Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. untuk pagi jumaat yang indah lagi barakah.
Adakala, dalam ada banyak cerita yang ingin ditulis, hati melawan untuk berkongsi cerita. Adakala juga, bila hati terasa mahu bercerita, idea nak mengarang tak timbul-timbul pula he..he.. Namun aku amat bersyukur bila dapat menulis. Bila menulis aku dapat rasakan kepuasannya. Mungkin, menulis adalah minatku yang sebenar. Minat yang dapat mengisi masaku. Jadinya, bila dapat menulis ianya memberikan aku satu kepuasan.
Ada orang yang nak baca penulisanku, aku rasa seronok. Takde orang nak baca, aku baca sendiri he..he.. Apa yang penting dapat menulis. Begitu juga dengan penulisan untuk manuskrip. Bila terlalu memikir, menulis jadi stress. Bila menulis kerana memenuhi minat, menulis jadi lebih seronok. Aku pula jadi puas. Dapat royalti, Alhamdulillah. Jika tidak, aku dapat puas. Boleh diterbitkan, Alhamdulillah. Jika tidak aku masih rasa puas. Orang berminat Alhamdulillah. Jika tidak, aku tetap puas dapat menulis sebab I love writing so much.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Positif juga akhirnya..
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. majlis perkahwinan sepupuku pada ahad lepas telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Semingg...
-
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan ko...
-
Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim. ALLAH.. terasa kekok untuk kembali menulis selepas berbulan tidak menulis di sini. Tapi...
22 comments:
Tina suka baca, menulis mmg takde bakat pun, merapu je pandai
sama kita kak...
takde org baca tulisan Nini..Nini baca sendiri..heheh
menulis memang memberi kepuasan!
saya suka penulisan akak...sb rasa dekattt je dgn diri nie :)
Kalau dah nama pun penulis kakak 100% percaya menulis itu dah sebati dalam hati Hanis..
Ida suka baca tapi tak pandai menulis macam akak :-)
Aina pun suka tulis2 tapi utk menulis mcm Fea sampai ada peminat tak lah kot...tak de bakat.
sy pun suka menulis.. dan suka baca penulisan akak.. :)
lulu faham perasaan tu.. sebab dah bertahun, lulu simpan 2 manuskrip.. sekadar untuk kepuasan
kita yang menulis kadang ada kadang tak ada ni pun
selalu rasa rindu nak menulis..cuma masa tak ada
apa lagi penulis mcm fea ni kan :)
Saya pun suka menulis kak, tapi belum sampai tahap macam akak lagi laa..:)
And i love komenting...hahaha...akk suka juga tulis menulis ni sis...tp pemalas...Melakukan sesuatu yg paling kita suka...kepuasannya mmg sgt indah...
akak ni pun suka menulis dik..tp yg pendek2 ajelah..nk kena cari masa yg betul2 sesuai..syabas dik teruskan apa yg adik minati..
saya byk idea tapi tak reti nak luahkan... camner tu
Slam Jumaat Hanis..
Alhamdulillah, dari minat dapat pula menjana income.Moga terus menulis dan menulis..dah ada peminat Hanis ni.
memang puas menulis. perasaan dia sukar nak cakap. haha
kueh
kepuasan menulis adalah sukar diungkapkan. teruskan menulis kak.
menulis ni bakat yang perlu diasah dan digilap..kalau dah lama tinggal..tumpul lah ia..
saya pun dah lama tinggalkan cerpen..sedih pun ada, dah tak betah menulis macam dulu-dulu.. :-(
salam jumaat hanis..lamanya akak tak singgah. akak tunggu novel hanis ni.take care juga ya.
Memang seronok & puas hati bila dapat melakukan apa yg kita minat :)
akak suka baca tulisan Hanis....
Akak pulak, menulis ikut mood...
suka jugak menulis
alhamdulillah kak fea... daripada minta boleh dijadikan hobi. seterusnya jana pendapatan secara senyap. mana tahu akak akan jadi penulis novel yg disegani satu hari nanti... siapa tahu kan?
Yang paling best dalam hidup ini adalah bila kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita punya. Terbaek untuk artikel Hanis.
Post a Comment