Tuesday, April 16, 2013

Nombor satu..

Assalamualaikum..

Tahun ini Is akan mengambil peperiksaan UPSR. Jadinya aku nak update perkembangan pelajarannya untuk jadi rujukan aku dan bacaan untuknya nanti-nanti. Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, tahun ini Is turun kelas. Dari kelas pertama dia turun langkau 2 kelas tahun ni. Punyalah banyak main di tahun lepas. Tapi seperti biasa, dia tetap rileks. Yang lebih gubranya aku he..he.. Iyelah, ibu manalah yang tak risau bila pelajaran anaknya merosot teruk. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik penurunan kelasnya. Bila dah kena turun kelas, senang sikit aku nak suruh dia belajar walaupun masih banyak juga main dan lekanya. Budak-budak kan. Manalah boleh berpisah dengan games dan tv. Aku pun dari memantau 40% terus jadi meningkat pemantauanku sebanyak 80%. (Nampak sangat sebelum ni tak betul-betul ambil berat. Bila dah merosot baru tahu takut).

Aku selalu ingatkan dia yang tak kisahlah dia dapat berapa dalam UPSR nanti. Yang aku mahu lihat ialah usaha dan kesungguhan dia untuk berjaya. Bila dan berusaha dan bersungguh tapi tidak berjaya itu namanya bukan rezeki. Tapi bila langsung taknak berusaha apalagi bersungguh itu adalah orang-orang yang rugi. Alhamdulillah, untuk empat bulan pertama ini ada peningkatan yang dapat aku lihat dalam pelajarannya. Mungkin dia sendiri kecewa dan malu sendiri bila kena turun kelas tu. Tapi  masih nak buat-buat cool. Dalam buat-buat cool, aku nampak dia ada usaha juga untuk meningkatkan diri tu, Alhamdulillah. Nampaklah sedikit kenaikan dalam markah-markahnya. Macam markah math, kalau tahun lepas asyik dapat C, untuk peperiksaan baru ni dia dah dapat A. Markah sains dari C dah naik B. Untuk BI dan penulisan BM masih kekal B. Harap-harap dia akan terus berusaha untuk dapat markah yang lebih baik lagi.

Alhamdulillah, untuk peperiksaan kali ni dia dapat nombor 1 di dalam kelas. Seronok dia. Siap check sendiri keputusan kat online. Lepas tu minta aku tengok. Alhamdulillah.. Tahniah Abang. Kalau abang lebih berusaha tentu abang akan memperolehi markah yang lebih baik lagi dalam setiap matapelajaran. Sebelum ni di kelas pertama memang agak sukar untuk dia memperolehi kedudukan tersebut. Tapi di kelas ketiga ini, dapatlah dia merasa pegang kedudukan nombor 1 tu. Semoga kedudukan yang baik dan markah yang semakin meningkat ini akan menjadi pemangkin untuk dia terus berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. Mama tahu, dengan usaha dan kesungguhan abang pasti boleh. All the best sayang! Doa mama dan ayah sentiasa ada untuk abang, kakak dan baby, insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada utuk kita semua. Take care & have a nice day.

22 comments:

NM03 said...

tahniah abang... teruskan berusaha dan bekerja keras dalam pelajaran ye

mummY daniSha said...

congrat kak =)

perkembangan yg baik =)

Unknown said...

alhamdulillah..tahniah abang.. anak2 ni mmg nak kena pantau.. kalau tak dia cepat hilang fokus.. hehe..

Izwa Kamaruddin said...

tahniah abg!~

Ati Masrif said...

assalamualaikum fea,

is sama dgn farah anak kak ati upsr tahun ini
besar harapan kita seorang ibu utk melihat
anak2 kita berjaya dlm pelajaran...semoga kejayaan milik mereka...amin!

qemaishak said...

Alhamdulillah, tahniah abang..:)

JunAina said...

Anak Aina yang pompuan pun ambik UPSR tahun ni tp sekolah kat kg dgn mak tok. Sebenarnya mak tok lagi banayk bg perhatian pada pelajaran cucu berbanding masa dia duduk dgn mak yg sibuk sentiasa dengan kerja.

lizz said...

tahniah untuk abang...dapat no 1 dalam kelas bukan senangkan...moga terus berjaya k...

lizz said...

tahniah untuk abang...dapat no 1 dalam kelas bukan senangkan...moga terus berjaya k...

lizz said...

tahniah untuk abang...dapat no 1 dalam kelas bukan senangkan...moga terus berjaya k...

Kakcik Seroja said...

Budak Sepet pun akan perilsa UPSR tahun ini, tapi dia buatbtak tahu je.... :(

Hudalatip said...

Is mesti boleh, kadang kan kak saya pun risau anak lelaki saya boleh ke tidak. Walaupun dia baru darjah dua tapi belajar selalu main2..Haraplah dia memang fokus kat kelas..Tapi biasanya budak lelaki ni cool je tapi sebenarnya pandai..:)

Kakzakie Purvit said...

Tahniah Is. Auntie percaya Is boleh jadi macam kakak juga yg cemerlang.

Apa pun kita memang kena pantau anak-anak kalau belum matang Hanis. Kakak tinggal satu ni nak lepaskan UPSR dua tahun lagi. Biasa bila dah duduk asrama mereka lebih matang dan tahu nak berjaya.

sekadar satu coretan said...

Tahniah buat abg is.,.
Moga terus berjaya...

Nini D.. said...

tahniah abang..
teruskan usaha!

sitinaminah02 said...

alhamdulillah, dah nampak perkembangan abang. kekalkan prestasi, harap dpt keputusan yg cemerlang nanti. :-)

Murni Alfathunnisa said...

saya pun pernah turun kelas. dari darjah 1-6, form 1..duduk kelas no. 1..masuk form 2 turun kelas no. 3. Malu sangat. Tapi saya tak jadikan perkara tu sebagai penghalang. tapi perasaan rendah diri memang ada. nasib baik saya ni cepat recover..masuk form 3 naik kelas balik ke kelas no. 2.

kak hanis kena bagi support...penting tu. Galakan ibu ni la semangat untuk anak2 berjaya...

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

Insyaallah
dia berjaya dengan cemerlang

Eye_nee said...

Tahniah Is...mcm tu lah kan sis..bila kita terlepa saja sedikit...kurang beri perhatian...mereka pun belajar sambil lewa jer..

Dinas Aldi said...

Kadang2 ada pelajar yg perlu melalui pengalaman sebegitu sebelum dia sedar yg dia dah tergelincir sikit tapi in syaa Allah dia akan berusaha kembali ke landasan asal untuk cemerlang. Go Is! :)

gadisBunga™ said...

kalau dari sekarang nampak usahanya dalam nak mencemerlangkan diri, insyaAllah masa depan akak tak perlu risau lagi. :)

ummiross said...

Alhamdulillah..tahniah Is.

InsyaAllah moga makin bersemangat Is nanti.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...