Assalamualaikum..
Sebagai manusia biasa yang punya banyak kekurangan diri, amat sukar untuk kita menerima sesuatu kenyataan yang tidak berpihak pada diri kita. Sebagai manusia biasa yang imannya tidak cukup kuat, amat payah untuk kita bersabar dengan perkara yang sudah tertulis untuk kita. Sedangkan, menerima kenyataan itu perlu. Bersabar itu dituntut. Memujuk diri untuk menerima takdir dengan sebaiknya adalah lebih baik dari terus melayan rasa berduka cita yang tidak membawa sebarang kebaikan.
Bila sesuatu rezeki itu tidak menjadi milik kita, kita selalu cenderung untuk menunding tangan menyalahkan orang lain. Terus tersemat dalam hati, sebab dia, kita tidak memperolehinya. Bila sesuatu perkara tidak berlaku seperti mana yang kita harapkan, cukup mudah untuk kita menyalahkan keadaan. Sedangkan hakikatnya, rezeki itu Allah belum mahu berikan kepada kita. Sedangkan, setiap perkara yang berlaku, tidak mungkin berlaku tanpa izin dari Allah. Bila sudah begitu, perlukah kita menyalahkan orang lain? Perlukah kita menyalahkan keadaan?
Setiap apa yang berlaku ada hikmah yang terbaik untuk kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Hidup ini terlalu singkat untuk berkeluh kesah. Terlalu pendek untuk mencari kesalahan orang lain. Terlalu berharga untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Adalah lebih baik kita menghabiskan sisa umur kita dengan memperbaiki diri. Tingkatkan prestasi diri agar nilai diri jadi lebih tinggi. Semoga iman dan amal kita akan sentiasa bertambah hendaknya.
Salam hormat untuk kita. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita. Take care and have a nice day.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Positif juga akhirnya..
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. majlis perkahwinan sepupuku pada ahad lepas telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Semingg...
-
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan ko...
-
Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim. ALLAH.. terasa kekok untuk kembali menulis selepas berbulan tidak menulis di sini. Tapi...
17 comments:
saya minta izin copy & paste kak..
Betul kak, setuju dengan apa yang ditulis ni..
Mrs. Eady : Silakan Izwa.. semoga kita sama2 dapat manfaatnya. insyaAllah..
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan..
Assalamualaikum Hanis
Insyaallah
ada rezeki yg lebih baik untuk kita
Setiap yg Allah jadikan pasti ada hikmahnya. Itu kena pegang kejap dlm minda kita...
Allah sudah tentukan apa yg terbaik buat kita semua.
Itulah kelemahan kita..First Impression kita...pasti jer Negetif dahulu kan..Lemahnya kita sebagai manusia..namun yg indahnya..seketika kemudian bila kita menyedari bahawa rezeki itu bukan milik kita...Redha yg terbit dari keikhlasan kita menerima ketentuan Allah itu...tiada ternilai harganya...
setuju kak....pasti ada yg lebih baik utk kita yg akan mendatang
hmmm take care kak!
terima kasih atas kata kata ini!!
sesungguhnya Allah jualah mengetahui segalanya..
Allah SWT lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya :)
saya suka last paragraph tu. nice sharing kak :-)
bila dalam keresahan mesti idea mencurah2 ye fea
setiap apa yg berlaku sudah pasti ada
hikmah disebaliknya. Bila kita redha pula jiwa akan lebih tenang.
sesungguhnya rezeki itu mmg di tangan Tuhan...
suka sangat dengan entry ni, setuju sangat apa yg akak tulis saya selalu pujuk diri sendiri dengan kata-kata nie Allah belum nak beri, belum ada rezeki, sekurang-kurangnya dapat pujuk sedikit hati kita dan terus berdoa! Insya-Allah
Allah sentiasa menyimpan hikmah kejadian sesuatu peristiwa. Senyum selalu.
Post a Comment