Assalamualaikum...
Mama, citer Adam dan Hawa dan mula, jerit Han. Aku pun apalagi, terus melanggut depan tv. Bagi peminat novelis Aisya Sofea, tentunya novel Adam dan Hawa sudah tidak asing lagi bagi mereka. Dari novel kini beralih ke drama pula. Novelnya memang best, harap-harap dramanya pun best juga. Malam tadi episod pertamanya di Astro Mustika HD. Akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat khamis pukul 10 malam. Pelakonnya macam kena seperti apa yang aku bayangkan ketika membaca novel tu. So, aku rasa seronok nak menontonnya.
I ada novel ni. Cuba you tengok kat rak buku tu, eksyenku pada en.asben.
I tahu, tapi I tak baca novel tu. Kalau novel Takdir Fitrah Terindah tu I bacalah, en.asben cuba berlaku poyo dalam cubaan membeli jiwaku.. he..he..
Beberapa hari sebelum tu..
Ni you punya pasallah ni.. Menggada nak tukar Astro HD. Kan bil Astro bulan ni dah naik.. bebelku.
Malam tadi..
Nasib baik I tukar Astro HD kan.. Kalau tak, tak dapat you tengok citer Adam dan Hawa ni.. sakat en.asben.
Itulah kisahnya tentang Adam dan Hawa kami. Eh..eh.. tajuk bukan main iya-iya aje macam nak cerita pasal Drama Adam dan Hawa. Tapi bila taip entry banyak pulak bercerita tentang kisah kami kan. Sinopsis pun takde. Nama pelakon pun tak cerita he..he.. Sorry ekk..
Salam hormat buat semua. Have a nice day.
23 comments:
assalam Hanis..Insyaallah suatu hari nanti acik akan tengok pulak drama tulisan hanis di tv
sweet~ hehehehe..suka :) tumpang senyum sekali tau...hehehe...
saya tak pernah lagi baca novel dia ni...
adeh..lama saya tak tengok drama melayu kak..raya kali ni pun tak ngadap tv tgk rancangan raya..
Samalah kak ngan saya, beria takmo tido awal malam tadi semata-mata adam dan hawa..suami saya yang nak tukar hd haritu, tapi kira oklah jugak kalau tak, mesti saya tak dapat nak nengok adam dan hawa ni..
Kakcik bukan pelanggan astro HD. :(
acu bukan pelanggan astro :D
Selamat Hari Raya kak
ampun maaf zahir & batin :)
bukan pelanggan astro HD huhuhuhu...tapi novelnya ada....sangat sedih x leh tgk...
kak, dilla astro pun takde..ni kan pulak yg HD...cume ade ariel buruk jek kt umah tu..huhu..membosan kak tgk tv citer tak bez..
Oh, Adam Hawa tu adaptasi novel ye kak? Ish....teruk sy ni.
mmg peminat setia aisya sofea, dah tentu semua pun dah baca kan
tapi umah takde astro jadi tak dptlah tgk
selamat hari raya kak fea
Selalu ketinggalan cerita best2 sebabnya kat rumah memang tak ada ASTRO...kesiankan...ehehee...
nampak macam best tapi entah sempat tgk tau tidak...
Akk tak langgan astro HD tu lah...novel lg lah tak der...terpaksa lah menumpang tonton dirumah kakak akk nnt....
Oh kak ani belum tengok lagi.
Kurang gemar drama bersiri - suspen jer nak tunggu habis.
Hanis..tak kisah takde sinopsis dan nama pelakon, yang penting ummi tersenyum di hujung entry, penulisan santai Hanis memang seronok dibaca..
sempat jugak tengok sat malam tadi
tapi lepas tu syahmi pula mengacau..huhu
suka aisya sofea.. tapi novel adam hawa ni sy takde.. huhu
is pun tengok semalam (^___^) tataupun ada tetiap hari (^___^)hehe
buku adam hawa saya hilang.... huhuhu
tadi baru dok berangan bila laa plak citer fitrah nak di drama siri kan... heheh!!! kalu pelakon, suka remy ishak jadik hero, tp dr description muka aiham tu macam muka korea je, ye tak??? kalu fitrah plak imagine watak yg berbadan kecik cam tiz, or nadia nisa or kwn tiz dlm dejavu tu pun best gak!!! heheh!!!
As salam Kak Fea,
Tetiba nak nyanyi lagu yg misha omar nyanyi tu... adam hawa... apantah...hehehe... tunggu juga novel K.fea di tayangkan dipawagam & drama... nak tumpang glamer... nnt boleh ckp kat Hubby, "Penulis novel drama/movie ni my friend tau!' ;))
Saya pun ada buku Adam & Hawa :-)
Salam kenal
Post a Comment