Assalamualaikum..
Semalam ada majlis di tempat kerjaku. Dalam majlis tu ada disediakan hadiah cabutan nombor bertuah. Banyak juga hadiahnya yang berupa hamper makanan. Seperti biasa aku tidak mendapatnya he..he.. Petang tu ada seorang rakan sekerja yang lalu di tempatku membawa beberapa botol besar air minuman. Salah satu darinya diberikan kepadaku. Alhamdulillah.. rezeki juga tu. Kadang-kala dek terlalu mahu mengejar rezeki yang besar, kita terlupa akan rezeki-rezeki kecil yang kita perolehi. Bila terlupa tentang itu kita jadi terlupa juga untuk selalu bersyukur. Bila tidak bersyukur, kita akan selalu rasa kecewa bila rezeki yang besar-besar tidak kita perolehi.
Semalam sewaktu pulang dari kerja aku mendengar siaran radio IKIM FM. Tertarik dengan kata-kata tetamu yang diundang dalam segmen petang semalam. Katanya (lebih kurang begini mengikut ayatku sendiri) perkara yang baik perlu kita selalu kenang-kenangkan untuk membuatkan kita selalu rasa bersyukur atas anugerahNYA. Jadinya, sengaja aku mahu coretkan di sini kisah aku mendapat sebotol air minuman di saat orang lain mendapat hamper yang besar. Ianya menjadi pembandingan yang cukup mudah untuk aku selalu ingat bahawa kedua-duanya tetap rezeki untuk kita. Jadinya, walau dalam apa keadaan pun perlu harus sentiasa bersyukur.
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.
24 comments:
Alhamdulillah..betul tu..jgn kita asyik pandang yg besar2 saja sehingga kita lupa rezeki yg kecil.. maknanya semua harus bersyukur...
suke perbandingan tu hehee
alhamdulillah ~
alhamdulillah...
sntiasa merasa kite lebih bertuah dari mereka yang tiada kesempatan untuk merasai walau sedikit pon kan kak.. :)
setuju tu kak..apa pun rezekinya kenalah sentiasa bersyukur..
Alhamdulillah... setiap hari ada rezeki yang Allah beri yang mungkin tidak kita sedari. :)
alhamdulillah..:)
alhamdulilah...sangat² setuju dengan kata² tu
Alhamdulillah, cantik perbandingan tu. InsyaAllah, Allah akan tambah nikmatnya bagi orang2 yang bersyukur.
ala takpela kan kak..kengkadang hamper besar tp isiknya makanan ringan jer pon
As salam Kak Fea,
Kalau kita hitung nikmat & rezeki yg ALLAH kurniakan tak terhingga banyaknya kan... Bila kita belajar erti syukur pasti kita akan sentiasa merasa puas... lagi2 rezeki yg berkat :))
Syukur Alhamdulillah!
alhamdulillah..hanis sayang, nikmat menelan air kita paling lupa sbb kalau sakit x dapat telan air nikmat air sedap manepun x dapat kita rasa..astagfirullahalazim, kami mohon ampun padamu Ya Rabb kerana kami selalu alpa dengan nikmat yang engkau beri..
Bertapa kita hamba yang kadang terlalu alpa. Moga2 lepas ini kita cepat sedar...
betul tu..kita kena selalu kenang kebaikan/rezeki yg kita dapat..sebab dgn cara itu baru kita akan sentiasa istiqomah bersyukur pada Nya
yelah kekadang yang kecil tu sering
dilupakan :)
Betoi tu Hanis, dapat yg kecil2 pun tetap rezeki dariNya jugak & harus kita kenangkan kesudian hati kawan yg tetap nak berkongsi dengan kita tu :)
syukurrrr kak!
bila fikir2 terasa besarnya nikmat Allah bagi kat kita ... tanda kita kena sentiasa ingat kepadaNya ...
kadang2 kita tak sedar dan tak bersyukur dengan apa yang ada....:)
Hargai apa yang ada dan lihat
mereka yg memiliki sesuatu yg kurang
daripada kita dan kita akan lebih
senang untuk ucapkan 'Terima Kasih, Tuhan'.. ^^
awesome...ill put in my mind...makin bersyukur makin diredhai dan makin berkatlah rezeki yg diperoleh tak kira kecik atau besaq
btul tu kak..slalu ingatkan hati jugak bile selalu sgt tak dapat hadiah cabutan bertuah yg besar2..huhu
selalunya mmg begitu lah hanis..bila yg dihajat x dapat membuatkan kita sering terlupa rezki yg lain..sedangkan tu rezki jg datangnya jg dari DIA...
betul tu, setiap sesuatu yg kita peroleh adalah nikmat dan rezeki dari Allah yang kita terima tak kira kecil atau besar kan Fea....
Post a Comment