Thursday, May 30, 2019

Majlis Buka Puasa di Rumah dan Makan-makan Keluarga di Luar..

Assalamualaikum..


Setiap kali ramadan, kalau ada rezeki memang berhajat sangat nak buat majlis berbuka puasa kat rumah. Tetamunya bukan orang lain. Cuma keluarga mertua dan ahli keluargaku sahaja. Tapi rasa seronok jadi lain macam bila tetamu datang rumah, dapat hidangkan makanan buat tetamu, dapat makan bersama juadah dari air tangan kita, dapat solat berjemaah bersama dan dapat duduk berkumpul di rumah kita. Aku memang suka dengan kenduri kendara ni. Lebih-lebih lagi bila dibuat di rumah sendiri. Cuma kerajinan dan masa aje yang selalu menghalang niat nak selalu ajak orang datang makan-makan di rumah. 

Alhamdulillah.. hari sabtu minggu lepas ada rezeki nak ajak keluarga mertua dan keluargaku datang berbuka puasa di rumah. (Emak, ayah, family kakak ipar, family adik aku dan family pakcik aku). Beberapa hari sebelum tu lagi hati rasa berbunga-bunga. Hahaha.. okey aku mengaku yang bab hati dan perasaan ni memang aku selalu over! Bak kata kawan aku, jiwa halus. Sebab tu boleh jadi novelis sebab terlalu menjiwai watak hahaha.. 

Pada hari kejadian emak ada aktiviti memasak bubur lambuk di kawasan tamannya. Jadi emak tak dapat berada di rumahku dari awal. Sebagai tukang masak amatur, ada sedikit gentar di situ hahaha.. Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan. Pagi tu bekas adir ipar nak ambil anak-anaknya untuk bawa beli baju raya. Jadi awal pagi uruskan anak-anak buahku dulu. Ambil kat rumah emak siap-siap dan kemaskan beg sekali sebab mereka akan ikut papa mereka selama seminggu sebab raya ni anak-anak akan beraya bersama kami. Jadi bolehlah pre-raya bersama papa mereka dulu. 

Settle urusan anak-anak buah, aku dan en.asben pergi clearkan barang-barang yang nak dibuang kat kedai scrap. Misi en.asben adalah nak buang semua yang tak perlu. Jadi selepas berkemas banyaklah barang yang nak dibuang. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan juga untuk kami. Kedai yang kami pergi tu tutup. Sambil menunggu di tepi jalan untuk hubungi kedai yang lain nampak ada orang yang mengutip barangan scrap lalu betul-betul sebelah kereta. Buka tingkap teruslah tanya hahaha.. dan urusan kami selesai juga di tepi jalan itu. Untuk barangan seperti tv lama, 3 basikal lama anak-anak, decorder astro dan piring astro kami dapat RM25. Alhamdulillah.. at least something than nothing, kan? Daripada menyusahkan orang angkat sampah atau buang kat tempat yang tak sepatutnya, lebih baiklah kita jual barang-barang tu di tempat/pada orang yang sepatutnya. Apa yang penting rumah dah clear dari barang-barang yang tak lagi diperlukan. 

Urusan buang barang selesai, kami terus pergi membeli barangan untuk memasak juadah berbuka. Menu hari tu adalah nasi kerabu dan fruit koktel. Selesai membeli belah, balik rumah terus menyinsing lengan. Haha.. takde makna menyinsing lengan. Tukar baju takde lengan terus dan mulakan kerja kat dapur. Waktu tu dah pukul 12 lebih dah pun. En. Asben settlekan urusan di ruang tamu dan di porch. Alhamdulillah.. anak dara ada. Dapatlah Han menolong mama kat dapur. Nampak macam sikit aje menunya. Tapi bila buat sendiri dengan kuantiti yang lebih banyak dari biasa, kerja tu mengambil masa juga. Tapi bila buat kerja dengan hati yang happy, tak rasa berat dan penat pun. Rehat solat kejap terus sambung balik. 

Alhamdulillah.. by 6.00 petang segalanya selesai. Ulam-ulaman dah siap diracik halus by Han. Mama dah siap buat cili solok dan goreng ikan celup tepung.  Telur masin pun dah siap rebus. Ayam beli ayam golek kat param 3 ekor. Kuah budu dan serunding kelapa emak dan siapkan awal-awal. Nasi pun dah siap masak 2 trip. Air dah siap bancuh. Fruit koktel dah siap-siap sejukkan dalam fridge. Aku kalau buat fruit koktel tak suka guna buah dalam tin. Hanya guna laici dalam tin sahaja. Selain tu guna fresh fruit. Letak honey dew, honey dew kuning, mangga, tembikai, fruit puding dan sumi jelly.  Sambil masak sambil keluarkan pinggan mangkuk, jug gelas, tempat air semua. Selesai solat asar, siap mandi dan bersiap semua terus hidang dan susun makanan kat ruang tamu. Kita makan style buffet. 

Menu hari tu selain nasi kerabu with ikan celup tepung, ayam golek, telur masin, cili solok dan fruit koktel, kami beli juga kuih tepung pelita dan kuih ulat bulu from jiran. Adik aku order salmon and beaf steak sandwich from Garsa Kitchen. Dia order potato salad juga. Kakak ipar bawa fries with bolognaise sauce and cheese. Pakcik aku bawa butter cake. Anak buah bawa roti john dan popia basah. Emak mertua bawa popia bersira dan buah nangka. BFF adik aku yang join sekali bawa durian. Air aku buat sirap lemon dan  air soya kotak. All in, tak muat meja sudahnya. Alhamdulillah.. rezeki untuk kami sama-sama berkongsi makan makanan yang sedap untuk juadah berbuka puasa. Luna pun nampak seronok main dengan anak-anak buah makcik aku. Kalau selalu tu datang aje menangis sebab tak kenal orang. Hari tu elok pulak dia. Good girl Luna.

Alhamdulillah.. selepas berbuka puasa kami solat maghrib berjemaah. Selepas  solat maghrib, siapa yang nak makan, ulang makan lagi. Selepas tu solat isyak, terawikh dan witir berjemaah. Kami solat kat porch. Tengah hari tu en.asben dah siap basuh dan mop porch bersih-bersih. Tak plan pun nak solat kat porch.  Tapi bila dah bersih, nak solat kat situ pun takde masalah. Buka tikar kenduri dan bentang sejadah. Rasa lebih selesa solat kat situ malam tu. Alhamdulillah. TQ sayang. Terima kasih juga untuk abang ipar en.asben yang menjadi imam untuk solat kami. Selepas selesai solat, semua orang ulang makan lagi. Sebelum balik kita bagi terus duit raya untuk emak ayah dan anak-anak buah. Ambil berkat sempena ramadan. Semoga rezeki kami sekeluarga terus berkat dan kami sekeluarga terus berada dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH selalu hendaknya.. Aamiin. Gambar, satu pun takde. Haha.. tuan rumah busy melayan tetamu. Phone letak kat mana pun tak ingat malam tu.

Takpelah takde gambar pun. Tapi nak simpan kat sini gambar-gambar kami  sekeluarga keluar makan sebelum puasa bulan april lepas. Entry tak sempat-sempat nak buat. Kita simpan gambar ajelah untuk kenangan. Alhamdulillah.. ada rezeki untuk berkongsi rezeki dengan kaum keluarga. Kalau ada sedikit rezeki yang lebih untuk aku atau en.asben, memang selalu berhajat nak bawa semua ahli keluarga keluar makan. Alhamdulillah.. ALLAH izinkan. Tiada daya dan kekuatan tanpa izin dari ALLAH. Terima kasih ALLAH. Semoga ALLAH terus rezekikan kami sekeluarga dan kita semua dengan rezeki yang berkat lagi halal. Juga dikurniakan dengan keluarga yang bahagia, sakinah, mawaddah, warahmah. Juga anak-anak yang soleh solehah yang cemerlang dunia akhirat Aamiin Ya Rabb. 

(Copy paste dari perkongsian seseorang di FB. Jujur, aku baru tahu maksud sakinah, mawaddah, warahmah tu hari ini. Jadi aku share disini untuk perkongsian bersama).

MAKNA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH 
SAKINAH, ialah ketika kita melihat kekurangan pasangan namun mampu menjaga lidah untuk tidak mencelanya.
MAWADDAH, ialah ketika kita mengetahui kekurangan pasangan namun mampu memilih untuk menutup sebelah mata atas kekurangannya dan membuka mata yang lain untuk berfokus pada kelebihannya.
Sedangkan RAHMAH itu ialah, ketika kita mampu menjadikan kekurangan pasangan sebagai ladang amal untuk diri kita.
Subhanallah...

No photo description available.
Kami makan di sini. Dekat belakang rumah aje. Ada western, ada nasi arab. 
Jadi semua orang boleh order ikut selera masing-masing.

Image may contain: 10 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting, table, food and indoor
Alhamdulillah.. Kami yang ramai.. Semoga kami dapat bersama-sama berada 
di Syurga juga nanti.. in shaa ALLAH.

Image may contain: 9 people, including Ilman Bhrm, people smiling, people sitting and indoor
From different angle.

Image may contain: 9 people, including Ilman Bhrm and Nahlia Salleh, people smiling, people sitting and indoor
Az kalau tak buat muka time bergambar memang tak sah. Either in moody mode or joker mood. Mama simpan sini untuk kenangan.

Image may contain: 3 people, including Zuraidah Miskun and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting and indoor
Us with his Jannah.

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor
Jemput makan semua..

Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, closeup
Han and gegirl.

Image may contain: one or more people and selfie
Semoga anak-anak cemerlang dunia akhirat.. in shaa ALLAH.

Image may contain: 5 people, including Nahlia Salleh and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting and food
Niece, nephew, emak and Han.

Image may contain: 6 people, including Nahlia Salleh and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting, table and indoor
love.. love.. love..

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor
Beradab dengan makanan. 

Image may contain: 1 person, sitting, eating, table, food and indoor
Ada yang baru nak mula makan. Ada yang dah selesai makan. Bila order menu ala-carte dan bila dah ramai-ramai selalu begitulahkan. 

Image may contain: 5 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting, people eating, table, food and indoor
Gosip dengan MIL.. hehehe.. takdelah. Minta sikit makanan emak aje .. hahaha.. Eh.. takdelah.. 

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and food
Indahnya kalau arwah mummy pun ada bersama.. 

Image may contain: 2 people, people sitting, food and indoor
Bila tengok gambar nampak seiras aje muka masing-masing.

Image may contain: 3 people, people sitting, food and indoor
Dah besar-besar dah anak bujang mama ayah. 
Alhamdulillah.. Thank you ALLAH..

Dah.. sampai jumpa lagi. Semoga kita semua direzekikan dengan malam Lailatul Qadar. Dapat beribadat sebaiknya di bulan ramadan ini dan seterusnya diterima amal ibadat kita serta diampunkan semua dosa-dosa kita.. Aamiin. Mohon maaf zahir dan batin juga buat semua.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada buat kita semua. Fi Amanillah.

3 comments:

hasnulyakin said...

Meriah sungguh!

Hanis Azla said...

As-salam Hasnulyakin,

Alhamdulillah.. Syukur. TQ ya.

Susan said...

Great job for publishing such a beneficial web site. Searching the un-official subreddit for Pikdo- Share your posts, ask questions and get feedback on your account. Come join our great page.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...