Assalamualaikum....
Hari ni nak berkongsi mengenai tempat makan yang best di Bandar Baru Bangi. Nama kedainya Austin Steak House. Restoran ni terletak di Taman Kajang Impian kat area Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Deko dalam kedainya bercirikan koboi. Cantik dan cozy kedainya. Pada aku servisnya sangat bagus. Layanan sangat baik. Pesanan pun cepat sampai. Untuk rasa, sama standard dengan kebanyakan restoran yang menghidangkan western food. Paling best, harganya sangat berpatutan. Malam tadi kami order spagetti, sizzling steak, fish and chip, chicken chop, chicken golden dan 5 jenis air buah hanya RM65 saja. Berbaloi-baloi kan. Selalu tu harga makanan memang standard kat mana-mana kedai pun. Tapi harga minuman yang macam tak masuk akal. Pada aku macam melampau pulak harga minumannya. Tapi kat kedai ni, aku sangat berpuas hati dengan harga minumannya.
En. Asben punya Sizzling Steak. Berasap-asap lagi. Gambar makanan lain aku tak snap pun. Bukan sebab tak sabar nak makan. Tapi sebab en.asben dah jeling he..he.. Sebelum dia cakap aku annoying lebih baik aku simpan kamera dalam beg.. ha..ha..
Air buah dia dalam gelas besar. Berbaloikan dengan saiz gelas yang macam ni dengan harga RM3 saja. Milo ais dengan saiz yang macam ni pun cuma RM2 saja. Aku order air limau asam boi. Sedap betul.
Az order spaghetti. Banyak portion dia. Cheese pun banyak. Pulak tu dia punya order yang sampai dulu. Memang geram ajelah kita orang tengok. Apalagi, memang seorang-seoranglah dok tumpang rasa he..he.. Itu pun tak habis juga spaghetti dia. Kita orang nak habiskan pun masing-masing dah ketat perut.
Kalau teringinkan western food untuk harga yang berpatutan di Bandar Baru Bangi, pada aku, inilah tempatnya. Wah.. aku promote macam malam tadi dapat makan free kat kedai tu kan.. He..he.. walaupun kena bayar sendiri tapi perkara yang baik memang seronok untuk di kongsi.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
Monday, April 29, 2013
Friday, April 26, 2013
Tak cukup bahan..
Assalamualaikum..
Kelmarin aku tak tahu nak masak apa. Lepas dah fikir-fikir aku pun masak ayam sweet sour. Ambil ayam bahagian isi, potong kecil-kecil dan goreng celup tepung. Kemudian buat kuah sweet sour dan tuangkan atas ayam tu. Anak-anak kata sedap. Berselera semuanya makan. En.asben balik kerja tanya aku masak apa. Aku pun cakaplah ayam sweet sour. So dia pun tanya, mana nenasnya? Aku jawab nenas takde. En.asben kata kalau takde nenas bukanlah ayam sweet sour ha..ha..
Semalam aku masak ikan masak kicap. Bosan nak makan sayur goreng aku buat gado-gado. Ha..ha.. bukan gado-gado original sebenarnya tapi bahan-bahan dia macam nak jadi gado-gado. Aku goreng kentang, aku goreng tempe, aku rebus telur, aku potong timun dan hidang. Atasnya aku letak sos cili. Sedap aje anak-anak makan. Untuk en.asben aku dah asingkan dalam pinggan lain tapi tak letak sos atasnya. En.asben buka tudung saji terus cakap, eh, you buat gado-gado eh? Aku pun beria mengangguk sebab tak sangka pulak dia pun tahu aku ada hati nak buat gado-gado. Dia pun tanya mana kuah kacangnya? Aku cakap kuah kacang takde, ganti dengan cili sos.
Bila aku cakap macam tu memang terus keluarlah ayat dia nak kutuk aku. You memang suka masak tak cukup bahan eh? He..he.. sabar ajelah aku. Itulah jadinya bila tak plan nak masak apa. Teringin nak buat itu ini tapi guna bahan-bahan yang ada kat rumah aje. Lain kali kalau ada hati nak buat ayam sweet sour tapi takde nenas aku cakap aje itu sambal ayam. Tak payah nak mengada-ngada nak cakap ayam sweet sour he..he.. Kalau teringin nak buat gado-gado tapi tak kuasa nak buat kuah kacang, aku cakap aje goreng tempe cicah sos. Tak payah nak beria cakap gado-gado. Habis cerita. Takdelah aku kena kutuk ha..ha..
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Wednesday, April 24, 2013
Bab akhir..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. sekarang ni aku sedang giat (err.. giat sikitlah he..he..) menulis manuskrip ke-3. Setakat ni sudah memasuki bab yang ke-6. Idea tu kadang-kadang tajam. Selalunya, tumpul hu..hu.. Walaupun baru merangkak ke bab yang ke-6 dan masih jauh lagi untuk menaip perkataan TAMAT tapi idea untuk bab yang terakhir sudah berada di dalam kepala. Ketika iron baju pagi tadi, macam bersusun idea tu datang. Satu persatu ayat tu menjelma dalam kepala. Sudah terangka bagaimana aku mahu menulisnya nanti. Bagaikan orang angau bercinta, aku tersenyum-senyum sambil iron baju pagi tadi. Macamkan baru dapat habuan yang besar. Begitulah bermaknanya setiap idea yang terilham di dalam kepala buatku.
Bila bab awal dan bab akhir sudah ada, nampaknya selepas ini aku kena isikan tempat kosong di antaranya untuk menyiapkan cerita. Di peringkat awal, selalu sangat aku rasa payah untuk menyiapkannya. Kadang-kadang bukan main bersemangat nak menghabiskannya. Kadang kala semangat tu luntur tiba-tiba. Kadang-kadang seronok untuk menyiapkan bila idea mencurah-curah datang. Kadang-kadang jemu dan bosan untuk meneruskan bila idea tak kunjung bertandang. Tapi satu yang pasti, segala kepayahan akan jadi indah bila ianya siap nanti. Semoga perjalanan manuskrip ketiga ini akan dipermudahkan hendaknya. Semoga aku tak kalah dengan semangat yang luntur. Tak pernah jemu dan bosan dengan ketandusan idea.
Bila terjumpa nota lama untuk 2 manuskripku yang lepas, aku selalu tersenyum sendiri. Tak sedar, semua nota-nota itu walaupun yang tercatit pada secebis kertas menjadi kesayanganku.Teringat bagaimana aku memerah otak untuk menyiapkan setiap manuskrip. Teringat bagaimana ilham itu datang. Teringat bagaimana aku pening merangka jalan cerita, untuk mengolah dialog, untuk membina konflik, untuk memikirkan logik, untuk mencipta watak, untuk mereka suasana, untuk mewujudkan rasa. Pening memang pening. Tapi seronoknya lagi indah untuk aku kenang.

Tuesday, April 23, 2013
Beringat..
Assalamualaikum..
Dalam satu program agama di radio, aku pernah mendengar ada ustaz ni berkata, jangan kita hina orang yang menjadi pencuri atau peragut. Tapi kita kena bersyukur kerana disebabkan Allah memilih dia menjadi pencuri atau peragut, kita tidak menjadi pencuri dan peragut. Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain. Bila sesuatu perkara atau musibah itu menimpa orang lain, jangan kita berasa seronok sangat. Kita patut bersyukur kerana kalau ianya tidak menimpa mereka, mungkin ianya akan menimpa kita. Dari situ aku mendapat satu pengajaran yang berguna. Ianya mengenai, kalau tak dia, tentu saja kita.
Hari ini aku mendapat berita yang sedikit kurang enak. Ianya tidak terkena pada diriku. Tapi terkena pada seorang yang aku kenali. Aku sendiri tidak tahu kesahihan cerita. Tapi untuk mencari kebenaranya aku tidak tahu mahu merujuk pada siapa. Ini kerana aku sendiri tidak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Sudahnya aku memilih untuk berkecuali. Dalam pada berkecuali tetap juga aku mengurut dada. Dalam pada bersyukur aku terfikir sendiri. Kalau ianya boleh terkena pada dia, tak mustahil perkara yang sama boleh terkena pada diriku. Satu pengajaran yang aku dapat ialah, aku perlu beringat.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Monday, April 22, 2013
Anak I...
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. hari ini umur anak daraku dah mencecah 14 tahun. Happy Birthday Han Sayang! Semoga rahmat Allah sentiasa ada untukmu, puteriku. Puteri tunggal kami yang menjadi kesayangan ayahnya. Dah namanya anak ayah kan, makanya tengah malam tadi en.asben dah awal-awal tanya kat aku. U dah wish anak I dah? I dah. Amboi, bukan main lagi kan. Wish anak dia on time. Siap eksyen dengan aku lagi he..he.. Pagi tadi sebelum keluar pergi kerja pun masih nak tanya lagi pada aku U dah wish anak I.. he..he.. Alhamdulillah.. mestilah dah. Sedangkan Is dan Az pun tak lupa nak wish pada kakaknya. Takkanlah aku lupa nak wish pada anak aku sendiri.
Kadang-kadang aku rasa macam aku ni mak tiri pada anak kandung sendiri ha..ha.. Mana tidaknya, en.asben tak pernah sebut anak U atau anak kita bila bercakap tentang anak-anak. Kalau cakap dengan orang luar tu lainlah. Ini cakap dengan aku pun guna anak I. Semuanya mesti anak I. Kalau aku memang selalu sebut anak U bila cakap pasal anak-anak dengan en.asben. Tapi en.asben mesti akan cakap anak I. Memang dia takkan sebut anak U. Rasanya macam tak pernah. Macam anak tu anak dia seorang kan he..he.. Tapi dalam rasa macam mak tiri sebenarnya aku rasa sangat istimewa bila dia cakap macam tu. Macam sweet sangat bunyinya.
Semalam kami keluar pergi makan kat The Manhattan Fish Market di Alamanda untuk celebrate birthday Han. First time sebenarnya kita orang makan kat situ. Bila baca review, ramai yang kata portionnya besar. So kami pun takut nak order banyak-banyak. Tapi nampakya portionnya macam kecil bagi kami he..he.. Siap dah habis makan terpaksa tambah order lagi. Sebab rasa macam tak cukup pulak. Bila dah tambah order terpaksalah menunggu pulak. Bagi aku best aje makan kat situ. Tapi en.asben cuma bagi 3 bintang out of 10. Tak kena dengan seleranya kut. Sebenarnya 2 bintang aje dia bagi. 1 bintang tu tambahan sebab meja kita orang mengadap air pancut kat luar kedai ha..ha... So anak-anak pun dah tahu. Nampaknya, lepas ni susah sikitlah kita orang nak ajak en.asben makan kat situ lagi.
Lepas makan kononnya nak pusing-pusing Alamanda. Sebabnya jarang benar kami keluar jalan-jalan macam tu. Selalu kalau keluar mesti sebab nak cari barang. Kalau saja-saja nak keluar memang takdelah. Tak bandar betul kami ni kan he..he.. Tak reti nak melepak kat shopping complex. Bila dah tak biasa, semua pun macam tak enjoy nak jalan-jalan takde tujuan macam tu. Sudahnya semua lebih sibuk nak ajak balik. Bagus betul. Keluar rumah pukul 11 lebih. Pukul 1.30 semua dah ajak balik. Itu pun dah campur dengan masa makan. Memang kami ni homely type. Lepak kat rumah lagi best. Ambil bantal, on aircond, baring depan tv, turunkan langsir dan layan mata he..he.. heaven rasanya. Alhamdulillah.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rakmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Friday, April 19, 2013
I love writing...
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. untuk pagi jumaat yang indah lagi barakah.
Adakala, dalam ada banyak cerita yang ingin ditulis, hati melawan untuk berkongsi cerita. Adakala juga, bila hati terasa mahu bercerita, idea nak mengarang tak timbul-timbul pula he..he.. Namun aku amat bersyukur bila dapat menulis. Bila menulis aku dapat rasakan kepuasannya. Mungkin, menulis adalah minatku yang sebenar. Minat yang dapat mengisi masaku. Jadinya, bila dapat menulis ianya memberikan aku satu kepuasan.
Ada orang yang nak baca penulisanku, aku rasa seronok. Takde orang nak baca, aku baca sendiri he..he.. Apa yang penting dapat menulis. Begitu juga dengan penulisan untuk manuskrip. Bila terlalu memikir, menulis jadi stress. Bila menulis kerana memenuhi minat, menulis jadi lebih seronok. Aku pula jadi puas. Dapat royalti, Alhamdulillah. Jika tidak, aku dapat puas. Boleh diterbitkan, Alhamdulillah. Jika tidak aku masih rasa puas. Orang berminat Alhamdulillah. Jika tidak, aku tetap puas dapat menulis sebab I love writing so much.

Wednesday, April 17, 2013
ALLAH belum nak beri...
Assalamualaikum..
Sebagai manusia biasa yang punya banyak kekurangan diri, amat sukar untuk kita menerima sesuatu kenyataan yang tidak berpihak pada diri kita. Sebagai manusia biasa yang imannya tidak cukup kuat, amat payah untuk kita bersabar dengan perkara yang sudah tertulis untuk kita. Sedangkan, menerima kenyataan itu perlu. Bersabar itu dituntut. Memujuk diri untuk menerima takdir dengan sebaiknya adalah lebih baik dari terus melayan rasa berduka cita yang tidak membawa sebarang kebaikan.
Bila sesuatu rezeki itu tidak menjadi milik kita, kita selalu cenderung untuk menunding tangan menyalahkan orang lain. Terus tersemat dalam hati, sebab dia, kita tidak memperolehinya. Bila sesuatu perkara tidak berlaku seperti mana yang kita harapkan, cukup mudah untuk kita menyalahkan keadaan. Sedangkan hakikatnya, rezeki itu Allah belum mahu berikan kepada kita. Sedangkan, setiap perkara yang berlaku, tidak mungkin berlaku tanpa izin dari Allah. Bila sudah begitu, perlukah kita menyalahkan orang lain? Perlukah kita menyalahkan keadaan?
Setiap apa yang berlaku ada hikmah yang terbaik untuk kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Hidup ini terlalu singkat untuk berkeluh kesah. Terlalu pendek untuk mencari kesalahan orang lain. Terlalu berharga untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Adalah lebih baik kita menghabiskan sisa umur kita dengan memperbaiki diri. Tingkatkan prestasi diri agar nilai diri jadi lebih tinggi. Semoga iman dan amal kita akan sentiasa bertambah hendaknya.
Salam hormat untuk kita. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita. Take care and have a nice day.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Positif juga akhirnya..
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...
-
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan ko...
-
Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim. ALLAH.. terasa kekok untuk kembali menulis selepas berbulan tidak menulis di sini. Tapi...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.. Salam jumaat yang mulia. Jom banyakkan berselawat. Specialnya bulan Februari tahun ...