Nuffnang

Friday, April 26, 2013

Tak cukup bahan..

Assalamualaikum..

Kelmarin aku  tak tahu nak masak apa. Lepas dah fikir-fikir aku pun masak ayam sweet sour. Ambil ayam bahagian isi, potong kecil-kecil dan goreng celup tepung. Kemudian buat kuah sweet sour dan tuangkan atas ayam tu. Anak-anak kata sedap. Berselera semuanya makan. En.asben balik kerja tanya aku masak apa. Aku pun cakaplah ayam sweet sour. So dia pun tanya, mana nenasnya? Aku jawab nenas takde. En.asben kata kalau takde nenas bukanlah ayam sweet sour ha..ha..

Semalam aku masak ikan masak kicap. Bosan nak makan sayur goreng aku buat gado-gado. Ha..ha.. bukan gado-gado original sebenarnya tapi bahan-bahan dia macam nak jadi gado-gado. Aku goreng kentang, aku goreng tempe, aku rebus telur, aku potong timun dan hidang. Atasnya aku letak sos cili. Sedap aje anak-anak makan. Untuk en.asben aku dah asingkan dalam pinggan lain tapi tak letak sos atasnya. En.asben buka tudung saji terus cakap, eh, you buat gado-gado eh? Aku pun beria mengangguk sebab tak sangka pulak dia pun tahu aku ada hati nak buat gado-gado. Dia pun tanya mana kuah kacangnya? Aku cakap kuah kacang takde, ganti dengan cili sos.

Bila aku cakap macam tu memang terus keluarlah ayat dia nak kutuk aku. You memang suka masak tak cukup bahan eh? He..he.. sabar ajelah aku. Itulah jadinya bila tak plan nak masak apa. Teringin nak buat itu ini tapi guna bahan-bahan yang ada kat rumah aje. Lain kali kalau ada hati nak buat ayam sweet sour tapi takde nenas aku cakap aje itu sambal ayam. Tak payah nak mengada-ngada nak cakap ayam sweet sour he..he.. Kalau teringin nak buat gado-gado tapi tak kuasa nak buat kuah kacang, aku cakap aje goreng tempe cicah sos. Tak payah nak beria cakap gado-gado. Habis cerita. Takdelah aku kena kutuk ha..ha..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

15 comments:

ummiross said...

hehehe..usik mengusik membawa bahagia, walau tak cukup bahan,makan tetap berselera,mesti sedap juga tu Hanis.

Tihara said...

hehe lucu juga baca entry ni, tapi ok je anak2 kata sedap kan :)

Kakzakie said...

Ala... kakak yg baca pun tahu en hubby Hanis ni suka usik Hanis. Dia tahu isteri dia tu kan manja biar sesekali kena usik...

Tak cukup bahan pun dia makan habis juga betul tak:)

wahida said...

kehkeh...kelakar la baca...sweet je akak ngan hubby akak...

Ati Masrif said...

salam fea,

balik kerja pun masih rajin memasak
untung hubby yg suka ngusik tu kan..hehe

takpelah tak cukup bahan..perkara biasa je
janji ada makanankan

diana said...

hahah..kalau saya bila tak de bahan memang tak masak terus..tukar menu lain,...hehhe

Hijab Valley said...

Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..

Terima kasih.
~Hijab valley~
http://hijab-valley.blogspot.com

nahlia said...

Dear sis...
Macam tak taumr asben tu kan cerewet bab maksn..he he

Amanina Sofea said...

oke la dr tak masak langsung..hehe
janji sedap :D

Murni Alfathunnisa said...

kira okey la tu. kreatif jugak kak hanis walaupun tak cukup bahan. saya pulak kalau tak cukup bahan...hmm..jawabnya..tak masak langsung la..hehe.

Lynn Munir said...

Cik asben saja usik-usik manja jer tu Hanis, nak tengok kesabaran hati isteri. Relax Hanis - smile.

.: iEyLa :. said...

hahahaha..macam2...tp yg penting sedap kan kak..

Mak Wardah said...

hahahah...kalau tak buli hanis cik abang tu tak puas hati. Nanti beli aje kuah kacang yang ready made je Hanis

Mak Wardah said...

hahahah...kalau tak buli hanis cik abang tu tak puas hati. Nanti beli aje kuah kacang yang ready made je Hanis

Nini D.. said...

selalunya kak....menu yang tak cukup bahan tulah yang paling sedap!