Monday, April 8, 2013

Kesalku, kerana dia...

Assalamualaikum..

Tahun lepas, ada berita yang kurang enak aku dengar tentang X yang tidak aku kenali tetapi salah seorang ahli keluarganya agak rapat denganku. Dari temanku, aku mendengar luahan hatinya tentang perihal X. Walaupun X langsung tidak ku kenali dan dia juga bukan ahli keluarga atau orang yang rapat denganku, tetapi rasa ralat dan kesal dengan apa yang berlaku tetap sangat aku rasai. Tapi perkara yang sudah berlaku, mana mungkin boleh ditarik kembali. Hanya penyesalan serta doa dan harapan agar perkara itu tidak berulang lagi saja yang dapat diikhtiarkan. Menurut temanku,  X juga nampaknya cukup kesal dengan apa yang berlaku. Bersungguh juga X mahu memperbaiki diri agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dari seluruh ahli keluarga, X dibantu untuk melalui perkara itu dengan cara yang paling baik.

Alhamdulillah, walaupun seluruh ahli keluarga terluka dan hati mereka dipenuhi dengan rasa kesal, namun X tetap ditatang sebaiknya. Tiada langsung ahli keluarga yang meminggir. Malah susah dan senangnya tetap menjadi keutamaan keluarga. Subhanallah, Allah telah mengurniakan ibu dan ayah serta ahli keluarga yang terbaik untuk X. Sangkaku, perkara itu akan diambil iktibar oleh X untuk menjadi lebih baik selepas itu. Juga untuk tidak lagi melukakan perasaan ibu dan ayahnya. Namun selepas setahun berlalu, juga selepas segala yang berlaku dapat dilalui dengan baik oleh X dan ahli keluarganya, perkara yang sama tetap berulang kembali. Mendengar cerita itu, aku pula yang merasa amat sedih dan kesal. Itu perasaan aku. Bagaimana dengan perasaan kedua ibu bapanya yang terluka untuk kali yang kedua? Subhanallah, berat sungguh ujian untuk kedua ibu dan ayahnya.

Aku juga pernah muda. Aku juga pernah melalui kehidupan sosial zaman remaja. Aku tahu bagaimana cabarannya untuk melawan keinginan dan kehendak jiwa remaja. Jika tidak kuat, memang mudah untuk hanyut dalam arus kebebasan minda dan jiwa. Mungkin aku bernasib baik kerana tidak terjebak dengan masalah sosial. Mungkin aku dilindungi. Tapi, aku tahu yang aku selalu beringat. Aku tahu had dan batasan yang perlu aku jaga. Satu perkara yang aku ingat sampai sekarang, sebelum membuat sesuatu perkara, aku akan ingat wajah emak dan arwah ayah. Bukan setiap masa aku mampu gembirakan hati keduanya dengan kejayaanku. Tapi aku sangat berjaga-jaga agar tidak melukakan hati keduanya dengan salah lakuku.

Kenapa aku mahu berkongsi  tentang hal ini? Jawapannya ialah aku takut. Masalah sosial ada bermacam-macam. Anak-anakku sendiri mula memasuki usia remaja. Banyak perkara yang perlu aku dan en.asben kawal dan berjaga-jaga. Namun, ada juga perkara yang boleh terjadi di luar kawalan kami. Bila pernah melalui zaman itu, aku sendiri berasa sangat takut untuk membiarkan anak-anak melalui zaman remaja mereka. Tapi, mana mungkin aku boleh menahannya. Yang aku boleh buat ialah berdoa dan terus memberikan didikan yang baik untuk anak-anak. Juga pesanan secara tak langsung melalui entry-entry yang aku kongsikan.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

12 comments:

ieja amieja said...

sama2 lah kita amik iktibar dr peristiwa yg menimpa x..yg baik jadikan teladan yg x elok jdkan sempadan..mmg ieja sendiri takut nk menghadapi zaman remaj ank2 sekarang..

Nini D.. said...

insyaAllah kak..
sama-sama kita doakan moga anak2 kita tak jadi macam tu

Kakzakie Purvit said...

Tidak ada ibu-bapa yg tak resah dan takut dgn environment sekarang ni Hanis. Kakak pun ada tiga anak dara rasa itu memang ada. Sebab itu selalu bila ada peluang bersama kakak akan 'ceramah' bagi korek sikit teling dan 'cuci' hati mereka utk sedar. Moga mereka ingat ibu-bapa dan Allah selalu setiap kali mahu bertindak..

ummiross said...

besar cabaran bagi remaja sekarang, jika tidak kena gaya memang boleh tergelincir.
InsyaAllah, sama2 kita doakan anak2 kita akan berpegang teguh dengan ajaran Islam dan moga sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT sentiasa.

Eye_nee said...

Bila melibatkan cerita perihal gejala sosial ni...hati jd tak tenteram..mohon Allah jauhi anak2 dari melakukan perkara2 yg boleh merugikan diri mereka sekaligus memalitkan aib kemuka kita sebagai ibubapa...

MamaTiaMia said...

salam hanis- so true, kita pun ada anak2 sebaik mana kita mendidik pun masih tak hilang belenggu risau kan..hanya kepada Allah Swt lah kita berserah..In sha Allah.

Irfa said...

saya pun takut kak
apalagi bila lihat anak2 makin membesar..terlebih kongkong takut memberontak,dibiarkan takut lupa diri
hanya Allah tpt mengadu smoga mereka membesar dgn baik dan dilindungi dr perkara yg x elok

mamaarifakeemaisy said...

Betul.. bila dh bergelar ibubapa ni dan pernah melalui saat bergelar remaja, kita jd takut kan..risau dgn apa yg bakal terjadi pada zaman remaja anak2 kita, zaman skrg lg la..cabaran lg besar... in sha Allah..moga anak2 kita terpelihara..

MulutPayau said...

Betul tu dear....akak pun sama, perasaan takut tu mmng wujud dan tak dapat dikikis...semoga anak2 kita tidak terjerumus dalam perkara2 yg tak elok...dan semoga sentiasa di bawah lindunganNYA....

Dinas Aldi said...

Semoga anak2 Hanis sentiasa berada dalam lindunganNya, amin.

Acik Erna said...

asslam Hanis..acik juga sama seperti hanis..walau dimana kita berada..jika kita ingat tuha..dosa pahala dan yang paling penting ingat kedua ayah bonda..Insyaallah..semoga anak2 kita akan dilindungi dari perkara2 munkar..

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Betul tu kak... sebab tu saya rasa takut nak ckp2 pasal anak org atau ttg org lain... sb kita ada anak dan keturunan.. kata org dunia ni berputar, kdg-kala kita kena percaya dgn hukum karma buat baik dibalas baik begitu juga sebaliknya... bukan mudah membesarkan anak kerana mereka manusia bukan robot! doa byk2... ujian setiap manusia juga tidak sama...

Have a nice day too kak :))

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...