Assalamualaikum..
Malam sabtu lepas, 22 September merupakan hari ulangtahun kelahiran anak keduaku Is yang ke 11. Sama tarikhnya juga dengan atuknya (FIL). Syoklah Is dapat berkongsi tarikh dengan atuk. Mama harap abang juga dapat jadi macam atuk. Juga berkongsi sifat-sifat baik yang ada pada atuk. Kesungguhan, kerajinan dan yang penting selalu merendah diri. Tak dapat jadi Prof macam atuk pun takpe. Asalkan dapat ikut akhlak dan sifat atuk.
Is memang selalu excited tentang birthdaynya. Selalu aje dia ingatkan semua orang tentang birthdaynya. Seminggu sebelum tu dia siap check calendar kat Hp en.asben. Check tarikh 22 september. Lepas tu dok mengomel. Apalah ayah ni. Bukannya nak masukkan birthday abang. Ayahnya jawab, ayah ingat birthday abang. Buat apa nak masukkan. He..he.. betul jugak tu.. Kebetulan birthdaynya jatuh pada hari sabtu, so bolehlah kita buat majlis sikit. Penat juga rasanya sebab macam baru lagi buat majlis open house raya. Tapi sebab fikirkan keterujaan Is tentang birthdaynya, semangat tu datang juga. Kita buat kecik-kecik aje. Tak panggil siapa pun. Adik beradik dan keluarga terdekat aje. Yang penting boleh raikan sama-sama. Dapat juga raikan FIL sekali. Juga raikan birthday anak buah aku yang tarikhnya 29 sept ni.
Aku call semua orang. Tapi senyap-senyap aje tak cakap dengan Is nak buat majlis birthdaynya. Hari sabtu tu kan sekolah ganti. So, sebelum dia balik rumah aku, en.asben dan emak dok pasang belon bagai. Nak buat surprise untuk dia. Is balik rumah aje, muka senyum-senyum. Seronoklah tu..
Deko-deko birthday. Hias ala kadar aje. Janji ada feel majlis harijadi.. he..he.. Semput-semput aku, en.aben dan emak tiup belon. Tapi belum sempat malam banyak yang meletop. Padahal beli belon yang tebal. Tak kuasa aku nak tiup lagi. Cukplah apa yang ada tu.. he..he... (Tak tahu kenapa gambar jadi macam tu. Tapi sebab dah upload, aku letak ajelah kat sini)
Jadilah beberapa biji belon aje yang tinggal tu.. kita proceed aje.. he..he..
Kek yang MIL buat sendiri. Dahlah cantik. Sedap pulak tu. MIL aku memang sangat kreatif orangnya. Bab memasak dan menghias memang terer. En.asben selalu dok kutuk aku dengan pujian, U pun kan terer macam my mum jugak.. eh, ke U lagi terer.. Okey.. I tahulah I tak terer.. he..he..
Kek ni adik aku sponser. Bukan kek SR, sebab adik aku kata SR tutup hari tu. He..he.. alasan lebih. Memang itulah selalunya modal kita orang nak ngelat-ngelat. Tapi rasa kek tu ala-ala SR juga. Siap ada pisang dalamnya. Kira oraitlah tu.
Pasang lilin dulu... Iye-iye aje aku beli lilin tu. Konon nak buat kek sendiri. Tapi bila MIL kata nak buatkan kek dan adik aku kata nak sponser kek, terus aku cancel nak buat kek sendiri. Cucuk aje lilin tu kat kek beli.. he..he..
Birthday boy. Bab makan memang selalu selera aje. Tengoklah, makan cocktail pun macam sedap sangat. Siap keluar-keluar lidah. Muka dah makin bulat. Nasib lesung pipit tu nampak lagi. Aku takde lesung pipit. Tapi family en.asben memang semuanya ada lesung pipit. So memang sah-sahlah bukan dapat dari aku he..he..
ALLAH selamatkan kamu.. ALLAH selamatkan kamu.. ALLAH selamatkan atuk, iskandar dan Fareez. ALLAH selamatkan kamu... Tiup lilin pulak selepas doa selamat selesai dibacakan oleh abang ipar.
Potong.. potong.. potong.. dah ramai yang menunggu nak makan kek tu..
Kita-kita aje.. Yang penting tetap meriah.
Sekali lagi nak tayang kek MIL.. He..he.. bilalah aku mampu nak buat kek macam ni.. he..he..
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.
38 comments:
serius terliur tengok gambar kek yang MIL akk buat tu.. mesti sedap sgt2 kan.. yummy2!!
happy belated bufday tuk Fareez...
moga membesar menjadi anak yg soleh dan membahagiakan ibu dan ayah...
*nk request ajar adik main gitar dr Fareez..hihi
lawanya kek.. nak potong pun sayang kann.. hee..
mesti birthday boy malam tido senyum2. ngee..
dah besar anak hanis..:)
tak pe la hanis, panggil nama pun akak tak kisah...kat ofis ramai yang panggil nama je walaupun muda.. kadang kak ana lebih suka gitu, boleh la akak perasan muda.. ngeee..
alhamdulillah ...
yang penting dapat berkumpul bergembira sama-sama tu kak...
semoga Is jadi anak soleh ya ...
kak...terliur tengok kek...
eppy bday buat is , atuk dan fareez ... semoga di panjangkan umur mereka semua ..
sorry akk dah lama x mai .. huhu ada masa2 nya sebuk sgt2 .. ;))
banyak kek tuu kak ..
terliur lak sbb dah lama x makan kek ;))
hepi belated besday Is & atok...semoaga sentiasa dirahmati n diberkati olehNya.amin.
nampaknya lia pun b'kongsi tarikh lahir dgn mereka :)
nama pun lbh kurang sama (awal nama lia 'Is' juga..heheheee)
happy belated birthday utk fareez dan FIL akak..
wahh..tere MIL akak buat kek kan.. takpe kak..practice make perfect.. cuba je buat..da lama2 nanti jadi la..
Happy birthday Is dan Atuk. Semoga keduanya dikurniakan Allah kesihatan yang baik. Amin
kek tu memang napak sodappppp
ehehe..simple2 pn nmk meriah gak tu :)
happy belated bufday is .. moga jd anak yg soleh utk mama n ayah ye :)
Happy belated Is :) Semoga membesar menjadi anak kebanggaan mama dan ayah,amin~
err..terliur kek! :)
Hepi belated birthday buat Is & ur FIL sis...
kek ur MIL tu mmg nampak sgt yummy sis....
Happy belated birhday buat semua. Waa berselera betul Is, mesti sedap tu.
Kedua2 kek tu cantiklah Hanis, tengokpun dah tau sedap!
Happy belated birthday Is, Atuk dan Fareez.
Bestnya kalau kakaklah Hanis belajar je dgn MIL. Tengoklah dia buat kek tu besar, cantik, sedap hmmm...
ermmm mmg sah2 le akak pun terliur tgk kek tu.
pandai MIL kak hanis deko kek tu..cantik. tengok pun dah nampak sedap.
happy belated birthday to all of them...Is, atuk and fareez. May Allah bless them all...
Happy belated besday utk FIL dan birthday boy.. Meriahnyaa majlis besdaynyaa.. Kek pun nampak sedap.. :)
salam kak fea
lama tak jenguk sini kan, hihi besday Is sama hari dgn uncle zamri lah, tapi ktorg tak celebrate pun aritu sebab besday boy keja
cuma buatkan kek rainbow, pastu malam g umah adik ipar sebab PIL dtg kl, best pulak tgk ada sambutan besday ni, next time ajak ktorg ye boleh tumpang besday sekali haha
Jelez tengok kek org buat cantik2 cam tu tau...
Assalam Hanis..Happy birthday buat FIL dan anak bujang Hanis..
semoga doa dan harapan hanis buat anak akan dimakbulkan yang esa
Selamat hri jadi kepada anak Hanis. Hari jadi kadang2 menyebakkan dada. Sebab 25 Mac ayah saya dilahirkan dan pada 25 Mac juga ayah saya meninggal dunia
sanah helwah is, auntie doakan moga jadi anak yang soleh ya..aamiin :)
1. Pertama kali tengok blog fea banyak gambar dalam satu entri. Seronok!
2. Memang nampak sedap kek yang MIL fea buat tu...
3. Meriah nampak sambutan, berkumpul macam tu, seronok kan.
4. Happy birthday yang ke 11 untuk anak fea IS. Moga menjadi anak kebanggaan keluarga.
happy birthday Is..sama baya dgn
anak kita farah
seronok tgk sekali sekala blog hanis ni
meriah dgn gambar2 :)
Happy birthday is, atuk & fareez..
seronok tgk is makan tu kak..kek yang MIL akak buat tu mmg superb, confirm sedap tu..
wahhhh...bestnye dapat mil yang pandai wat kek..leh upah die jek watkan kalu ade celebration camni..huhu
baru nampak gambar anak akak yg ni...
happy birthday buat Is.... nampak sedap dan cantik kek yg MIL akan buat tu....
Selamat ulangtahun kelahiran buat mereka yang diraikan. Semoga IS menjadi anak yang cemerlang dan berjaya. Semoga ATUK terus sejahtera dan sihat. Semoga anak buah terus sukses!
As salam Kak fea,
Selamat Hari Lahir buat atuk, Iskandar & Fareez... Moga diberkati usia & rezeki... Barakallah...
Kek tu mmg menggodalah pandainye MIL akak! Saya pun la ni ntah bila nak pandai ntah mengekek! hehehe...
Hubby akak pun ade dimple ek! wahhhh mesti cute gitu... jgn marah sy tau, marah kak Zie...hehehe... gurau ye Kak Fea, jgn amik hati ye :))
heppi besdat atuk n fareezz...
Hepi Besday to Atuk & Fareez yg semakin handsome, Kek tu memang sgt menggoda...
cantik nyer kek..buat sendiri ker
selamat hari lahir..
syok la sambut bzday..seumur hidup x penah..hehe
seronoknya.. happy birthday to them.. semoga panjang umur murah rezeki..
Waaa sedapnya nampak kek tu akakkk...nak sikit.kek yang gambo first apesal mengoda jiwa sangat.
hehee.
Hepi besday untuk putera akak.semoga menjadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat.amin
salam,
Singgah di pg minggu ,maafkn ta lama tak dtg sini.
Salam,
Wah meriahnya birthday Is dan keluarga akak. Seronok tengok :-)
Post a Comment