Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. hari ini umur anak daraku dah mencecah 14 tahun. Happy Birthday Han Sayang! Semoga rahmat Allah sentiasa ada untukmu, puteriku. Puteri tunggal kami yang menjadi kesayangan ayahnya. Dah namanya anak ayah kan, makanya tengah malam tadi en.asben dah awal-awal tanya kat aku. U dah wish anak I dah? I dah. Amboi, bukan main lagi kan. Wish anak dia on time. Siap eksyen dengan aku lagi he..he.. Pagi tadi sebelum keluar pergi kerja pun masih nak tanya lagi pada aku U dah wish anak I.. he..he.. Alhamdulillah.. mestilah dah. Sedangkan Is dan Az pun tak lupa nak wish pada kakaknya. Takkanlah aku lupa nak wish pada anak aku sendiri.
Kadang-kadang aku rasa macam aku ni mak tiri pada anak kandung sendiri ha..ha.. Mana tidaknya, en.asben tak pernah sebut anak U atau anak kita bila bercakap tentang anak-anak. Kalau cakap dengan orang luar tu lainlah. Ini cakap dengan aku pun guna anak I. Semuanya mesti anak I. Kalau aku memang selalu sebut anak U bila cakap pasal anak-anak dengan en.asben. Tapi en.asben mesti akan cakap anak I. Memang dia takkan sebut anak U. Rasanya macam tak pernah. Macam anak tu anak dia seorang kan he..he.. Tapi dalam rasa macam mak tiri sebenarnya aku rasa sangat istimewa bila dia cakap macam tu. Macam sweet sangat bunyinya.
Semalam kami keluar pergi makan kat The Manhattan Fish Market di Alamanda untuk celebrate birthday Han. First time sebenarnya kita orang makan kat situ. Bila baca review, ramai yang kata portionnya besar. So kami pun takut nak order banyak-banyak. Tapi nampakya portionnya macam kecil bagi kami he..he.. Siap dah habis makan terpaksa tambah order lagi. Sebab rasa macam tak cukup pulak. Bila dah tambah order terpaksalah menunggu pulak. Bagi aku best aje makan kat situ. Tapi en.asben cuma bagi 3 bintang out of 10. Tak kena dengan seleranya kut. Sebenarnya 2 bintang aje dia bagi. 1 bintang tu tambahan sebab meja kita orang mengadap air pancut kat luar kedai ha..ha... So anak-anak pun dah tahu. Nampaknya, lepas ni susah sikitlah kita orang nak ajak en.asben makan kat situ lagi.
Lepas makan kononnya nak pusing-pusing Alamanda. Sebabnya jarang benar kami keluar jalan-jalan macam tu. Selalu kalau keluar mesti sebab nak cari barang. Kalau saja-saja nak keluar memang takdelah. Tak bandar betul kami ni kan he..he.. Tak reti nak melepak kat shopping complex. Bila dah tak biasa, semua pun macam tak enjoy nak jalan-jalan takde tujuan macam tu. Sudahnya semua lebih sibuk nak ajak balik. Bagus betul. Keluar rumah pukul 11 lebih. Pukul 1.30 semua dah ajak balik. Itu pun dah campur dengan masa makan. Memang kami ni homely type. Lepak kat rumah lagi best. Ambil bantal, on aircond, baring depan tv, turunkan langsir dan layan mata he..he.. heaven rasanya. Alhamdulillah.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rakmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
Monday, April 22, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Positif juga akhirnya..
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. majlis perkahwinan sepupuku pada ahad lepas telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Semingg...
-
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan ko...
-
Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim. ALLAH.. terasa kekok untuk kembali menulis selepas berbulan tidak menulis di sini. Tapi...
20 comments:
salam hanis...selamat ulang tahun kelahiran untuk anak dara awak ye...semoga berbahagia selalu
Selamat Harijadi Han :)
Tu namanya hubby akak menghargai anak2 dia, memang sweet..Happy Birthday Han! Saya pun tak reti nak jalan2 kat shopping complex kalau takde reason nak beli barang..Kalau setakat makan je dan takde tujuan lain baik balik tido lagi best!
Kejap je masa berlalu sedar2 dah 14 tahun! Hepi bufday Han, berjaya dunia berjaya akhirat.
Happy birthday Han...
Moga jadi anak yg solehah..
Belajar rajin2..
happy birthday han..
wah..ada anak dara umur 14 tahun dah akak..kalau tengok akak jalan ngan han, macam jalan ngan adik2 agaknya.. hehe..
huhu.. dah besar dh.. selamat hari lahir HAn... hehe... biasa la tu anak dara mesti jadi anak bapa...
happy birthday Han..moga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT.
Dah 14 tahun Han ye..mak dan ayahnya nampak masih sangat muda, hehe..
happy bufday han..semoga jadi anak yg solehah utk mama and papa ye.. :)
heppy birthday han. sama jugak cam family akak, kalo saja2 nak melepak kat shopping complex mmgsusah. pegi sebab ada tujuan.kalo tidak jgn harap nak ajak en. abah.
setuju duk rumah lagi bestkan..macm2 ada kan
Hepi birthday dearest HAN...semoga jd anak yg baik2 dan berbakti pd parents yer...
Happy Bday Han...
Wow! Suke lak nama Han tu. Mcm nama gagah perkasa la rasanya. Walhal, girl...hehehehehe!
Happy birthday Han, hehe. Memang sweet la ayah dia sebut "anak I" selalu :)
Selamat Hari Lahir Buat Han....
selamat hari lahir utk Han...
selamat hari lahir han...
kami pun kalau keluar mmg tujuan nak beli barang kak fea. kalau setakat nak window shopping sesaje cam malas plak. lagipun zayyan masih kecik
...tunggu dia besar sikit dan boleh jalan kedek2 lagi best rasanya.
HEPI BESDAY HAN!....manhantan! ya, saya suka, tapi suami dieyana pun mcm suami kak-tak berapa nk suka..hehheh...so kalau teringin, dieyana g mkn dgn kwn2 je lah..ank pun tk suka..yang dia tau, kfc, mek di, big apple, hheheh...
Selamat Ulang Tahun untuk anak gadis mu. Moga dia sentiasa menjadi kesayangan dan kebangaan ayah dan ibu.
happy birthday han..semoga jadi anak yg berbakti kpd ibu ayah..akak pun mmng suka lepak kt rumah.
Post a Comment