Wednesday, April 3, 2013

Tuan doktor..

Assalamualaikum..

Jumaat lepas aku dan en.asben bercuti. Cadangnya nak balik ke Taiping untuk melawat tok di samping untuk menghadiri kenduri di Ipoh pada hujung minggu. Tapi perancangan hanya tinggal perancangan bila adik aku sakit tiba-tiba. Alhamdulillah, kami tidak jadi balik ke kampung pada awal pagi itu. Jika tidak, tentu keadaan adik aku akan jadi lebih teruk lagi. Alhamdulillah, hari ini keadaan adik aku sudah kembali pulih. Alhamdulillah, petang semalam dia sudah dibenarkan keluar dari hospital setelah  2 hari dimasukkan ke wad ICU dan 3 hari ditahan di wad biasa. Semoga adik aku terus diberikan kesihatan yang baik hendaknya.

Bila kesihatannya sudah baik, bolehlah aku bercerita tentang doktornya. Sejak sakit, adik aku telah dirawat oleh seorang Doktor Pakar di Pusat Perubatan itu. Yang bestnya, doktor tu adalah sangat hensem. (Tapi tentulah en.asben i lagi hensem di mata i kan.. ceh-ceh ayat cover line). He..he.. bukan aku aje yang cakap macam tu. Makcik-makcik, sepupu-sepupu dan emak aku pun cakap macam tu.  Doktor tu chinese. Cakap melayu memang tak fasih. Muka nampak muda untuk jadi doktor pakar. Tapi bila dirisik dengan nurse kat situ rupanya umurnya dah 37 tahun. Ha..ha.. sempat lagi merisik tu. Bukannya apa, kalau kami tidak bertanya, tentu nurse-nurse kat situ yang lebih dulu buka cerita pasal dia. Siap main teka-teki lagi. See.. betapa hotnya doktor tu.

Sebenarnya bab kekacakan tu dah jadi hal yang kedua sebab doktor tu sangat bertanggungjawab dengan tugas dan pesakitnya. Jadinya bab bertanggungjawab tu dah jadi bab utama yang lebih menarik perhatianku. Dia siap bagi adik aku nombor hp dia untuk adik aku hubungi jika ada masalah berkaitan kesihatannya. Macam last month sebelum dia pergi bercuti ke europe, dia siap beritahu awal-awal yang adik aku masih boleh juga call dia. See.. sangat bertanggungjawab kan. Macam hari jumaat tu bila keadaan adik aku jadi agak teruk, kami terus hubungi dia untuk dapatkan nasihat. Dia terus minta kami bawa adik aku ke Bahagian Emergency di Pusat Rawatan itu. Waktu kami nak settlekan urusan pendaftaran, doktor tu dah  siap-siap datang untuk tengok keadaan adik aku. Bila nampak keadaan adik aku, dia sendiri yang terus tolak adik aku ke bilik rawatan. Tak payah tunggu nurse yang tolong tolakkan. Dia buat sendiri aje.

Alhamdulillah.. adik aku mendapat doktor yang baik. Hensem pulak tu he..he.. Hensem tapi garang sikitlah. Garang bab kesihatan pesakit. Macam hari tu, menadahlah telinga kita orang dengar dia bebel sebab kita orang lambat bawa adik aku ke hospital. Sedangkan kami sendiri tidak tahu yang keadaan adik aku akan jadi seteruk itu. Asyik tergeleng-geleng aje kepala dia nak tunjukkan rasa tidak puas hati. Tapi bila keadaan adik aku dah bertambah baik, muka dia jadi lebih manis. Siap nurse semua cakap yang doktor senang hati tengok keadaan adik aku yang bertambah baik. Lepas tu sebelum keluar semalam, berbakul juga nasihat dia untuk adik aku supaya  lebih aware dengan keadaan sekeliling dan pemakanan. Siap ada ayat perli lagi he..he.. Perli sebab ada kisah disebaliknya ya. Bukan perli yang saja-saja. Tapi untuk kebaikan adik aku juga. Nasiblah tuan doktor hensem. Perli pun tak terasa ha..ha.. Anyway.. Thank you so much Doc!

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

20 comments:

ricca said...

doc tu hati terusik kot tgk adik akak...mana tau ntah2 sbnrnye doc tu ade hati ke?ok gak ensem ngan cun...heheh(gurau2 ngan fidah)

Izwa Kamaruddin said...

iskkk akak ni..buat izwa trbyg2 je mcm mane muka doktor tu!alahaiii..heheh..

mama maman aka yana said...

nasib baik ensem.. hehe

ummiross said...

ensem, baik dan bertanggungjawab...pakej tu, susah nak cari hehe..

Moga adik Hanis kembali sihat seperti biasa...

Hudalatip said...

Dr tu suka kat adik akak ke? Heheheh kalau saya dapat dr yang hensem confirm cepat baik..:)

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

Alhamdulillah
moga sihat sedia kala, supaya dapat beramal dengan sempurna

faraherda.razalan said...

Heheheh...akak ni sempat g kredit kehenseman doc tu eh? Med centre mane lah eh? Hahahah! Nak gak usha...

Kak, Alhamdulillah adik akak dah kembali stabil. Tapi kan kak, adik akak tu sakit ape eh? Dari hari tu sy baca tentang adik akak yg sakit2 ni. Risau lak sy.

=(

Kakcik Seroja said...

Agaknya ada tak pesakit yang sengaja 'cari jalan' untuk masuk ke hospital sebab nak berjumpa dengan doktor tu, ya? hehehe...

Apa2pun syukurlah adik Fea dah selamat. Alhamdulillah.

Izan Ishak said...

baguslah adik kak fea dapat doktor yg sangat pritahin dgn keadaan pesakitnya. dah lah tu muka hensem pulak tu ye... camnalah agaknya rupanya tu?

Kakzakie Purvit said...

Kalaulah ramai doktor yg macam itu alangkah baiknya. Dahlah hensem, bertanggung-jawablah pulak..

ieja amieja said...

assalam..
agak2 ada chance x adk hanis tu??hahaha mana lah tahu kan..
semoga dia cepat sembuh ye

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

adik Hanis lelaki or perempuan..kalau ada perempuan ada chance tue...dpt adik ipar doctor.hhehehe

Dr K said...

Alhamdullilah adik dah sihat...
Doktor yg membebel tu, sebab dia caring kat patient dia...:)

Nini D.. said...

memang best kalo dapat doktor macam ni kan kak..

sud@is said...

nampak doktor rasa sakit dah separauh hilang apalagi doktor baik lg hensem

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah dapat doktor yg sangat baik & bonus bila dia adalah hensem jugak, kihkihkih!

Adzrien Shoppe said...

Ensem sebagai ubat tambahan.... Senang hati dpt doktor camtu.

Murni Alfathunnisa said...

hehe...tersenyum-senyum saya baca entri kak hanis ni...

ensem ni macam pemanis dan penyeri gitu...add-ons..hehe...apa pun alhamdulillah..things are getting better utk adik kak hanis...semoga cepat sembuh.

Nina Mads said...

cinta pandang pertama apa? hehe

Unknown said...

Kak Fea,

Lain kali amik gambar lah doc hensem tu boleh cuci mata! I pun pantang tgk org muka hencem ni...hakhakhak :D

Have a nice day too kak :))

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...