Assalamualaikum..
Seperti tajuk entry, itulah perasaanku sekarang. Entah mengapa, minggu ni seperti banyak perkara yang tak kena. Start dari hari ahad lagi semuanya tak berjalan dengan baik. Seperti mood yang tak berapa baik juga sebab dah mula cuti puasa hu..hu..
Hari ahad pagi-pagi dah bangun dengan penuh semangat sebab orang Kitchen Cabinet kata nak pasang kabinet. Tapi bila call balik rupanya ahad depan (maksudnya ahad ni). Aku yang silap faham. Adooii.. tak tahu macam mana aku boleh salah faham walaupun rasanya aku dah confirmkan betul-betul. Biasalah bila nak dapat barang baru. Excitednya ke main he..he.. Bila tak dapat frustnya pun ke mainlah juga hu..hu..
Lepas tu cerita hari selasa. Kereta ada bunyi-bunyi sikit. Biasalah bunyi-bunyi minta duit raya in advance he..he.. Hantar servis centre suruh check. Manager dia kata ada part kena tukar (entah apa namanya aku lupa). Siap sebelum buat tu call dulu sebab dia kata part tu dalam 300++. Aku pun okeylah. Lepas tu tanya boleh siap dalam sehari ke? Dengan confident juga cakap boleh. Tapi end-up 2 hari baru siap. Sebab part lambat dapat. Yang tu aku dah angin juga tapi masih consider okey lagi. (Mana tak angin, balik kerja kena tumpang orang. Pergi kerja kena ikut en.asben. Pukul 6 lebih aku dah terconggok depan ofis sebab takde kereta nak drive sendiri. Ofis pun tak bukak lagi).
Lepas tu yang lagi angin, dari harga 300++ boleh naik jadi 800++ sebab ada part lain juga kena tukar. Dahlah tak inform dulu ada part lain yang nak kena tukar. Aku bukan apa, bunyi-bunyi tu bukannya major pun. Kiranya kalau betul aku nak tukar, lepas raya pun boleh kalau dah mahal sgt harganya. Tapi bila dia kata 300++ kira okeylah. (Itu pun aku budget semuanya dalam 500) Kalau dah kena dah jadi sampai 800 tak ke haru. Dahlah nak raya. Bukanlah kata tak boleh bayar, tapi larilah budget yang kita dah peruntukan untuk raya. Ishh.. tak suka betullah bila macam tu. Maksud aku dengan cara manager tu.
Lepas tu lagi, semalam orang perabot hantar sms kata almari yang aku dah order 3 minggu lepas takde stok pulak. Sebelum ni dah 2 minggu asyik kata barang tak sampai lagi. Lepas 3 minggu terus kata takde stok pulak. Siap suruh datang kedai pilih barang lain atau nak ambil deposit semula. Kalau awal-awal dia beritahu, bolehlah aku cari kat tempat lain aje. Ini dah buang masa aku menunggu. Satu kerja pulak aku nak pergi ambil duit deposit kat kedai dia. Tak sukanya.
Lepas tu he..he.. (asyik lepas tu aje kan) hmm.. yang tu takpelah biar aku simpan sendiri. Sebab baru luah separuh dah rasa lega sedikit.. Alhamdulillah.
Salam hormat buat semua. Take care.
28 comments:
Alahai kakkk..semoga dipermudahkan semua urusan...
kak,
kes kedai kereta tu kalau akak nak bagi "ubat" kat manager kedai tu senang je..akak buat report polis lepas tu bawak report tu pegi buat report kat tribunal pengguna pulak.. tak sure boleh menang ke tidak..tapi right sebagai pengguna mmg boleh kita buat aduan..biar masa depan nanti dia beringat sikit..
eii sara yg baca ni pon geram kak! kacau mood raya je kan! ehh? ehehehe.. :)
Ada kes 'ambil kesempatan' agaknya ni Fea. :(
sama gak cam keta akak, kena hantar servis, tapi service center bagitau, major servis, mesti mencecah rm500, kita tunggu lepas raya jelahhhh
mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian..
sy harap lps ni semuanya baik-baik saja buat akak :))
alahaiii akak..memang tak senang hati lah kalau tetiba semua benda tak best mcmtu jadi kan. spoil mood orang kata..takpe takpe, sabar ye. mood pms pon yer gak ni hehe
hehe..ada unsur suspen pulak kat hujung tu. Lepas tu apa ek?, haha..nak tau juga tu.
Hehe..gurau je hanis. Memang tak best kan klu jadi macam ni. Ummi harap semuanya ok nanti, semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan buat Hanis dan keluarga.
Sabar kak Hanis,
Ada hikmahnya tu dalam setiap ujian dan dugaan. Kalau saya pun hangin juga dibuatnya tapi kadang-kadang tu kita ni tak diberi pilihan selain dari terima dan redha
Alhamdulillah..yang penting hanis dah lega..baru rasa senang hati dan ceria nak sambut raya
nak raya ni ramai ambil kesempatan..ingat kita ni byk duit, memang pening dibuatnya......
moga ada hikmah disebaliknya......
Jgn ikut kan si manager tu fea....rasanye dia mcm suka suka je nk tukar itu ini...bawak ke service center lain minta 2nd opinion la
Mcm2 hal kan?..ujian Ramadhan tu :-)
U take care too k?
alahaiii...macam2nye la dugaan nye kan kak.. :)
Boleh hantar official complaint kat service center atau nak lagi bagus, kat HQ dia..sebab tukar parts WITHOUT informing the customer.
lama tak menjenguk di sini (^___^) moga dipermudahkan semuanya ye.. insyaALLAH (^___^)
Salam. dugaan Raya tu namanya, InsyaAllah selalunya dipermudahkan...
Yg lebih parahnya benda2 tu semua tak menjadi saat menjelang Syawal pula...itu yg tambah2 down mood lagi kan...sabar yer..dugaan Ramadhan namaya ni...
bengkel dapat duit rayaaaa
kueh
huhuuu..samala ngan sy kak..nak raya ni mcm2 hal...hehe
salam hanis..tarik nafs panjang panjang, lepasss, istigfar..buat 3 kali..insyaAllah legaaa...senyummm..amboi manisnya cik adik nak raya ya..hihihi
Besar betul dugaan di bulan Ramadhan ni. Akak pun pernah hangen dengan service centre kat tempat akak ni. Akak pi cekak pinggang (konon samseng habes) tunggu service manager kat situ tapi dema cakap dia takdak, cuti sakit kot tapi akak rasa dia menyorok bawah meja. Kot. Heheh.
Lepas tu akak tak pi dah servis keta kat situ. Cari ja service centre lain. Memang mangkuk.
Salam.
Banyak2 bersabar. Tapi saya yakin, diorg ambil kesempatan tu..
As salam Kak Fea,
Alamak, baca story akak ni terasa mcm sy pulak yg kena marah... hiks... takdelah gurau je...
Byk2 sabar ye kak, dugaan Ramadhan ni... Teringat ms kat Msia time2 nak raya time tulah semua brg rosak, blenderlah rosak, kereta lah rosak... mcm2... cobaan...cobaan.. Take care kak... insya'ALLAH akhirnya nnt mesti manis2 & indah2 sahaja insya'ALLAH...Ameen :))
memang macam macam hal
bersabarlah ye
yang pasal kereta tu mungkin boleh di ajukan ke tribunal pengguna kot atau cuba minta pandangan daripada pihak tribunal
kalau part kereta, tanyalah kak liza. biasanya kak liza beli part sendiri then pegi ke bengkel..kadang jimat. hubby kak liza kan supply part kereta. jenguk blog http://res2supply.blogspot.com/
Assalamaualaikum wbth,,,
banyakkkan bersabar.......
aduhh kak
semua nak duit kan akk
sabar ye kak
semoga dipermudahkan juga dari saya kak ..
salam lebaran dari saya sekeluarga buat akk , mohon maaf lahir batin sepanjang perkenalan kita di laman maya ini .. ;)
alahai fea, kalau yus pun mesti rasa perasaan tak best tu. Lepas satu satu ya. Apa pun moga semuanya di permudahkan, InsyaAlah.
Post a Comment