Saturday, October 11, 2014

PT3..

Assalamualaikum..

Dah lama betul tak buat entry pada hujung minggu. Alhamdulillah.. hari ini ada kesempatan. Rumah yang biasanya havoc terasa sunyi sepi sikit petang ni. Anak buah aku Firhan, Hafiy dan Gegirl ikut papa dia orang hari ni.  Bila takde ni, baru kejap pun dah mula rindu. Kalau depan mata, asyik nak kena jerit aje. Nak buat macam mana kan, dah mamanya TARZAN!!!! he..he.. Anak oh anak.. Macam-macam hal sementara nak besar. Semoga aku akan mendapat lebih kesabaran untuk menjaga anak-anak sendiri dan anak-anak saudaraku dengan sebaiknya, insyaALLAH.

InsyaALLAH, hari isnin ni anak sulungku Han akan menduduki peperiksaan PT3. Seperti biasa, anak cool aje. Tapi mamanya gelabah tak semena-mena. Baru hilang gelabah untuk UPSR anak saudaraku Fareez minggu lepas. Minggu depan nak kena gelabah lagi he..he.. (Bukan gelabahkan keputusannya nanti. Tapi gelabah takut anak tak cukup persediaan. Soal apa keputusannya nanti,  itu urusan rezeki. Tapi soal usaha aku kena tekankan agar anak-anak tahu bukan senang untuk berjaya. Kalau nak result gempak, usaha kena gempak juga. Anak-anak aku dan anak buah selalu tak nampak akan hal yang itu. Jadi sebagai ibu, aku rasa itu dah jadi tugas aku untuk selalu mengingatkan sebagai jalan usaha). 

Teringat lagi, 5 tahun dulu antara sebab aku ambil keputusan untuk bertukar pekerjaan adalah kerana mahu menumpukan lebih banyak perhatian kepada pelajaran anak-anak. Anak-anak aku jenis yang cepat leka. Aku pun begitu juga. Jadi kalau dah sama-sama leka susah sikitlah kan. Kalau tak pantau memang akan terus leka. Alhamdulillah.. aku dapat memberikan perhatian waktu anak-anak mahu ambil UPSR. Tapi untuk PT3 Han tahun ni, tumpuanku sedikit lari.

Tahun ini, ALLAH memberi peluang untuk aku dapat berbakti kepada adikku di saat terakhirnya di dunia ini. Sejak Februari hingga Mei, masaku memang lebih banyak di hospital. Han pun adakalanya terpaksa ponteng tuisyen bila adikku tenat dan aku dan en.asben tak dapat nak sepenuhnya uruskan anak-anak di rumah. Untuk mendengar penerangan mengenai PT3 di sekolah pun aku dan en.asben tidak berkesempatan. 

Tadi, sambil-sambil menyapu rumah aku sempat menemani Han mengulangkaji sambil menonton Astro Tutor TV. Ketika melihat dia membuat latihan aku tergerak hati mahu bertanya. Tahun ni takde soalan objektif ke?  Han jawab mana ada.. semuanya subjektif. Aduhai.. punyalah aku tak tahu pasal tu. Lagi dua  hari anak nak ambil periksa baru aku tahu. Mahu aku tak gelabah. Kalau kita dulu time SPM baru soalan subjektif kan. Patutlah susah sikit nak score time periksa sebelum ni. Masih belum biasa dengan skema jawapan dan pemarkahan, mungkin.

Doaku, semoga Han dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan PT3nya. Semoga Han dapat menjawab dengan tenang dan direzekikan dengan kefahaman. Semoga Han dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan betul.  Aku tahu, dia sudah berusaha dengan bersungguh. Aku sendiri, sentiasa mendoakan setiap kejayaannya. Apa pun saja keputusannya nanti, itulah rezeki untuk  dia. Yang penting, aku sudah lihat usahanya. Aku tahu kesungguhannya. Semoga keputusan yang cemerlang akan menjadi miliknya. Tolong doa-doakan sama ya. Terima kasih.

Selamat maju jaya dan semoga cemerlang juga buah anak saudaraku Aimi dan Ilman, untuk sepupuku Anis dan Nizam juga anak BFFku Tisya yang akan sama-sama menduduki peperiksaan PT3. Begitu juga untuk semua pelajar tingkatan 3 yang lain. Setiap kali berdoa untuk Han, mereka ini juga sentiasa turut ada dalam doaku. Rezekikanlah anak-anak kami dengan kecemerlangan dalam pelajaran. Kecemerlangan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Juga semoga mereka menjadi anak-anak soleh dan mempunyai akhlak yang mulia.. insyaALLAH.  

Sekian dulu untuk celoteh di petang yang mendung ini. 

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care & have a nice weekend!

7 comments:

mama eija said...

selamat menduduki peperiksaan Han! insyaAllah Han boleh.. aunti doakan Han berjaya :)

Kakcik Seroja said...

Anak ke 3 kakcik akan menduduki SPM, tapi nampaknya dia 'macam takde apa-apa' sedangkan maknya ni rasa nak pecah dada... :(

dwatyKNY said...

Semoga han dapat menjawab soalan... jgn lupa doa dan tawakkal...

Izwa Kamaruddin said...

good luck han!

Zasillah Ariffin said...

lama tak datang sini n komen...hihi

Kakzakie Purvit said...

Kemampuan kita sebagai ibu=bapa hanyalah berdoa-berdoa Hanis. Mereka yg menduduki peperiksaan itu kita tak tahu sebenarnya apa yg dia rasakan. Mesti nak berjaya juga macam yg lain-lain.

Moga anak-anak kita berjaya sebagaimana yg diidamkan..

Lulu Caldina said...

Semoga peroleh keputusan yang cemerlang

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...