Assalamualaikum..
Salam syawal buat semua. Raya yang meriah. Suasana yang indah. Kaum keluarga dan sanak saudara yang ramah. Semuanya sangat seronok dan jadi riuh rendah di hari raya kan. Alhamdulillah. Itulah kegembiraan buat kita yang berjaya selepas sebulan berpuasa dan berjuang di bulan Ramadhan. Terima kasih Allah.
Macam mana boleh jadi gitu? Itulah persoalan yang selalu keluar dari mulut kita bila terdengar ada kemalangan berlaku. Bila kena pada diri sendiri, blur juga untuk menjawabnya. Ditakdirkan, pada hari raya ketiga ketika kami nak balik Bangi, kereta kami terlibat dalam kemalangan di susur masuk Shah Alam selepas keluar dari Puncak Alam. Tak tahu macam mana. Tiba-tiba saja kereta boleh berpusing-pusing 3,4 kali dan terseret. Subhanallah.. terasa macam mimpi. Waktu tu aku dengan en.asben tengah borak-borak. Kiranya en.asben bukannya dalam keadaan mengantuk. Aku yang duduk sambil mengadap en.asben memang tak sedar pun waktu kereta dah berpusing kali pertama tu sebab waktu tu en.asben memandu perlahan. Lepas en.asben sebut Allah, Allah sambil mengawal stereng barulah aku perasan kereta tengah berpusing-pusing. Ya Allah, kami sedang terlibat dalam kemalangan rupanya. Sebab tak laju, anak-anak yang kat belakang pun langsung tak jatuh atau tersembam. Jalan memang lengang. Tak langgar apa-apa atau dilanggar oleh kenderaan lain. Kami berandaian mungkin jalan berminyak atau angin pusing atau apa juga yang kami sendiri tidak pasti. Bumper kereta memang teruk depan belakang sebab bergesel dan berlanggar dengan divider. Boot kereta pun kemek sikit. Calar balar sekeliling kereta.
Alhamdulillah, walaupun kereta teruk, tapi kami sekeluarga tak apa-apa. Alhamdulillah tiada kenderaan lain di jalanraya pada waktu itu. Kalau tidak, tak tahulah nasib kami. Terima kasih Ya ALLAH kerana melindungi kami sekeluarga. Rasa sangat bersyukur. Sampaikan Az pun mahu ikut buat sujud syukur juga. Alhamdulillah, kereta yang teruk boleh dibaiki walaupun memakan modal yang besar. Itu semua bukan bandingan pun pada keselamatan kami sekeluarga yang lebih berharga. Semoga ianya menjadi penghapus kepada sedikit dosa-dosa kami. Hari ni kereta masih di bengkel lagi. Pergi kerja terpaksa pinjam kereta mak mertua. Segalanya bagai mimpi. Mungkin bila kejadian seperti ini menimpa orang lain begitu jugalah rasanya. Anak-anak pun kata terasa macam cerita dalam wayang.
AZ : Kereta kita teruk. Banyak ke mama dengan ayah kena bayar nanti?
ME : Banyakkkkk...
AZ : Takpelah, mama ambillah duit raya baby.
ME : Boleh ambil semua ke? (Sengaja nak mengusik dan menguji kemurahan hatinya)
AZ : Boleh. Ambil semua pun takpe.
Tersentuh aku jadinya. Takpelah mama dengan ayah guna duit sendiri aje. Mungkin ada zakat yang kami terkurang bayar. Semoga ianya menjadi pembersih pada rezeki kami, InsyaAllah.
22 comments:
Ya Allah kak, nasib semua ok dan selamat kan..Kereta rosak takpe tapi yang penting orang yang kita sayang selamat..Alhamdulillah
Luhurnya hati Az. Tersentuh kakcik dibuatnya.
Syukur Alhamdulillah, Allah melindungi Fea sekeluarga dari bencana yang lebih teruk.
Ya allah kak, accident ye??
Mesti mmg mcm dalam mimpi kan. Alhamdulillah semua selamat. Sebak pulak saya baca part baby nk bg duit raya tu. sgt memahami anak ini..
apepon take care yer kak
Syukur alhamdulillah akak sekeluarga selamat & tidak cedera....meremang bulu roma baca!
syukur semua selamat...mujur tk terlibat dgn kenderaan lain..kalau tk adoii tak tau la apa jadi kan...mintak di jauh kan..
Syukur pada Allah sis..kamu sekeluarga tidak cedera...Allah masih melindungi...
syukur alhamdulilah akak & family selamat
alahai..ikhlas betul budak² nie kan??
syukur x apa2 kak...x pe kak,yg penting semua selamat..alhamdulillah
Alhamdulillah...syukur semuanya selamat. Dalam kita berhati2 dan beringat sekiranya itu ketentuan ALLAH akan berlaku juga.
salam lebaran kak Hanis!
sori lame menyepi..
takpe kak, yang penting sume terselamat..tu paling penting..
benda nak jadi kan, kdg2 kite pun terpikir2 ape la penyebabnye..anggap jek ade hikmah di sebalik sume ni..
yang penting fea sekeluarga selamat. keta boleh repairkan.
syukur alhamdulillah semuanya selamat ya fea....
alhamdulillah, mujuq akak 1 family takdak apa2..
btw, selamat hari raya.
syukur alhamdulillah kak..berdebar saya baca ni ha..betul kata akk tu, mcm kami kalau ditimpa musibah sellaunya kami akan anggap ia sebagai kifarah dosa2 kami.
selamat hari raya, maaf zahir batin ye kak!
Alhamdulillah, Alhamdulillah..syukur Hanis dan anak selamat dan tak apa-apa. Terharu dengan sikap Az,baiknya hati dia..
Alhamdulilah sgt2 bersyukur fea sekeluarga selamat
Malang tidak berbau even dlm keadaan berjaga jaga pun klau dah janji nk jadi tetap akan jadi juga...sabarlah
Duit blh dicari kan..yg penting semuanya selamat :-)
Allahu akbar, takutnya jadi macam tu..Alhamdulillah selamat semuanya, takda yg cedera, itu yg penting.
Terharu betul dengan kata2 AZ, suci sungguh hati dia. Nak nangis pulak akak baca..
alhamdulillah..hanis sekeluarga
tak apa2
itulah bila di jalan raya..semuanya
tidak di jangka.dalam berhati2 pun
terjadi juga benda yg tak dijangka.
baik hati si baby manja tu ye :)
Syukur Alhamdulillah akak sekeluarga selamat.
Suka part AZ yang nak beri duit raya , prihatin dengan musibah yang menimpa keluarganya.
syukur alhamdulila akak n family selamat..baiknye az..terharu kite..
Syukur Alhmdulillah....Hanis dan keluarga selamat....
Alhamdulillah tak ada aper yang berlaku pada Hanis dan keluarga.
Post a Comment