Wednesday, August 29, 2012

Saya orang yang curang...

Assalamualaikum..

Pagi ni dalam kereta dengar saluran ERA. Topik pagi JoHaRa ialah mengenai peratusan tinggi wanita Malaysia yang curang tu. Statistik yang rasanya tak perlu dibanggakan. Tapi ada satu pemanggil wanita dengan bangganya membuat pengakuan yang dia memang wanita yang curang. Wah! cukup bangga dan penuh yakin dia mengaku. Siap kata biasalah kalau curang. Yang paling tak tahan ialah alasan dia curang ialah kerana mahu mencari yang terbaik di antara lelaki-lelaki yang dia curangi. Sebab dia mahukan lelaki yang sempurna untuknya. Aduhai.. dengan bersahaja dia berikan alasan sebegitu. Mungkin baginya curang itu bukan satu kekurangan sehinggakan tanpa segan silu memberitahu yang dia mahukan orang yang sempurna buatnya. Semoga dia ketemu dengan orang yang sempurna buatnya. 

Pemikiran setiap orang memang berlainan dari kita. Setiap orang punya alasan untuk melakukan sesuatu perkara mengikut kemahuan diri. Perasan tak yang sekarang ni, cukup ramai yang nampaknya pandai bercakap. Begitu lantang bersuara. Tapi kelantangan yang tidak kena pada tempatnya. Apa gunanya lantang kalau sekadar mahu membuka aib diri. Dalam setiap perkara kita perlulah berpada-pada. Dari kata-kata kita orang boleh menilai siapa kita? Bagaimana dangkalnya pemikiran kita? Tak tahu kenapa, sekarang ini ramai pula yang suka berbangga pada perkara yang tak sepatutnya. Takut sangat andai sikap dan cara sebegitu menjadi trend dan contoh yang akan merosakkan nilai diri anak-anak muda kita.

Salam hormat untuk semua. Take care!

34 comments:

Kakcik Seroja said...

Apakah manusia kian terhakis rasa malu? :(

Eye_nee said...

Membanggakan sesuatu yg tiada darjat....jika ukuran cantik hanya diwajah alangkah murahnya harga sebuah maruah...jika kata2 yg dilontarkan tiada disertakan akal fikiran maka aib diri lah yg dibongkarkan...Cantiknya wanita kerana pandai menyimpan tuturnya...mentertibkan tingkah lakunya dan mendisiplinkan maruahnya....

Prettywrite said...

beraninya dia ngaku curang..nasib baik kat radio..kalo kat tv taktawla apa nasib dia kalo pakwe2 dia tengok..heheh

TS said...

bangga ke klu curang...
macam2 manusia kan kak..

Unknown said...

yang bangga kata curang tu dah kahwin atau masih berpacaran fea? Kalau dah kahwin lagi haru kan....huhu

manusia ni mmg macam2 ragam....

Unknown said...

gila betul orang sekarang ni kan.. bangga buat dosa..tunjuk aurat bangga..lelaki biar isteri tayang aurat bangga..hish..

Izwa Kamaruddin said...

Curang..oh no...baik lelaki or perempuan benda tu adalah sgt sgt tak baik dan tak elok...

Maya Mayana said...

pemikiran orang memang berbeza..tapi kalau dah berkahwin buat pengakuan macam tu memang dunia ni dah nak kiamatlah...

kalau belum kahwin pun tak baik permainkan perasaan orang, apa yang kita beri selalunya akan kita dapat balik,tak pada kita pada orang yang kita sayang...begitulah...

Hudalatip said...

Sapa yang dok bangga tu kak? Berani dia mengaku dia curang? Ishh..Dunia di akhir zaman ni, mana ada orang sempurna, sebelum nak nilai orang kena nilai diri sendiri dulu ye tak?

mama maman aka yana said...

dunia akhir zaman.. menakutkan..

Ibu Muda 30series said...

3 suku tu...

kasihibu said...


kurang kasih sayang kot?
cakap macam bukan orang islam

ummiross said...

Astaghfirullahalazim..ada juga yang bangga dengan berbuat dosa.

atuk said...

Salam Aidil Fitri Hanis

hasil drp kemodenan yg diutamakan drp agama

Suara Kalbu said...

Ada dengar program tu.

Membanggakan diri untuk satu perkara yang sememangnya dia tahu tidak sepatutnya dia banggakan. Malah dia dengan bangga juga mengaku kecurangan supaya boleh didengar oleh jutaan orang.

Kasihan saya pada orang sebegini...

Acik Erna said...

assalam Hanis..acik tidak mendengar..tapi bila membaca apa yang Hanis tuliskan pun..rasa malu sendiri..

susumanis said...

salam hanais, maaf kalau kak sunyatakan disini mereka yang curang tiada bezanya dengan pelacur di lorong chow kikt terutamanya isteri orang even pelacur lagi ada harga diri, mereka dibayar walau sepuluh ringgit, yang curang kebanyakannya serah for free, so yuckkky, mereka ni semua mmg patut di gelar perempuan jalang, lupa dosa pahala sebagai muslimah/isteri orang..maaf emo la pulokk..mmg x leh terima curang curang nih..grrrrr

GREENJADE said...

iskhh bangga pulak mengaku..apa slh nya berkawan biasa2 aje dlm reramai tu & pilih yg terbaik dpd jd kan boyfren then buat curang di belakang..eiii sabo je le.

faraherda.razalan said...

Pendapat sy, klu masih belum berkahwin....tak akan ada istilah curang. Bila kita masih tidak dalam ikatan yg sah, kita berhak untuk memilih siapa pasangan hidup kita. Kita berhak untuk berkawan seramai mana lelaki untuk mencari yg terbaik. Jadi tak istilah curang sana sini. Maka, org atas tu mmg sengaja nak tnjk diri sendiri bodoh sombong. Hahahahah! Maybe nak tnjk diri sendiri hebat kot? Huuuu~

cikceriacorner said...

beraninye dia buat pengakuan..

Dilla Ady said...

btul2 berani die wat pengakuan mcm tu..

rasenye die masih bujang kot kak?

Cikgu Ma said...

dia tak rasa curang itu menggambarkan dia seorang yang x boleh dipercayai walaupun dia jumpa lelaki yg dia rasakan sempurna baginya...ish..ish...x patut...

Unknown said...

lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kata-kata yang tidak bermanfaat.. huuu~

ZaidJinggo said...

bila kita lupa yg azab akhirat adalah benar dan pasti...wallahualam

JunAina said...

Itu agaknya caranya orang zaman sekarang bersikap jujur. Jujur yang memerangkap diri sendiri.

Mampukah dia mencari yang terbaik andai sikapnya sebegitu. Mencari kesempurnaan atas ketidak sempurnaan sendiri.

sitinaminah02 said...

errrkk.. bukak pekung di dada.. kurang dah rasa malu org sekarang ni

wahida said...

nauzubillah...dah takde rasa malu kot...

Anonymous said...

kadang...

disebalik kecurangan seorng perempuan,ada kedurjanaan seorg lelaki...

kueh

gadisBunga™ said...

hmm..mungkin zaman sekarang ni banyak platform utk bercakap jujur. masalahnya jujur pun kene lah berlapik supaya tak terbukak pekung di dada tu...

Latifah said...

Speechless...
Bila manusia hilang sifat insan~

Dinas Aldi said...

Benda yg tak elok, kenapa nak dibangga2kan..

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Setuju bila Kak Fea kata sekarang ni mmg ramai yg pandai berkata2... Apa yg kita tuturkan sememangnya menunjukkan tahap mana keimanan kita & juga intellectual level kita...

Kesian kat org2 mcm ni sb dia tak sedar apa yg dituturkan & diucapkan... Doakan dia moga dia dpt hidayah dan bertaubat atas kata2 dia tu... sedih pulak :(

zehan said...

terkejut baca akak punyer tajuk..hehehe..

manusia Allah dh kurniakan akal dan fikiran, mereka boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.

pada perempuan tu, berusahalah mencari yg sempurna, mungkin dia tak sedar Allah jadikan manusia not perfect.

Anonymous said...

Assalamualaikum....isteri curang sanggup nak confront isteri lelaki yang curang bersamanya. Sanggup mengaku berbuat itu dan ini. Perasaan kita sebagai isteri tidak lansung mereka hormat. Semoga Allah memberi kesedaran dan insaf atas perbuatan maksiat mereka.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...