Nuffnang

Monday, October 12, 2015

Kotak Tudung...

Assalamualaikum..

Semalam, lepas solat subuh takde rasa nak sambung tidur seperti hari-hari minggu yang lain. Sebabnya dalam kepala dah terangka rancangan nak buat apa. Minggu sebelumnya aku ada beli bekas berkotak di DIY. Masa beli tak terfikir pun nak isi apa. Tapi beli jugak sebab rasa macam bekas tu berguna (dasar perempuan suka membeli he..he..). Harganya pun tak mahal. Cuma dalam  11 ringgit lebih aje. Lagilah rasa ada keperluan nak beli.  Macam... Eh.. kena beli ni! ha..ha.. Bawak balik rumah masih tak tahu nak isi apa dalam bekas tu. Untuk mengelakkan en.asben bising sebab aku asyik membeli benda yang tak perlu jadi aku berikan aje bekas tu pada en.asben. Cakap kat en.asben suruh isi apa-apa aje barangan dia kat dalam tu. Tapi lepas seminggu en.asben tak isi apa-apa pun kat dalam tu. Bila dah macam tu mulalah timbul idea dalam kepala apa yang aku nak isikan dalam bekas tu.

Selendang yang selama ni aku sangkut dalam almari dan ada sikit di belakang pintu aku turunkan dari gantungan. Laci tudung sedia ada yang dah santak isinya aku keluarkan semua isinya. Pilih tudung jenis selendang dan lipat semuanya dalam satu saiz. Kemudian aku isikan ke dalam bekas DIY tu. Hasilnya sangat memuaskan hati. Selendang-selandang aku dah tersusun kemas di dalamnya. Nak ambil pun senang. Senang juga nak pilih selendang untuk matchkan dengan baju. Paling penting bila dah bersusun cantik macam tu, ianya mengingatkan aku untuk tidak menambah lagi koleksi yang ada sebab yang ada sekarang ni pun banyak yang tak berpakai.   

Alhamdulillah.. suka.. suka!!
Tersusun dan senang nak ambil..  Aku dah asingkan selendang yang plain dan yang bercorak.. Berguna juga kotak dari DIY ni.. Takdelah sia-sia aje aku beria nak beli he..he.. 


Kotak simpan selendang.. 
Bila dah tersusun, senang nak ambil dan nampak semua warna dan corak selendang yang ada, pagi ni dapatlah aku pakai selendang yang dah beberapa tahun tak pernah pakai sebab tak teringat pun ada selendang kaler tu huhu.. 


Bila semua selendang dah ada tempat baru, laci tudung sedia yang sebelum ni penuh padat dah jadi sedikit lapang.. Selain senang nak ambil dan cari tudung, susunan macam ni nampak lebih kemas.. Aku perasan bila susun style macam ni lebih menjimatkan ruang..  Paling best bila ada ruang kosong pula yang boleh aku tempatkan kemeja-kemeja aku.. Stokin dan serkup kepala juga dah tak bercampur aduk lagi.. Lebih senang nak cari..
Alhamdulillah.. hati senang dan mata pun jadi sedap memandang.



Salam hormat untuk semua.. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

13 comments:

Lea Ismail said...

tudung saya gantung je dalam almari. memang separuh almari tudung je. Ok juga buat mcm ni kan

idzwa kamaruddin said...

wahhh nak beli jugak la kak..kat mane nak beli kotak ni??

hehehe kannn nama pun pompuan msti nak jugak beli..hehehe...

Kakcik Nur said...

Bila dah tersusun macam tu, barulah nampak betapa banyaknya tudung yang ada... :)

Hanis Azla said...

As-salam Izwa,

Kotak tu akak beli di Mr. DIY izwa.. Murah dan berguna..

LM said...

Tq kak fea bg idea. Nnt nk carik juga lah kotak tu

Ati Masrif said...

beli dulu..ada idea nanti senangkan..hehe

kak ati pun selalu mcm ni..rasa mcm nanti boleh buat sesuatu, terus beli

memang banyak dah koleksi tudung fea tu ^__^

dalila said...

bgs idea ni..nmpk kemas je..

wa said...

Salam... Memang ye..beli banyak tudung..tapi tak pakai pun..:)

Daddy Ziyyad said...

Memang kena susun macam ni,atau sediakan almari khas...

Sebab..

Majoriti perempuan....mmg banyak betul tudung nya! hahahaha

ayu Ismail said...

wah ..senang nk cr tudung bila susun mcm ni..nak cr gak kat diy..

ayu Ismail said...

wah ..senang nk cr tudung bila susun mcm ni..nak cr gak kat diy..

nahlia said...

Nak beli jugakla ..ha ha

Hanis Azla said...

Beli kak li jangan tak beli.. yang penting murah dan berguna.. itu yang kena beli tu he..he..