Friday, April 12, 2013

Jangan berprasangka..

Assalamualaikum..

Pagi semalam ada teman sekerja yang menumpang duduk seketika di sebelahku untuk membuat tugasannya. Sepanjang waktu itu aku memang agak sibuk dengan tugasanku. Bila dia nampak aku sibuk dia pun menegur, eh.. sibuk juga rupanya di sini. Ingatkan kerja ni tak sibuk dan nampak macam senang aje. Rupa-rupanya sibuk dan kalut juga ya. Taklah senang sangat. He..he.. aku hanya tersenyum panjang saja mendengarnya. Dah biasa sangat dah orang menegur begitu setiap kali mereka duduk sama di tempatku. Tentu saja ramai yang menyangka bahawa tugasanku satu tugas yang senang dan tidak sesibuk mana. Tapi bila mereka berada di tempatku, barulah mereka mengetahui situasi sebenar.

Sebenarnya, bukan bidang tugasanku saja. Rasanya seringkali juga kita merasakan yang tugasan seseorang itu sebagai tugas mudah atau tugas yang relaks. Sedangkan hakikatnya, tugas yang dikendalikan tidak semudah yang kita sangka. Tapi kita selalu mengukur dari pandangan mata kita yang sekali sekala melihat kerana kita tidak duduk sama di tempat tersebut. Bila sudah duduk di tempat tersebut barulah kita tahu situasi yang sebenar. Teguran dari orang lain sebenarnya membuatkan aku beringat untuk tidak memandang mudah akan tugasan setiap orang.

Pastinya tugasan setiap orang di sesebuah organisasi itu bukan satu tugas mudah dan tidak penting. Jika tugasan itu cukup senang dan tidak penting, rasanya tidak perlulah jawatan itu diwujudkan. Bila jawatan itu wujud di sesebuah organisasi, tentunya peranan petugas itu sama berat dan tugasannya juga sama penting seperti jawatan lain. Mungkin yang membezakan hanyalah jenis tugasan dan bagaimana tugasan itu dilaksanakan. Teguran semalam memberikan lagi peringatan untuk diriku sendiri agar tidak memandang remeh dengan tugasan orang lain. Buat dulu baru tahu. Berada di situasi itu baru menilai. Satu yang paling utama jangan mudah berprasangka. Sebab berprasangka itu  tidak disukai oleh agama.

“Dari Abu Hurairah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah oleh kalian berprasangka, kerana berprasangka merupakan seburuk-buruk pembicaraan, serta janganlah kalian meraba-raba dan mencari-cari kesalahan orang lain, janganlah kalian saling berdebat, saling hasut-menghasut, saling benci-membenci dan saling belakang-membelakangi, tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan kepada kalian. Orang Islam adalah saudara bagi Islam yang lain, tidak boleh saling menganiaya, membiarkan, mendustakan, dan saling menghina. Taqwa itu disini, dan (sambil) Baginda mengisyaratkan (telunjuk) ke dadanya tiga kali. Cukuplah seseorang dikatakan orang jahat (buruk perangai) apabila dia menghina saudaranya yang Islam. Setiap orang Islam terhadap orang Islam yang lain adalah haram darahnya, kehormatannya dan hartanya. Sesungguhnya Allah tidak memandang tubuh, rupa dan amal-amal perbuatanmu, tetapi Allah memandang kepada hati.” (HR Bukhari dan Muslim)

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

14 comments:

mama maman aka yana said...

setiap jawatan dlm satu2 organisasi sama pentingnya.. tanpa satu org pegang satu jawatan yg kununnya paling koman pun nnt ramai org takkan dpt siapkan kerja mengikut dateline kann... so kerjasama itu penting.. :)

JunAina said...

Dalam sesuatu organisasi setiap orang mempunyai tugasan tersendiri. Jangan pandang mudah walaupun dia hanyalah seorang tea lady!

Izwa Kamaruddin said...

setiap org ade tugasan & tanggungjawab nyer kan..

TS said...

selalu berprasangka baik.. :)

ummiross said...

betul tu, jangan mudah berprasangka.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

unit sy keja skrg pun slalu org beranggapan teda keja..keja sng..teda sibuk..tp just ignore biar la mereka nak kata apa..yg penting segala keja2 tggungjawab sy siap dgn baik dan on tym..

Kakzakie Purvit said...

Itu yg org kata jgn pandang sebelah mata kan Hanis. Sebab Allah dah kurniakan 2 mata dah mata hati jgn dilupakan utk digunakan sebaik-baiknya.

Mak Wardah said...

Kadang2 kita manusia ini terlalu pantas menghakimi manusia lain...

mamaarifakeemaisy said...

Sgt2 setuju.. kita pun ada jgk jd mangsa keadaan smcm ni, tp btl la kan, andai jwtn kita tk pntg, tak wujudlah jwtn tu...

Btw thanks ats ingatannya :-)

Dinas Aldi said...

Besar hikmah dia datang duduk sebelah Hanis tu :)

Anonymous said...

ayat bawah tu isu semasa tu...

emmm..

ini kali lah!

kueh

Nina Mads said...

suka entry nie.. kadang2 org suka berprasangja buruk dgn kita

Murni Alfathunnisa said...

buruk sangka ni memang tak baik. nice hadits..mohon copy kak hanis :-)

eiela said...

betul jugak tuh kak.. kdg2 org tengok mcm takde keje je walhal dia tak tau perkara sebenar, mcm lipas kudung buat kerja, sibuk dlm kepala lagi. mcm2.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...