Friday, September 21, 2012

Gathering Glamer Raya Blogger 2012

Assalamualaikum..

Ahad ni 23/9 tak ke mana-mana ke? Ada apa-apa plan tak? Takde???
Hmm.. kalau takde apa-apa agenda bolehlah join Gathering Glamer Raya Blogger dengan konsep potluck di rumah Dato' LF di Bangi. Alamatnya : Musollah Ehsan, Jalan 3/6F, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. (Minta maaf sebab banner tak boleh nak paste pulak hu.hu..). Tapi untuk maklumat lanjut bolehlah jengguk-jengguk ke blog Kak Kak Azie dan blog Kak Cik Seroja.  

Seganlah nak pergi sebab tak kenal orang?
Tak perlu segan kerana Dato' LF dan isteri selaku tuan rumah adalah sangat ramah. Begitu juga dengan blogger-bloger lain. Penganjur bersama iaitu Kak Azie dan Kak Cik lagilah super ramah. Waktu pertama kali join gathering blogger, aku pun terasa segan juga nak join. Waktu tu majlis dibuat di rumah Kak Cik. Bukan kata tak kenal dengan Kak Cik, blog Kak Cik pun aku tak pernah sampai. Tapi sebab fikirkan silaturrahim sesama blogger dan Alhamdulillah ada waktu dan kesempatan, aku pergi juga ke Gathering tu. Alhamdulillah, sebaik sampai dah terasa kemesraannya. Baru seminit berkenalan dengan Kak Cik dan Kak Azie terasa macam dah kenal lama. Dengan blogger-blogger lain pun sama. Sampaikan en.asben pun turut rasa selesa. Jadinya, kalau free, jomlah join sama ya. InsyaAllah, ada rezeki boleh kita berjumpa juga.

Takde baju nak pakai?
Pakai aje baju raya. Sebab walaupun Syawal dah berlalu, tapi temanya masih lagi Hari Raya. Inilah masanya nak tayang baju raya korang yang cantik-cantik tu he..he.. See you there.

Salam Hormat untuk semua. Take care.

23 comments:

Unknown said...

kak fea..saya pun insya allah sampai.. boleh borak2 lagi ngan akak ye..

Hanis Azla said...

InsyaAllah rai, ada rezeki nnt kita jumpa ya.. hari tu jumpa sekejap aje kan..

kasihibu said...

tak pasti pulak kali ni dapat hadir ke tidak

semoga majlis berlangsung dengan baik hendaknya dan pastinya seronok mengenali rakan rakan baru

Admin said...

semoga dipermudahkan sebala urusan :)

susumanis said...

Wah seronoknya , teringin nak join tp kena tanya hubby dulu :)

TS said...

weee....syoknye... :)

Izwa Kamaruddin said...

err..rasa mcm nak join...tapi nak kene tanye tuan tanah kedaung dulu..hehehe..

Kakcik Seroja said...

jom... jom... sama2 kita meriahkan. :)

-Sara- said...

mcm best! :)

Qhaifa Nur said...

seronok dapat join...
mungkin satu hari nanti....

sekadar satu coretan said...

ok..kite jumpa disanaaa...
insyaallah akan hadir...ini la masa nak kenal2kann..

ummiross said...

Waa best juga ni, moga majlis meriah dan dipermudahkan.

Unknown said...

wahhhh dh abes ra apon masih ada majlis raya :)
mesti meriah kan..nk tengok sket baju raya kak fea :)

Dr K said...

selamat ber gathering !

maaf, saya tak dapt hadir.

Misz-ella said...

Kalau KC dtg esok, dpt la jumpa Hanis yg manis. Bestnyaaa ..

Ati Masrif said...

rindu nak jumpa hanis yang sweet

umi datang tak?
boleh berkenalan dgn dia pula :)

Kak Aya said...

salam, teringin nak kenal dgn rakan blogger yang lain , tapi tak dpt pergi, anak tak sihat, baru je keluar wad .

munna said...

kalau dekat mesti munna join sekali.... tapi sayang jauhnya

JunAina said...

Pergi insyaalah pergi punya...menu tak fikir lagi (ishhhkkk esok jekan). Paling senang tunjuk2 jerkkk...hahaaa...

Insyaallah jumpa esok dengan baju blik-blink...ehehee...

♥MAMASYAZA♥ said...

kalau dekat akak pun nak pegi, tapi dah jauhhhh kirim salam ajelah utk semua ok

sud@is said...

haaha ada lg jamuan raya slmt menjamu selera

azieazah said...

Rindu awakkk...!

Mak Wardah said...

Hanis, kl.dpt jemputan akak berani gak nk join...nak jumpa semua, hanis buku baru dah ada?

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...