Thursday, October 30, 2014

Hikmah..

Assalamualaikum..

Hari jumaat lepas aku bercuti sebab nak ambil emak balik dari Mekah di KLIA. Flight emak tiba di sebelah petang. Dah alang-alang bercuti, pagi tu aku pergi ke JPN untuk buatkan kad pengenalan untuk anak buahku FAF. Dah hampir sebulan dah dia berusia 12 tahun. Sepanjang waktu tu aku rasa sebak. Dalam usianya 12 tahun dia sudah kehilangan daddy dan mummynya. Sebak juga sebab arwah mummy tak sempat nak lihat anaknya ada kad pengenalan sendiri.

Sebab ibu bapanya dah tiada maka sebagai penjaga aku perlu lengkapkan borang bersumpah sebagai penjaga. Terpaksalah aku dan FAF ke pejabat pesuruhjaya sumpah terlebih dahulu. Selepas urusan selesai Pesuruhjaya Sumpah itu tidak mengenakan sebarang bayaran. Saya sedekah.. Tapi.. boleh tak izinkan saya pegang kepalanya. Aku jadi sebak bila pegawai itu mengusap kepala FAF sambil memberi nasihat agar belajar rajin-rajin. Mengambil keberkatan mengusap kepala anak yatim di hari jumaat.

Sepanjang mengisi borang di JPN, aku terus sebak. Asyik terkedip-kedip mataku menahan air mata dari tidak mengalir. Mengenang adik dan adik ipar yang sudah tiada. Mengenang FAF dan adik-adiknya. Semoga segalanya dipermudahkan untuk kami. Semua yang berlaku ada hikmahnya kan. Hikmah untuk mereka yang lebih dulu pergi. Hikmah untuk anak-anak yang menjadi yatim. Hikmah juga untuk kami yang menjaga. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kami dan kita semua.. insyaALLAH.

Semalam, kakak kepada arwah daddy FAF meninggal dunia. Sudah agak lama kami tak berhubungan dengan keluarga mereka. Selepas arwah daddy meninggal hubungan itu jadi sedikit jauh.  Lebih-lebih lagi selepas adikku mempunyai keluarga baru dan arwah daddy pula merupakan anak angkat dalam keluarga itu. Ketika adik aku di hospital ditakdirkan keluarga arwah daddy FAF juga berada di situ melawat orang lain. Terjadilah pertemuan semula. FAF memang tak kenal dengan keluarga mereka sebab waktu arwah daddy meninggal dunia usia FAF baru setahun. Ketika adikku koma,  mereka juga ada datang melawat. Begitu juga pada hari pengkebumian.

Semalam setelah mendapat khabar itu kami pun membawa FAF untuk pergi melawat. Kesemua keluarga arwah daddy menyambut FAF dan kami semua dengan cukup baik. Semuanya memeluk FAF dengan cukup erat untuk melepas rindu kepada FAF dan juga arwah daddynya. Lebih-lebih lagi bila muka FAF saling tak tumpah seperti arwah daddy. Dapatlah FAF berjumpa dengan kesemua ahli keluarga arwah daddynya. Alhamdulillah.. tersenyum panjang FAF bila tahu siapa datuknya (he is somebody). Tentulah bukan kerana siapa orangnya tapi kerana penerimaan dan sambutannya yang cukup hangat. Pesannya kepada FAF, jangan lupa FAF cucu atuk. Daddy anak atuk. Thank you so much sebab jaga my cucu dengan cukup baik ucapnya kepada emak, aku dan en.asben.

Salam hormat untuk semua.  Take care and have a nice day!

10 comments:

Unknown said...

siapa tak sedih kalau kecik-kecik dah tak sempat nak tatap wajah ayah ibu,
semoga FAM membesar dengan tabah.

Shaliza Aziz said...

Sebak baca entry hanis .. Tak apa, semoga di murahkan rezeki hanis utk mbesarkan anak buah tadi ..

Lulu Caldina said...

Alhamdulillah.. Semoga FAF terus tabah

Izwa Kamaruddin said...

sebak nyer baca entry nie..kalau kiter rasa hidup kiter dah teruk rupa nyer ade lagi yg sangat menyedihkan.. :(

semoga ALLAH SWT memberkati seluruh keluarga akak kerana menjaga anak yatim dgn sempurna..dan semoga FAF terus kuat dan tabah bila semakin membesar..

Akan ada hari-hari yg menyedihkan dia, akan ade hari-hari yg memilukan dia maka akak peluklah dia bagi pihak ku kak..

Kakzakie Purvit said...

Biarpun ada kegembiraan di penghujung N3 tapi hati kakak tetap sebak Hanis membaca kisah anak-anak yg menjadi yatim...

Beruntung Hanis & suami diberi Allah peluang utk menjaga mereka.

Mak Wardah said...

Salam.
Hanis menitik airmata akak. Ya Allah, aku hanya mampu berdoa kepadaMU Allah yang MAHA Esa dan Pemurah,pelihara anak2 yatim ini dengan kuasaMU, rahmati dan limpahkan semua rezeki & rahmatMU kepada insan yang menjaga mereka, temukan semula mereka semua di JannahMU nanti Ya Allah, permudahkan semua urusan mereka di dunia dan akhiratMU Ya Allah. Ameen

Angah said...

alhamdulillah...semoga FAF menjadi anak yang soleh

Shaliza Aziz said...

Hanis insan terpilih. Semoga FAF berjaya dunia & akhirat. Then ieja nak ucapkan terima kasih sebab share cerita berpantan di blog ieja. Kalau Hanis tak keberatan boleh email ieja your contact no. Nak dgr cerita dr mereka :)

Najib Ariyan Ali Basha said...

nice story... jauh jauh bau bacang... mudah2an kekal silaturrahim

Najib Ariyan Ali Basha said...
This comment has been removed by the author.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...