Monday, September 3, 2012

Open House Aidilfitri..

Assalamualaikum...
 
Alhamdulillah.. jumaat lepas dah selamat buat Rumah Terbuka Aidilfitri. Lega rasanya dapat tunaikan hajat nak ajak kaum keluarga, jiran-jiran dan teman-teman datang ke rumah sempena hari raya. Teman blogger ada juga yang di jemput. Tapi cuma yang setaman dan sebandar saja.  Bukan tak mahu ajak yang lain tapi belum ada rezeki lagi nak ajak semua. Bukan apa, keluarga kami besar. Kiranya kalau kenduri, tak ajak orang lain pun memang dah penuh rumah. Batch kawan-kawan aku dengan en.asben pun ada banyak. Kawan sekolah, kawan ofis, kawan ofis lama, kawan aikido, kawan belajar, kawan umrah, kawan kursus, kawan blogger he..he.. ini baru separuh by list. Kalau by name sampai esok pun tak siap nak listkan. Jadinya kami dapat jemput sikit-sikit mengikut batch kawan-kawan. Sebab kaum keluarga dan jiran-jiran terdekat perlu menjadi keutamaan.  Lagipun dengan teman blogger memang jarang dan ada yang tak pernah jumpa. Jadinya bila nak jemput rasa tak seronok pula kalau datang rumah tapi tak dapat nak berbual. Jadinya kalau ada yang nak datang ke rumah boleh roger aje bila-bila. Rumah aku sentiasa terbuka. Kita pun boleh berbual-bual lebih lama.   
 
Mulanya cadang nak buat dalam rumah aje. Tapi seperti biasa, en.asben memang tak berapa berkenan kalau nak ajak orang datang rumah tapi nanti tetamu tak selesa kena berpadat-padat. Kalau dia datang rumah orang padat-padat pun dia memang tak kisah. Tapi kalau orang datang rumah dia, perkara pertama yang dia mahu pastikan ialah tetamu selesa. Pendirian yang perlu aku ikut dan hormati. Jadinya terpaksalah pasang khemah juga sebab rumah kami kan cute he..he.. Sekali dah kira-kira senarai jemputan, aku jadi cuak sebab dekat 250 orang juga yang dijemput. Kiranya kalau ambil satu khemah tu memang aku akan kena jeling aje dengan en.asben sepanjang majlis he..he.. Nak selamat aku ambil dua khemah. Alhamdulillah. Semua orang ada tempat duduk. Harap-harap semua tetamu selesa. Paling penting en.asben tak hangin dengan aku. Waktu dua-dua khemah penuh en.asben siap bisik-bisik manja lagi dengan ayat yang tak berapa nak manja.. lagi u nak ambil satu khemah aje kan ma... ha..ha..     
 
Rasanya sejak aku kecil, emak dengan arwah ayah memang rajin buat kenduri ajak orang makan-makan. Jadinya aku dah terbiasa dengan kenduri kendara dan jadi sangat seronok tentangnya. Kalau nak jemput orang datang rumah pun aku selalunya suka jemput dalam masa yang panjang. Macam hari jumaat tu aku jemput dari pukul 11 hingga 6 petang. Ada yang kata penat tu nak layan orang kalau panjang sangat masanya. Penat tu memanglah penat. Tapi semua tu tak jadi hal. Aku sengaja suka buat macam tu sebab bila kita jemput orang tentunya kita bersungguh mahukan mereka datang. Jadinya pada aku, jarak waktu yang panjang dapat berikan mereka keselesaan untuk tidak terkejar-kejar untuk datang ke majlis kita. Tapi kalau tak berkesempatan juga untuk datang tetap tak jadi hal sebab aku faham, pastinya ada hal yang lebih utama untuk diutamakan.
 
Soal makanan memang menjadi hal yang paling utama. Tentang rasa dan  hidangan memang jadi hal yang tak boleh nak ambil remeh. Yang tu semua orang yang buat majlis pun begitu kan. Beberapa kenduri sebelum ni kami memang ambil katering saja sebab tak larat nak masak sendiri. Tapi kali ni kami (aku dan emak) kembali teringin untuk memasak sendiri pula. Malam tu aku tidur pukul 2 pagi. Pukul 4.30 pagi dah bangun semula untuk mula memasak. Pukul 10 lebih siap hidang atas meja tetamu pertama dah sampai. Lepas layan tetamu ambil juadah dan makan, aku pun marathon naik atas untuk mandi dan bersiap. Punyalah laju sebab sebelum sempat tetamu habis makan aku dah turun semula he..he..  Alhamdulillah.. dapat hidangkan laksa johor (my mum laksa johor is the best in the world tau he..he.. serius sedap), nasi minyak, kari ayam, daging dendeng, pasta goreng, fruit cocktail, lapis cheesy, fruit tart, dadih, cream puff etc.. (Fruit tart, dadih dan cream puff tu sumbangan adik aku dengan MIL.. Terima kasih banyak-banyak. Semoga murah rezeki kalian.) 
 
Satu-satunya gambar kenangan waktu open house. See muka penat gila tapi masih senyum sakan he..he.. TQ Miza. Miza ni kawan sekolah aku sejak dari form 1 sampai form 5. Ketua tingkatan waktu aku di tingkatan 5 lagi. Cute kan dia. Muka tetap awet muda. Badan memang sangat maintain (tak macam aku ha..ha..). Selepas bertahun tak jumpa lepas habis sekolah kami kembali berjumpa semula selepas itu. Kerja dalam satu ofis dan satu department pulak tu. Lepas tu bila masing-masing berhenti kerja di ofis lama, kami tak jumpa kembali. Selepas 4 tahun kot, kami jumpa semula hari jumaat tu, Alhamdulillah.. Waktu jemput Miza datang open house kat FB dia beritahu kata dia  jadi silent reader kat blog aku. Aduhai.. malunya aku.. terus muka blushing he..he..  Tapi terima kasih banyak-banyak ye miza. Ada rezeki nanti kita jumpa lagi.
 
Penat memang penat tapi seronok memang sangat seronok bila orang datang ke rumah. Alhamdulillah adik-adik dan makcik-makcik aku ringan tulang membantu di dapur waktu tetamu datang. Sedikit ringan jadinya kerja aku dan emak. Terima kasih banyak-banyak juga. Semoga murah rezeki kalian juga. Malam tu aku tidur dalam kepenatan. Tapi muka tetap tersenyum kepuasan juga he..he.. Bangun esoknya kerah satu rumah tolong sama-sama kemas rumah. Pukul 12 lebih rumah dah kembali semula seperti biasa. Alhamdulillah.. Terima kasih buat semua tetamu yang sudi hadir. Kami sekeluarga amat menghargainya. Yang tak dapat hadir, insyaAllah, lain kali ada rezeki boleh singgah juga. 
Salam hormat buat semua. Have a nice day..  
 

19 comments:

Ce'gu JAERA said...

kalau umah saya dekat dengan umah kak fea pasti saya akan bertandang... hehehe..
sepanjang minggu ni perut memulas sebab melantak makan2 d open house... alahai.. salam aidilfitri buat kak fea sekeluarga

Kabutar Diesel said...

letih berhari raya tapi memangs eronok..tambah2 lagi bab makan hehehe

mummY daniSha said...

akak yg baju merah tu ke?hehe

Rina Rahamat said...

laratnya akak dgn mak masak banyak-banyak ye..

muka letih tp still cun gitteww :D

TS said...

acane saye tak tahu pon akk wat open house nih??hihi
bile la nak laga2 pipi ngn akk plak ni.. :p

Fieza79 said...

wahh mesti ramai dn sgt2 meriah kan...

Eye_nee said...

Mak akk pun sis..kalau buat jamuan hari raya..seboleh-bolehnya dia nak masak sendiri..puas katanya bg tetamu makan dari hasil tangannya...pasti meriahkan jamuan sis ni...dapat berjumpa semula kwn2 dari pelbagai cara perkenalan...

Ce'gu JAERA said...

kak fea yang sebelah kiri tu kan.. manis orang nya... (",)

-Sara- said...

klo umah sara kat ngan umh akak dh lame sara terjah..hehe

Cho Zila said...

dah lama tak buat OH sebab rumah kecikler.. teringin nak buat...
memang puas hati dapat jamu orang...

ieja amieja said...

selamat hari raya maaf zahir batin..
gitu lah gamaknye klu ramai teman dan sanak saudara..ieja weekend ni baru nak buat open house..cadangnya nak jemput kwn2 abg je..tp x sedap jg jiran tetangga x jemput kan

cikceriacorner said...

wow bestnye..seronok bila dpt jumpe kwn lama n org dtg uma..selamat hari raya akak..:)

JunAina said...

Kepuasan yang tidak terhingga bila yang dijemput datang dan makanan pula tidak banyak bersisa. Penat tapi puas hati.

whitecappuccino said...

Selamat hari raya fea..comey sokmo!

Suara Kalbu said...

Walaupun penat kehulu kehilir memsak dan melayan tetamu, kak hanis tetap nampak comel di mata saya :-)

Dinas Aldi said...

Walau penat tapi tetap nampak manis la tuan rumah tu :)

Dilla Ady said...

akak yg baju warna merah tu ke? mak aih...cunnye!!! mcm anak dara ok!

dwatyKNY said...

dua2 pun comel...

buat open house mmg penat... tapi puas bila ramai tetamu sudi berkunjung...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

dah lama tak makan laksa johor. jarang jumpa yg sedap.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...