Assalamualaikum....
Hari ni nak berkongsi mengenai tempat makan yang best di Bandar Baru Bangi. Nama kedainya Austin Steak House. Restoran ni terletak di Taman Kajang Impian kat area Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Deko dalam kedainya bercirikan koboi. Cantik dan cozy kedainya. Pada aku servisnya sangat bagus. Layanan sangat baik. Pesanan pun cepat sampai. Untuk rasa, sama standard dengan kebanyakan restoran yang menghidangkan western food. Paling best, harganya sangat berpatutan. Malam tadi kami order spagetti, sizzling steak, fish and chip, chicken chop, chicken golden dan 5 jenis air buah hanya RM65 saja. Berbaloi-baloi kan. Selalu tu harga makanan memang standard kat mana-mana kedai pun. Tapi harga minuman yang macam tak masuk akal. Pada aku macam melampau pulak harga minumannya. Tapi kat kedai ni, aku sangat berpuas hati dengan harga minumannya.
En. Asben punya Sizzling Steak. Berasap-asap lagi. Gambar makanan lain aku tak snap pun. Bukan sebab tak sabar nak makan. Tapi sebab en.asben dah jeling he..he.. Sebelum dia cakap aku annoying lebih baik aku simpan kamera dalam beg.. ha..ha..
Air buah dia dalam gelas besar. Berbaloikan dengan saiz gelas yang macam ni dengan harga RM3 saja. Milo ais dengan saiz yang macam ni pun cuma RM2 saja. Aku order air limau asam boi. Sedap betul.
Az order spaghetti. Banyak portion dia. Cheese pun banyak. Pulak tu dia punya order yang sampai dulu. Memang geram ajelah kita orang tengok. Apalagi, memang seorang-seoranglah dok tumpang rasa he..he.. Itu pun tak habis juga spaghetti dia. Kita orang nak habiskan pun masing-masing dah ketat perut.
Kalau teringinkan western food untuk harga yang berpatutan di Bandar Baru Bangi, pada aku, inilah tempatnya. Wah.. aku promote macam malam tadi dapat makan free kat kedai tu kan.. He..he.. walaupun kena bayar sendiri tapi perkara yang baik memang seronok untuk di kongsi.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Positif juga akhirnya..
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. majlis perkahwinan sepupuku pada ahad lepas telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Semingg...
-
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan ko...
-
Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim. ALLAH.. terasa kekok untuk kembali menulis selepas berbulan tidak menulis di sini. Tapi...
16 comments:
ok..yang part spagethi tu xleyh tahan ase...hiks
Assalam Hanis..teringin pulak acik..semalam baru balik dari bangi..
Salam Hanis..
Waa Hanis, kalau macam ni ummi kena terjah juga kedai ni nanti. Memang murah airnya tu Hanis.
Selalu juga tengok harga air kat sesetengah restoran tak berpatutan langsung.
Mood terliur ni..!hehe.
Kakak pun perasan Hanis biasa kalau kedai yg agak standard harga air dia teramatlah tidak berpatutan..
Tengok anakanda Az makan geraaamm aje:)
Semua tu RM65 aja???
Murah betul!!!!
Saya nak try la...
Ni lagiiiiiiiiiiiiii murah dari Wadihana :P
oh sedap nyer!!ohhh sedap nyer!!
salam fea,
memang murah sgtlah harga tu
kebetulan hubby nak belanja esok
sempena hari istimewa hari ni
bolehlah kita bedek nak pi situ ...thanks fea :)
Wuahhh, seronoknya!
I'm studying in UKM, so the restaurant is not so far from here. Ada masa nanti nak ajak parents or best friend makan sanalah. :)
*I guess the restaurant sooner will be my favourite place to makan besar, hehe.:p
Akak dah pusing merata blog ni asyik jumpa gambaq makanan ja hari ni, huwaaaahhhh! Lapaq..nampak sangat sedap. Ayaq pun best2 ja tengok..
Selalu lalu kat situ tengok je nanti nak ajak anak2 lepak sana bila ada masa.
kikiki....lawak komen kak dinas. chek pulak pusing merata dok nampak mangga. yang ni unik sikit..nampak western food. all in rm 65 memang ok la tu, kak hanis...5 meals kan..spagetti tu pun nampak best sos dia..
Nampak lazat, rasa lazat, hanis dah tarik akak nak ke sana nih..Sabar2 nanti weekend kita ke sana
65 hinggit???seyes murah...even kalo makan pizza hut 2 orang pon da 50 hinggit...harusssss kita terjahhh!!!
bestnya.. dgn air buah gelas besar. memang murah
hadeiii....
sedapnya nampak steak tu kak....
xpe..xpe..nini sabar dulu kasik tempoh pantang abes dulu.
berbaloi baloi dapat mkn mcm ni kan?
Post a Comment