Tuesday, September 25, 2012

Ikut kemampuan.. bukannya ikut orang..

Assalamualaikum..
 
Hari ni ada Masterchef di ofis. Seronok sangat dapat sama-sama bergotong royong memasak dan menghidang cantik-cantik secara berkumpulan. Tapi letihnya, sampai longlai rasa badan. Bila penat mata jadi mengantuk sesangat. Balik kerja tadi bawak emak pergi kedai. Aku tunggu dalam kereta. Dalam menunggu tu boleh terlelap. Balik rumah, landing kejap atas katil tahu-tahu terlelap lagi. Terjaga bila HP berbunyi. Ada panggilan masuk dari T. T memerlukan bantuan untuk belanja harian. Aku faham masalahnya. Kalau tak betul-betul perlu, T tidak akan meminta dariku. Membesarkan tanggungan tanpa ada pendapatan tetap bukan hal yang mudah. Aku tiada masalah untuk membantu. Alhamdulillah, ada rezeki untuk dikongsi bersama. Maka dengan itu dapatlah aku berjanji untuk membantu setakat yang aku mampu. Aku juga pernah melalui kehidupan yang susah. Sekarang ini pun tidaklah sesenang mana. Tapi Alhamdulilah, cukup untuk semua keperluanku tanpa melebihi kemampuanku.  
 
Arwah ayah pergi tanpa meninggalkan sebarang harta hatta rumah untuk didiami. Tiada juga ditinggalkan duit belanja untuk kami. Emak terpaksa berkerja dengan gaji yang tak seberapa. Dengan duit yang tak seberapa itulah kami membesar. Anak-anakku pernah bertanya mama dulu masa sekolah masuk unit beruniform apa? Jawapanku, mama tak masuk apa-apa unit beruniform. Kalau masuk pun pilih yang paling minima kos uniformnya. Maksudnya pilih yang mampu sertai bukan yang nak disertai. Bukan tak mahu join pengakap ke pandu puteri ke. Tapi aku tak tergamak nak minta emak duit untuk beli uniform yang tentunya mahal harganya. Walaupun kalau aku minta, pastinya emak akan usahakan. Tapi aku tetap tak mahu. Tak sanggup nak tengok airmuka emak yang berkerut untuk mengusik wang belanja yang selalunya hanya cukup-cukup. Kesusahan mengajar aku untuk berjimat cermat. Untuk berbelanja mengikut kemampuan. Bukan tak pernah berbelanja seperti orang lain. Aku berbelanja juga bila ada trend masakini yang mahu aku ikuti. Tapi untuk berbelanja seperti orang lain, aku perlu berjimat cermat menggunakan wang saku sekolah. Tak pernah aku minta dari emak. Aku tahu kesusahannya. Jadinya bila orang lain dapat ikut trend di awal musim. Aku hanya dapat ikut trend di hujung musim. Tapi... apa ada hal. Yang penting aku dapat ikut trend juga. Yang lebih penting aku tak menyusahkan emak untuk penuhi kemahuanku.  
 
Tak tahu dari mana datang kesedaran itu sedangkan waktu arwah ayah ada, aku tak pernah merasa susah. Tapi bila arwah ayah tiada, kesedaran itu datang sendiri. Mungkin kerana aku anak sulong. Untuk berjimat dengan duit saku aku hanya membeli keropok lekor atau kuih saja pada waktu rehat. Sesekali bila teringin sangat barulah aku membeli makanan berat.  Aku lebih rela menyimpan dari menghabiskan wang saku sekolah untuk membeli makanan. Kalau rasa aku boleh dapat apa yang aku mahu dengan wang yang aku simpan, akan aku usahakan. Kalau tidak sekali pun, cukuplah sekadar aku dapat berangan-angan. Menyusahkan emak tidak sekali. Walaupun susah, emak tak pernah meminta-minta. Jauh sekali mahu meminjam dari orang lain. Aku rasa kuncinya cuma satu. Bila berbelanja mengikut kemampuan, apa yang kita ada memang cukup untuk kita. Tapi bila berbelanja tanpa mengukur kemampuan diri, terpaksalah kita meminta dan meminjam.
 
Aku selalu rasa tak senang dengan cara tanggungan T berbelanja. Di mataku, mereka selalu tak fikir tentang kesusahan T. Yang mereka tahu, kalau nak mesti dapat. Kalau mahu mesti ada. Bukan aku dengki atau cemburu. Tapi terasa tak puas hati. Baru bersekolah handphone bukan main lagi. Canggihnya lebih dari aku yang dah berbelas tahun berkerja. Pantang hilang, time-time tu juga nak dapatkan ganti. Kalau anak aku memang dah kena seligi. Geram aku. Pernah juga aku menegur pada T tentang tanggungannya. Tapi jawapannya, biarlah... kesian.. mereka (tangunggannya) nak juga merasa macam orang lain rasa. Bukan tak boleh nak merasa macam orang lain rasa. Tapi kena fikir juga, mampu ke macam orang lain? Kalau memanjang nak rasa sama macam orang lain, parahlah. Kalau tak mampu buat cara tak mampu. (Sampai sekarang itu jugalah yang aku pegang). Usaha, kumpul duit sendiri  then... merasalah apa yang nak dimiliki sekali pun. Takde siapa nak tegur. Takde siapa nak larang. Tapi, sebelum waktu tu, belajar-belajarlah bersabar. Belajar-belajarlah kasihan. Belajar-belajarlah tahu diri. Belajar-belajarlah ambil kisah tentang kemampuan orang yang menanggung terlebih dahulu. Kalau tak boleh membantu, cubalah untuk tidak menyusahkan.  Sekian dulu luahan rasa.
 
Salam hormat untuk semua. Take care.

14 comments:

Hudalatip said...

Setuju dan terima kasih atas peringatan tu..Selalu ukur baju di badan sendiri. Kadang ada benda yang kita nak memang takkan dapat macam tu je. Kena sekat nafsu.

ummiross said...

Hanis..terharunya membaca kisah Hanis masa dulu2, Allah jemput ayah Hanis 'pergi' dahulu, namun Alhamdulillah Allah anugerahkan ibu Hanis anak yang solehah juga.

Betul lah, anak2 patut dilatih berbelanja mengikut kemampuan, jangan sesekali menyusahkan ibubapa.

Moga Allah membalas jasa Hanis kepada T dengan kebaikan jua.

gadisBunga™ said...

nasib baik akak dapat membantu.

tapi kalau gitu gaya tanggungan T berbelanja, kene la ditegur...kalau merajuk ke terasa ke, takkan lama lah. dari merasa diri serba mampu tapi hakikatnya tidak...susah jugak kan?

saniah said...

Akak pun.pernah sesusah ibu fea dulu tp akak kongsi susah dgn suami rasa blh tanggung lg sbb bersama susah...sedihnya ibu fea yg susah bersendirian...Allah mmbalas ketabahan ibu fea dgn kurniaan anak2 yg terbaik...:-)
Jg ibu baik2 ya

♥MAMASYAZA♥ said...

yup akak setuju dgn semua yg fea tulis tu. nak berbelanja biar ikut kemampuan. sama juga cara akak ajar anak2. nak beli sesuatu benda, kena kumpul duit sekolah dulu. biar bersusah dulu. ami byk kali merungut nak ps11, nak ipad le, teringin org lain ada telefon yg canggih, akak slalu nasihat dia, nak semua tu, kena belajar dulu, dpt keputusan yg cemerlang, insyaallah mama beli, tapi kalau setakat keputusan mcm sekrg, blajar rajin2 dulu ok, semua kehendak tu akan dtg kemudian

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Marya pun sama bkn dr keluarga org ada2... Pernah satu ketika Marya bekerja part time masa belajar dulu sb nak mewah sikit berbelanja... Dan Marya juga bukan kategori branded-person & trendy, biar murah asal nampak ade class...hahaha boleh gitu! ;)) Apa2 pun setuju dgn apa yg akak ckp biarlah dgn kemampuan, setakat nak suruh org puji akhirnya merana diri kan masalah tu... kesian tak kena tempat pun masalah juga...

Izwa Kamaruddin said...

peringatan yg bagus kak..

Dilla Ady said...

akak mcm dilla...dulu masuk PBSM beli tshirt die jek sbb tu jek yg paling kurang kosnye..

cume jawatan tertinggi jek kena beli uniform lengkap...

tak sampai ati nak mintak mak abah duit, sbb tau diorang susah..

Izwa Kamaruddin said...

Setuju...izwa punyer pesen..kalo nak idam,kumpul cukup mase beli if takde keperluan mmg takkan beli..anak-anak pun diajar begitu..

Anaasuria said...
This comment has been removed by the author.
Anaasuria said...

setuju 200%..

kadang yang salah mak ayah jugak, sebab tak didik dan disiplinkan anak.. kalau semua kehendak anak dituruti, tak mustahil boleh jadik macam anakku sazali.. huhuu..

Eye_nee said...

Pendekatan berbeza kan sis..mcm akk dulu pun sama susahnya dgn yg sis hadapi...sbb itu akk tidak mahu anak2 semudah dan senang2 mohon apa saja keinginan mereka..tp ada sesetengah ibubapa yg lain..mereka penuhi keinginan anak2 kerana tidak mahu anak2 merasa apa yg pernah mereka alami sewaktu susah dahulu....

Unknown said...

setuju jugak..mungkin T tak sampai hati, tp akhirnya susahkan diri dia kan..kena ubah gak tu

Afasz said...

satu peringatan untuk kite smua.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...