Nuffnang

Tuesday, August 7, 2012

Feeling drama... tapi bukan pasal ending drama Dejavu di Kinabalu..

Assalamualaikum..

Lama betul tak bercerita di sini. Banyak benda nak kongsi. Tapi mood nak kepoh kecoh tak mari. Jadinya, buat masa ini biarlah aku simpan sendiri he..he.. Terus tajuk entry hari ni jadi panjang lebar. Sampaikan drama Dejavu di Kinabalu pun terbabit sama. Padahal aku cuma tengok beberapa episod aje. Lepas tu lupa nak tengok. Tahu-tahu dah habis. Tapi tahu juga ending dia sebab terbaca dalam entry kawan-kawan. Nadira mati ekk?? Sedihnya hu..hu..

Entah kenapa hari ni aku ada feeling macam berada dalam drama tv ha..ha.. Kadang-kadang memang perasaan macam tu datang sendiri. Tiba-tiba aje terasa eh..eh.. macam dalam drama sambil lepas tu tersenyum sendiri. Pagi tadi terasa macam tu waktu nak masak untuk sahur. Waktu pegang pisau nak potong bawang terasa macam emak-emak dalam drama tv pulak. Sebabnya aku bukannya pandai masak sangat. Tapi untuk memasak makanan simple-simple yang suami dan anak-anak request tu bolehlah. Jadi bila memasak, pagi-pagi pulak tu terus rasa macam watak ibu dan isteri yang sempurna dalam tv he..he.. Boleh aku ada feeling macam tu. Adooiii..

Lepas tu pagi ni ada hal sikit yang en.asben kena settlekan separuh dan aku kena sambung selebihnya. Lepas dan 2, 3 kali callling-calling en. asben cakap. Pukul 9 ni I ada meeting. So bila I dah masuk meeting nanti U arrange sendiri ya. Lagi sekali aku terasa macam dalam drama jugak untuk scene dalam pejabat waktu bos-bos nak bermesyuarat. Aduhai.. Korang pernah ada perasaan macam ni tak??? Maksud aku feeling diri macam berada dalam drama yang kita selalu tonton. Tapi hidup ini memang sebuah drama pun kan...

Salam hormat untuk semua. Have a nice day..

17 comments:

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Salam kunjungannya tuan belog =)
Blogger ni penulis novel ke?
Bagus lah sudah terbitkan novel pertama.. TAHNIAH! =)

www.shahrulhairy.com

:: Mrs.Eady :: said...

Heheehe...akak...mmg selalu rasa la..hehehe..lagi-lagi kalau tetibe dtg mood bermain sms dgn ed! :)

Daddy Ziyyad said...

saya doakan novel akak di terbitkan jadi drama pula nanti, insya allah :)

Lulu Caldina said...

sibuk ke kak?? sunyi jer skrg ni..rindu..ekeke

kakchik@ella said...

Hanis The Drama Queenn. Hehehe.

Gen2Merah said...

tahniah kak fea... salam Ramadhan..

Murni Alfathunnisa said...

Memang selalu ada feeling2 macam tu...especially kalau dah concentrate sgt dengan satu2 drama..terasa terbawak-bawak gitu...hehe

Dinas Aldi said...

Akak hari2 rasa macam tu, siap ada muzik latar lagi dalam kepala, kehkehkeh!

ummiross said...

hehe..pelakon drama tambahan datang ni, sambil senyum2 baca n3. Malam ni agaknya watak apa pulak sahur nanti Hanis?

Marya Yusof said...

As salam Kak Fea,

Adoi...hehehe...lepas ni boleh tulis skrip filem lak...takpun jd pelakon terus...hehehe... Kelakarlah akak ni bole pulak feeling cengitu...

Tpkan Marya suka gurau2 dgn hubby buat2 berlakon mcm dlm filem...wakakaka.... ajuk2 pelakon2 tu ckp... konon2 mcm real lah...hahaha :D

Nanie@NMS said...

Salam Ziarah

mamalieyna said...

hikhik..ada eh camtu..^_^ mmg hidup dah mcm drama jugak pun kan..

~~*Lady Salwa*~~ said...

hehe... rasanya pernah kot feelig2 camtu...

*sama la, tak tengok pun cerita tu, rasanya 1 episod kot... tu pun tengok gitu2 je...

diana said...

dulu kak fea memang ada teringin nak jadi pelakon ke??
ekekekek

Eye_nee said...

Ingatkan akk jer yg rasa..ahehehe....tp ni lah yg dinamakan ."Hak Peribadi"...siapa boleh marah kannnn....

Alin Marlini said...

mana tau akak bakal jd penulis skrip kak..mesti ngetop...

-Sara- said...

ahaha mcm kelakar plak ada akak ni tau..tp mmg pon ada jugak rasa cmtu.. klo kt umh sara tak rase sangat..klo kat opis selalu jugak! haha :P