Monday, August 13, 2012

The number one for him...

Assalamualaikum..

Ada yang dah cuti raya ke? Adik aku dah. Cuti awal seminggu. So, aku dalam mood jeles sekarang ni sebab dia boleh concentrate kemas rumah. Siap nak pinjam tangga sebab nak lap kipas lampu semua he..he.. Tapi takpe tahun ni turn dia bawak emak balik beraya di Taiping. Dapatlah emak balik kampung awak sikit. Tahun ni adik-adik akan beraya dengan emak. Aku akan beraya di rumah mertua di Kajang. Lepas solat Hari Raya baru kami balik ke kampung en.asben di Sabak Bernam. Setiap tahun kami memang ikut turn. Bila dah ikut turn, setiap tahun akan ada yang akan beraya bersama emak. Jadi takdelah emak beraya sorang-sorang nanti.  Anak-anak aku okey aje. Raya kat kampung aku atau kampung en.asben tetap sama saja seronoknya bagi mereka. Aku juga begitu. Tiada bezanya sebab kita sendiri yang mewujudkan suasana itu. Nak rasa seronok atau rasa tak seronok semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Kalau awal-awal dah letak rasa tak seronok memang sampai sudahlah takkan rasa seronok bila tak beraya di kampung kita sendiri. Sebelum nak letak rasa tak seronok, letakkan diri kita sendiri untuk rasa bagaimana bila menantu-menantu kita nanti ada rasa yang begitu bila terpaksa beraya di rumah kita nanti. Tentu kita rasa tak best. Nak rasa pentingkan diri untuk beraya di rumah keluarga kita setiap tahun, cuba dulu untuk rasakan bagaimana kalau nanti anak-anak kita tidak mahu pulang beraya bersama kita sebab nak beraya di rumah keluarga mertua setiap tahun. Sedih kan. So, kalau kita taknak rasa sedih, janganlah buatkan mertua kita rasa sedih.

Tak perlu bangga sangat bila rumah keluarga kita menjadi pilihan untuk beraya setiap tahun. Tak perlu nak rasa seronok sangat bila setiap tahun kita dapat beraya dengan keluarga sendiri. Fikirkan perasaan keluarga mertua juga. Walau mereka tak buka mulut sekali pun, kita sendirilah yang perlu fikirkan tentang perasaan mereka. Lebih-lebih lagi perasaan ibu mertua kita. Insan paling utama dalam hidup suami kita. The number one for him. Mendapat keizinan mertua untuk dapat bergilir setiap tahun pun dah cukup bagus. Tak perlulah nak ambil kesempatan untuk mendapatnya setiap tahun. Kalau suami kita sendiri yang over excited nak beraya di kampung kita setiap tahun, jangan kita pun ikut over excited juga. Ingatkan dia untuk beraya di rumah keluarganya juga. Itu dah jadi tanggungjawab kita untuk ingatkan dia pada orang tuanya. Wah, aku bercakap macam wakil menantu dan isteri mithali kan walaupun sebenarnya tidak. (Tapi sangat teringin untuk menjadi seperti itu).

Aku bukannya apa, selalu rasa tak sedap bila dengar cerita-cerita yang macam tu. Rasanya setiap tahun aku mendengar cerita yang sama. Terasa nak menyuarakan rasa hati dan mahu mengingatkan diriku sendiri. Kalau ada yang terasa atau rasa apa yang aku tulis ni tak kena, aku minta maaf ya.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

22 comments:

Hudalatip said...

betul apa akak cakap tu, saya setuju, sebelum nak cakap seronok ke tak, kena letak diri kat situasi tu dulu..Masing-masing tepuk dada tanya selera la kan..

Nini D.. said...

wah...awal seminggu bercuti..bestnya!
nini balik raya ke n9 tahun ni tapi hari Jumaat tengah hari baru bergerak balik..cik abg tu masih bertugas pagi Jumaat tu.

kalo sempat,..kita raya sama2 di Taiping kak ye :)

ummiross said...

Alhamdulillah...moga ummi pun akan dapat menantu sebaik Hanis, amin,amin...

Izwa Kamaruddin said...

baik..saya terasa :( but thanks a lot sebab akak sudi menegur dgn kiasan yg sgt baik ini....

pernah juga terfikir benda yg sama 1 day anak akan buat kita mcm tu but keputusan hari raya setiap thn ed yg putuskan... :) di sana ke di sini ke semua keputusan dia :)

Hanis MY said...

best sgt entry ni kak fea mmg isteri mithali... bila ntah boleh jumpa idola hanis ni :)

Unknown said...

setuju sangat dengan entri fea ni, letakkan diri kita dulu pada situasi itu kan. Yus mana2 pun seronok, seronok raya rumah emak sendiri lain, seronok raya rumah mertua pula lain. Di rumah mertua biasa lebih meriah sbb adik beradik ipai duai ramai, kecoh, makanan pun lagi bnayak, di rumah emak yus biasa sederhana je, tambah2 yus saja yg dah berkahwin dan punya anak. So seronok dia lain lah...

pepun tahun ni di rumah mertua...excited gak ni...:)

saniah said...

Betul tu fea....akak pun heran bila timbul isu taknak balik ke rmh mertua...pastu ada yg happy bila suami ikut cakap dia dan hanya balik ke kmpg dia jeee....kesian mak.si suami....akak tak sggp buat gitu...sedihhh tula kena letak kan diri kita kat tempt mertua...apa2 pum syurga suami ditapak kaki ibu nya dan syurga kita di tapak kaki suami...kena ingat tu :-D
Fea mmg istri trbaik.....heheee akak pun ...chewahhh

sekadar satu coretan said...

tahun ni giliran kakain balik kg melaka la pulak...bila dah kahwin ni kene la tolak ansur baru aman damaikann...

Suara Kalbu said...

9 tahun dah saya kawin. Memang ikut sistem giliran never failed. Suami tidak banyak kerenah.
Pada kami beraya di mana-mana pun sama saja, kerna kita beraya di rumah kedua-dua ibu kita.

Pada ida, feel berhari raya tu biasanya pada malam raya dan pagi raya je. Jadi kalau tahun ini berhari raya di rumah mertua,kami akan balik berbuka puasa di kampung ida. Malam raya akan telefon mak tanya persiapan masakan raya, pagi raya lepas semayang raya, kami akan call mak minta ampun sama-sama.

Sama juga kalau turn berhari raya di kampung ida, perkara yang sama juga ida buat kat ibu mertua.

Biasanya dalam minggu berikut bulan Syawal, kami tetap akan balik ke kampung mak/ibu mertua untuk beraya cuma bezanya bukan dalam hari raya pertama.

Pokok pangkal kita yang mengaturkan hati kita untuk rasa seronok ataupun tidak kan kak ?

Acik Erna said...

assalam hanis..acik dulu zaman ada mertua pun macam tu..tak de rasa tak seronok pun..alhamdulillah..sekarang ni kami beraya dirumah sendiri..sebab dua2 belah pihak dah tak de ayahbonda.

Eye_nee said...

Akk berkahwin sudah 22 thn sis..last two years MIL dah meninggal....akk dan suami tiada kg..Akk Di Sg. Buluh..Suami Di Sg. Penchala..Perjalanan dari rumah akk ke rumah MIL hanya 35 minit...dan selama 20 thn kawin tu lah...disetiap Hari Raya...Hanya setengah hari di rumah mak akk dan ptg raya sehinggalah habis cuti raya akk dirumah MIL...betul kata kamu..kita yg harus cipta keseronokan itu..bukan menyukarkannya...

Dr K said...

Yang penting, bergilir gilir..Adil gitu..kan? :)

Cho Zila said...

selalu gak terdengar yang orang merungut lebih2 kalau kena raya rumah mertua... kitani selalunyer tiap tahun raya pertama kat rumah mertua..
memang seronoknyer persepsi msg2... tang raya kat kampung sendiri seronok dia sebab jumpa yang tersayang....

Unknown said...

Setuju sangat... selalunya, bila ada perasan yang tak berapa nak bagus tu, saya pun akan fikir macam tu jugak... "macam mana kalau menantu buat kat kita pulak nanti..."... terus perasaan yang tak berapa bagus tu pergi jauh2... hehe

mummY daniSha said...

harusla ikut turn kan? hee

Rina Rahamat said...

sy punya pesen raya sama jetiap tahun sbb kebetulan parents sy sekampung dgn parents suami (mak dia sekampung dgn mak sy kt kluang..ayah dia sekampung dgn ayah sy kat batu pahat)


walaupon mertua sy dok jb tp raya pertama derang akan balik beraya kat batu pahat jd sy akan balik rumah mak sy kat kluang tp raya pertama tu akan ikut mertua sy beraya dgn sedara-mara derang kt batu pahat


raya kedua pulak mertua sy beraya kt kluang..walaupon sy balik tido umah mak sy tp beraya tetap dgn mak mertua sy kt rumah nenek suami


sy rs adil la kot mcm ni..balik beraya rumah mak sy tp pegi beraya dgn keluarga asben (raya pertama dan kedua) :)))


Dinas Aldi said...

Betoi tu, mesti adil & saksama :)

Kakzakie Purvit said...

Kakak tiap tahun beraya rumah abang sebab keluarga abang tak ramai. Kesian. Cucu pun berapa kerat je. Yg ramai anak kakak - itu pun 3 je. Kalau rumah bapak kakak bayangkanlah bapak je dah 2x menikah mestilah meriah dua-dua pulak ramai anak-cucu so kalau setakat kakak tak ada memang tak perasan pun... Biasa hari raya ke2 baru balik kg kakak..

susumanis said...

Baru pagi tadi dengar kat tanyalah ustaz, isteri ni kalau suami tak izin balik rumah bibapa kita degil balik juga, suami x redha, berdosa kita pd suami, kalau dapt suami yg nak balik rumah dia aja, pujuk la baik baik, especially lepas bersama , mood tgh best, insyaAllah approve punyer, alhamdulillah kak su de sistem giliran yang baik for t last 17 years, cuma tka juge bila MIL nak ke mekah turn my mum hse balik umah MIL :)

Mrs. Norrie said...

sokong...:)

bertolak ansurlah....ia lebih membahagiakan

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Marya setuju dgn apa yg Kak Fea ckp! Alhamdullillah setakat harini kami xde masalah nak balik kg sapa sb kg bukannye jauh sgt pun... Kg dlm taman... kawin pun sekampung je... hehehe... ;))

Skrg ni lglah tak gaduh, dua2 tak dpt balik kg...huwaaa!

mak encik | SZ said...

hihihi..
"jauh"nyaaa rumah mertua akak..
bangi-kajang ;p

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...