Assalamualaikum..
Kisah beberapa hari yang lepas..
Kak, ada peminat akak bagi hadiah. Lepas tu dia suruh akak sign novel dia sekali. Kata temanku sambil menghulurkan novel Takdir Fitrah Terindah bersama bungkusan kuih. Siap temanku snap gambarku bersama novel lagi untuk diberikan kepada pembaca itu. Ya Allah, aku jadi malu dan terharu dibuatnya. Balik kerja, aku bawa balik kuih itu untuk dimakan bersama en.asben. Mana dapat? Tanya en. asben. Peminat I bagi he..he.. (Saja aje nak guna ayat temanku ketika di pejabat sebelum tu untuk mengusik en.asben). Peminat??? Aku ada peminat ke? he..he.. Perkataan yang paling tepat bukanlah peminat sebenarnya. Tapi pembaca novelku. Alhamdulillah, ada yang berminat untuk membaca novelku. Terima kasih banyak atas sokongan yang telah diberikan oleh peminat opppssss pembaca novelku. Alhamdulillah, setakat ni, komen-komen yang diterima amat memberangsangkan. Ianya selalu menjadi pendorong yang kuat untuk aku terus menulis. Sehingga kini, masih ada yang mencari novel pertamaku. Novel Takdir Fitrah Terindah juga selalu berada dalam kata carian di blogku. Alhamdulillah, terima kasih banyak buat semua pembaca yang beminat dengan novelku. Aku sangat menghargainya. Selain dari carian Novel Takdir Fitrah Terindah, carian tentang Novel Kedua Hanis Azla, Novel Terbaru Hanis Azla dan Benar-benar Cinta Ilham Karangkraf juga sering termasuk dalam carian. Terharu juga bila ada yang membuat carian tersebut.
Ada juga teman pembaca yang sedang berada di kedai buku menelefon bertanyakan tentang novel keduaku kerana mereka ingin membelinya. Di chat FB pun ramai juga yang bertanya. Bila aku beritahu belum keluar lagi, mereka bertanyakan bila akan keluar? Untuk memberi jawapan, aku tiada jawapannya. Perkara itu membuatkan aku bertanyakan tentang manuskrip keduaku kepada pihak penerbitan. Di sini aku ingin kongsikan jawapan dari pihak penerbitan. Menurut mereka, manuskrip keduaku masih lagi dalam proses penilaian. Jadual penerbitan untuk tahun 2013 juga sudah penuh. Jika ada rezeki untuk novel keduaku diterbitkan mungkin di tahun yang berikutnya. Itupun jika ada rezeki. Jika tiada rezeki nampaknya manuskrip kedua itu akan sekadar menjadi simpanan peribadi untuk diriku sendiri. Sebenarnya, memang mengambil masa untuk sesebuah manuskrip itu untuk diterbitkan. Ianya bukan hal yang mudah juga, maksudku, bukan sekadar manuskrip dihantar, diterima, dicetak dan diterbitkan. Lainlah untuk penulis yang sudah mempunyai nama. Tambah-tambah lagi dengan bilangan penulis lama dan baru yang hebat-hebat sekarang ini. Bilangan manuskrip yang diterima juga bukan-sikit-sikit. Bukan satu tugas mudah bagi pihak editor untuk membuat pemilihan. Genre dan kisah yang selalu menjadi pilihan pembaca juga perlu diambil kira. Untuk Novel Takdir Fitrah Terindah juga begitu. Selepas setahun menghantar manuskrip, barulah ada rezeki untuk diterbitkan. Semoga ada rezeki juga untuk Benar-benar Cinta diterbitkan nanti, insyaAllah. Doa-doakan sama ya!
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care & have a nice day.
Wednesday, April 10, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Positif juga akhirnya..
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. majlis perkahwinan sepupuku pada ahad lepas telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Semingg...
-
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan ko...
-
Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim. ALLAH.. terasa kekok untuk kembali menulis selepas berbulan tidak menulis di sini. Tapi...
14 comments:
yeahhh tak sabar nak tggu buku akak lagii!
Tak sabar .saya doakan moga ia segera diterbitkan ye kak! Saya juga peminat akak juga
Semoga ada rezeki utk novel kedua tu ya Fea.
Semoga novel akak akan diterbitkan juga satu hari nanti..
InsyaAllah, rezeki Fea tetap ada. :)
Tahniah dulu dari kakak bila Hanis kian dikenali. Kakak percaya manuskrip kedua akan dapat kakak baca juga seperti yg pertama tak lama lagi..
Penulis novel pun ada peminat tersendiri Hanis, ramai yang suka baca novel, Hanis dah mula ada peminat, insyaAllah akan bertambah lagi peminat novel2 Hanis nanti.
Ummi doakan moga terus sukses.
seronok eks kalu tau ada yg berminat dgn hasil penulisan kita.. :)
sy pun suka baca novel..
Salam kak..buku takdir yang terindah ni saya tak sempat baca lagi, insyaAllah nnt nak beli juga buku ni..
salam kak hanis, lama xjenguk sini! akk nk publish 2nd novel ke? taniah kak :)
Dah beberapa kali khatam Takdir Fitrah Terindah. Peh ni bila novel kedua Hanis keluaq nanti, konpem akak pi cari :)
Minat novel tp dh lama tak mmbaca, sesekali ke kedai buku, nak kena cari jugak novel awak ni :-).. pastinya best kan..
Apapun moga ada rezki utk pengeluaran novel berikutnya..
waaaa.. lama lagi ka nak terbit.. sy duk berangan kut dpt baca lpas pesta buku.. ~nanges sampai banjir~
huwaaa....i'm your fan now la kak fea... :)
Post a Comment