Assalamualaikum..
Malam sabtu lepas, 22 September merupakan hari ulangtahun kelahiran anak keduaku Is yang ke 11. Sama tarikhnya juga dengan atuknya (FIL). Syoklah Is dapat berkongsi tarikh dengan atuk. Mama harap abang juga dapat jadi macam atuk. Juga berkongsi sifat-sifat baik yang ada pada atuk. Kesungguhan, kerajinan dan yang penting selalu merendah diri. Tak dapat jadi Prof macam atuk pun takpe. Asalkan dapat ikut akhlak dan sifat atuk.
Is memang selalu excited tentang birthdaynya. Selalu aje dia ingatkan semua orang tentang birthdaynya. Seminggu sebelum tu dia siap check calendar kat Hp en.asben. Check tarikh 22 september. Lepas tu dok mengomel. Apalah ayah ni. Bukannya nak masukkan birthday abang. Ayahnya jawab, ayah ingat birthday abang. Buat apa nak masukkan. He..he.. betul jugak tu.. Kebetulan birthdaynya jatuh pada hari sabtu, so bolehlah kita buat majlis sikit. Penat juga rasanya sebab macam baru lagi buat majlis open house raya. Tapi sebab fikirkan keterujaan Is tentang birthdaynya, semangat tu datang juga. Kita buat kecik-kecik aje. Tak panggil siapa pun. Adik beradik dan keluarga terdekat aje. Yang penting boleh raikan sama-sama. Dapat juga raikan FIL sekali. Juga raikan birthday anak buah aku yang tarikhnya 29 sept ni.
Aku call semua orang. Tapi senyap-senyap aje tak cakap dengan Is nak buat majlis birthdaynya. Hari sabtu tu kan sekolah ganti. So, sebelum dia balik rumah aku, en.asben dan emak dok pasang belon bagai. Nak buat surprise untuk dia. Is balik rumah aje, muka senyum-senyum. Seronoklah tu..
Deko-deko birthday. Hias ala kadar aje. Janji ada feel majlis harijadi.. he..he.. Semput-semput aku, en.aben dan emak tiup belon. Tapi belum sempat malam banyak yang meletop. Padahal beli belon yang tebal. Tak kuasa aku nak tiup lagi. Cukplah apa yang ada tu.. he..he... (Tak tahu kenapa gambar jadi macam tu. Tapi sebab dah upload, aku letak ajelah kat sini)
Jadilah beberapa biji belon aje yang tinggal tu.. kita proceed aje.. he..he..
Kek yang MIL buat sendiri. Dahlah cantik. Sedap pulak tu. MIL aku memang sangat kreatif orangnya. Bab memasak dan menghias memang terer. En.asben selalu dok kutuk aku dengan pujian, U pun kan terer macam my mum jugak.. eh, ke U lagi terer.. Okey.. I tahulah I tak terer.. he..he..
Kek ni adik aku sponser. Bukan kek SR, sebab adik aku kata SR tutup hari tu. He..he.. alasan lebih. Memang itulah selalunya modal kita orang nak ngelat-ngelat. Tapi rasa kek tu ala-ala SR juga. Siap ada pisang dalamnya. Kira oraitlah tu.
Pasang lilin dulu... Iye-iye aje aku beli lilin tu. Konon nak buat kek sendiri. Tapi bila MIL kata nak buatkan kek dan adik aku kata nak sponser kek, terus aku cancel nak buat kek sendiri. Cucuk aje lilin tu kat kek beli.. he..he..
Birthday boy. Bab makan memang selalu selera aje. Tengoklah, makan cocktail pun macam sedap sangat. Siap keluar-keluar lidah. Muka dah makin bulat. Nasib lesung pipit tu nampak lagi. Aku takde lesung pipit. Tapi family en.asben memang semuanya ada lesung pipit. So memang sah-sahlah bukan dapat dari aku he..he..
ALLAH selamatkan kamu.. ALLAH selamatkan kamu.. ALLAH selamatkan atuk, iskandar dan Fareez. ALLAH selamatkan kamu... Tiup lilin pulak selepas doa selamat selesai dibacakan oleh abang ipar.
Potong.. potong.. potong.. dah ramai yang menunggu nak makan kek tu..
Kita-kita aje.. Yang penting tetap meriah.
Sekali lagi nak tayang kek MIL.. He..he.. bilalah aku mampu nak buat kek macam ni.. he..he..
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.