagia. Dengan dugaan dan ujian yang ditempuh dalam kehidupan sewaktu hayatnya, aku rasa sudah selayaknya dia bergembira dan berbahagia dalam kehidupannya di SANA. Semoga rohnya sentiasa aman dan tenang di sana. Semoga namanya dan nama kita semua akan tertulis sebagai penghuni syurga ALLAH.. insyaALLAH. Al-Fatihah.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
4 comments:
Terlalu berat sudah ujian diberikan ketika hayatnya memang sudah tiba masanya dia berbahagia di sana Hanis..
Hati kakak sayu sebenarnya...
Allah...sebak pulak hati saya kak
ermmmmm sedehhhhhh
Al-Fatihah
Post a Comment