Tuesday, April 2, 2013

Air tembikai...

Assalamualaikum...

Panas betul semalam. Bila panas, rasa dahaga terasa lebih lagi. Bila dahaga, dalam kepala dah tentu-tentu terbayang minuman sejuk. Sejak dari ofis, aku teringatkan air tembikai. Malam tadi kami ke hospital melawat adik aku selepas menghantarkan Is ke kelas tuisyen. Balik dari hospital, terus ke pusat tuisyen semula untuk mengambil Is. Dalam perjalanan tu memang terasa dahaga. Jadinya aku dah terfikir nak singgah beli air tembikai di restoran belakang pusat tuisyen Is. Dalam pada merancang sendiri, en.asben memberitahuku yang dia juga dahaga. Lepas tu dia cakap, nanti kita singgah beli air tembikailah. Subhanallah.. kami terfikir tentang perkara yang sama rupanya. Sedangkan, air tembikai bukanlah minuman kegemaran kami. Kalau makan di luar pun, hanya sesekali saja kami akan pesan air tu.

Bila dia dah sebut macam tu aku pun beritahulah yang memang perkara itu sudah berada di dalam fikiran aku. Bila dah terfikir perkara yang sama tentulah aku rasa excited kerana terasa seperti kami sejiwa. Tapi reaksi en.asben pula berbeza. Boleh pulak dia kutuk aku. Eleh, you kalau pasal makan minum memanglah selalu terfikir dalam kepala. Eeeiiiii... geramnya. Aku baru ingat nak feeling sehati sejiwa, dia dah kacau mood aku. Hmm.. lelaki ni selalu macam tu kan. Bila kita rasa benda tu sweet, dia rasa biasa aje. Kadang-kadang dia langsung tak rasa apa-apa. Sedangkan hati kita dah mengebu-gebu dah ni. Siap nak cerita kat blog lagi ha..ha..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

22 comments:

Acik Erna said...

he he..sabao je Hanis..dah faham dah kan

Izwa Kamaruddin said...

hehehee..yg biase-biase tu pun sweet jugak kan kak :)

Unknown said...

Hehe... memang sehati sejiwa...

Betul tu, lelaki kadang2 susah sket nak feeling cam kita nih... Ada tu ada, tapi mungkin 1 dalam seribu la kot... herm...

qemaishak said...

saja la tu kak, orang lelaki tak nak tunjuk padahal terdetik gak rasa sehati sejiwa tu kan hihi

♥MAMASYAZA♥ said...

errmmmmmm kalau minum air tembikai laici cuaca panas camni mmg best

ricca said...

hahah...nnti akak feel minum tembikai ngan ktorg ye...

Murni Alfathunnisa said...

sweet! hehe..jangan2 husband kak hanis cover line aje tak..hehe..

Rinna said...

Air feveret jugak air tembikai nie kalau makan kat luar.. :)

Hudalatip said...

Hehehe, kelakar la akak ni..Aah kan pompuan cam saya pun suka feeling sehati sejiwa konon ada instinct la tapi lelaki selalu akan buat cam biasa2 je..

Angah said...

hihihi...laki ku jua begitu...tak de perasaan..

Mak Wardah said...

Ala Hanis, lelaki memang macam tu...tapi hanis dan suami memang sesuai...

Dr K said...

Itu namanya chemistry suami isteri :0

Tapi org kata, minum air tembikai musim panas ni, makin panas badan...entah la, saya minum aja...hahaha

ummiross said...

hehehe..tentu suami Hanis rasa juga tu, tapi saja nak cover line, hihi..

Kakzakie Purvit said...

Tapi lelaki khasnya suami kita sebenarnya kita dah maklum benar kan Hanis. Dia mulut je kata macam tu dlm hati mesti sama macam apa yg kita rasa sesaja nak usik isteri dia...

Lydia Miza said...

Hubby akak saja mengusik tu... Kalau sama2 terfikir camtu mmg rasa sehati sejiwa kan kak fea:)

Eye_nee said...

saja tu gurau2 nak eratkan kasih sayang lagi kan....

Dinas Aldi said...

Kihkihkih kiutlah! Saja ja dia nak menyakat tu.

Ayaq tembikai memang best tapi musim panas2 ni jangan minum banyak sangat, nanti panas dalam, kata orang tua2.

Nini D.. said...

hahahha...dia saja nak ngusik akak tu.padahal sebenarnya abg tu seronok sebab akak terpikirkan perkara yang sama dengan dia

Nina Mads said...

hehe.. chill la :)
skrg cuaca panaskan..memang best dpt minum air tembikai

gadisBunga™ said...

tu nama dia instinct. saje je asben akak tu nak kasi potong, padahal dia pun dalam hati fikir gitu jugak. heheheh~

MulutPayau said...

hihihi..saje jer tu nak ngusik hanis..
Cuaca panas, Bestkan kalau dapat minum air tembikai..

apdm said...

salam

haha..
lelaki ni sikapnya semua sama kan ..kih kih..

kita juga yang berjiwa lebeh ;)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...