Monday, October 1, 2012

Kecilnya dunia...

Assalamualaikum..

Hari sabtu pergi wedding rumah saudara di Bandar Tun Hussein Onn. Dalam sibuk melayan anak-anak, en.asben cakap eh itu kawan blogger you. Toleh-toleh aku nampak Auntie Nanie. So, aku pun pergi tegur. Kita salam-salam dan berbasa basi. Sekejap aje pun sebab lepas tu sibuk layan anak-anak nak ambil makanan dan makan. Lepas makan bersalam-salam dengan kaum keluarga yang ada kat kenduri tu dalam rumah. Keluar balik, cari-cari Auntie Nanie dah takde. Mungkin dah balik, so tak dapat nak berbual lagi.  Anyway, it was nice to meet you again, auntie.

Semalam, jalan-jalan ke Alamanda. Adalah nak cari barang-barang sikit. Lepas makan di RASA, kami ke toys'r us pulak untuk belikan Han rollerblade. OTW nak masuk ternampak anak Kak Ati Masrif. So kita tegur-tegur dan cari Kak Ati di dalam pula. Dapatlah bertegur sapa dan berbual-bual lagi selepas gathering baru-baru ni. Seronok sangat bila 2 hari berturut-turut dapat terserempak dengan 2 orang rakan blogger yang baru lagi jumpa masa gathering tu.

Malam sabtu tu en.asben dan kawan-kawannya ada demo aikido di UKM. Masa kat sana dia call tanya kenal tak kawan dia ni yang dulu pernah tinggal di tempat yang sama dengan aku. Baru balik dari Al-azhar dan baru join aikido. Dengar nama parent dia macam kenal tapi macam ingat-ingat lupa. Then bila balik en. asben bercerita lagi. Bila en.asben sebut nama kawan dia terus aku teringat. Emak pernah jadi baby sitter kawan en.asben tu masa dia baby. Siap selongkar gambar lama sebab nak tunjuk gambar kawan dia masa baby pada en.asben he..he..

Dua tahun lepas, kami pergi wedding sepupu emak kat dewan apa entah di Putrajaya. Sebab keluarga, kami duduk di meja-meja khas yang ada sign family. Masa dok ambil-ambil gambar ada kawan ofis en.asben datang dekat dan tegur. Kawan yang baik di ofis pulak tu. Tengok baju dia dan family memang sedondon dengan tema keluarga pengantin. Rupa-rupanya dia saudara sebelah bapa pengantin dan kami saudara sebelah ibu pengantin. Emak dia pun memang dah lama kami kenal cuma dia aje yang kami tak pernah terserempak dalam apa-apa majlis sebelum ni. Yang lagi best tu, kami siap pergi wedding kawan ofis en.asben tu sebelum ni. Tapi masa tu tak kenal lagi sebab mereka belum bekerja di tempat yang sama.

Beberapa tahun sudah waktu en.asben baru bekerja di tempat sekarang, adalah dia kena naik kapal untuk familiarisation ke apa. Aku macam pernah dengar yang abang ipar kawan baik aku masa kecik-kecik dulu jadi kapten kapal di syarikat yang sama. Nama kapal yang en.asben naik pun aku macam pernah ternampak dalam emel kawan baik aku tu. Tapi nama abang iparnya aku tak pasti. Sebab nama panggil lain. Nama betul pun lain.So, sebelum pergi tu saja-sajalah aku suruh en-asben interview kapten kapal yang dia nak naik tu nanti. Orang mana? Duduk mana? Kalau dia cakap dia orang BP suruh tanya kenal tak kawan aku? He..he.. Ingatkan en.asben taknak layan. Sekali encik asben tanyakan juga sebab cerita aku macam dah ada persamaan dengan kapten kapal tu. Tapi en.asben senyap-senyap aje. Sampailah abang ipar kawan aku tu hantar emel kat aku beritahu yang en.asben sedang mendapat layanan yang cukup baik di atas kapalnya he..he..

Rasanya, kalau ke mana-mana mesti ada jumpa dengan teman sepejabat en.asben di tempat tu. Memang tiap kali outing, kat Terengganu ke, kat Penang ke. Sampaikan anak-anak pun siap cakap. Kita tengok, lepas ni ayah jumpa siapa pulak he..he.. Tapi memang betullah. Lepas tu bukan dalam Malaysia aje. Kat luar-luar pun jumpa jugak. Masa pergi  wakilkan makcik aku ke Majlis Konvokesyen sepupuku di Universiti Padjajaran, Bandung pun kita orang jumpa kawan ofis en.asben. Dia datang untuk raikan anak dia. Dia pun macam terperanjat tengok kita orang ada kat situ. Sebab takkanlah muda-muda dah ada anak habis U.. he..he.. Kat Mekah pun jumpa cikgu aku, jumpa kawan ofis en.asben juga lagi.

Bila teringat pertemuan-pertemuan dan pertalian-pertalian itu, terus rasa macam kecilnya dunia ni. ALLAHUAKBAR.. Dengan izin dan kuasaNYA kita dapat saling bertemu, berkenal dan bersaudara.

Salam hormat untuk semua. Take care.

24 comments:

Kakcik Seroja said...

Seronok bila dapat bertemu dengan mereka yang dikenali tanpa terduga, kan? :)

mummY daniSha said...

kalau x pena ketemu,agak2 kenal x eh kalau terjmpa kat luar?hehe

TS said...

alhamdulillah...berjodoh jmpe org yg kita kenal kat mane2 kan kak..
I.Allah..ade reseki klu2 terjumpe akk memang sy terjah...hiks..

Izwa Kamaruddin said...

ramai nyer kenalan akak & suami kan :) meriah ramai saudara mara :)

ehh kak...bila kiter nak berjumpa lagi?sesi buku ke-2 ke?hehehe...

faraherda.razalan said...

Sy yg tak jmpe2 g ni. Hahahahah...

Unknown said...

wahh..bestnya macam tu kak..memang terasa kecilnya dunia kan...

dwatyKNY said...

mesti en esben seorg yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa kan...

Suara Kalbu said...

Salam

Betul tu Kak Hanis. Bila terjumpa dengan orang yang tak diduga di tempat yang tak diduga, memang selalu terfikir betapa kecilnya dunia. Buat saya terfikir, dunia ini bulat, pengakhirannya akan jumpa benda yang sama

mak encik | SZ said...

alhamdulillah ...
seronok baca kisah pertemuan2 tak diduga ni kak!
semoga ukhwah yg terjalin berpanjangan hingga ke syurga ;)

NM02 said...

mesti bila bertemu, menjerit sakan kan. hehehe

ummiross said...

Alhamdulillah, sentiasa dipertemukan Allah dengan kawan2, Allah sayang orang2 yang menjalin ukhuwah, semoga berkekalan selamanya.

Kakzakie Purvit said...

Lagi rasa seronok bila yg kita temui sebenarnya ada pertalian saudara. walhal sebelum ini tak tahu walau pernah berbual sama.

qemaishak said...

Excited kan kak bila jumpa kenalan tak terduga gini..

Dr K said...

lagi ramai blogger yg kita kenal, lagi tinggi peluang nak terserempak berjumpa! :)

tu yg best bila ber blog..ramai kawan..

Qhaifa Nur said...

banyak perkara yang berlaku tanpa kita sedari...
rasa sangat bersyukur jika ia berlaku...

-Sara- said...

seronok baca kisah akak nii.. bila nak terjumpa ngn sara lak kan,,hehe

♥MAMASYAZA♥ said...

yup btol, kalo jumpa kwn2 lama mmg rasa sronok sgt

susumanis said...

salam hanis, x sabar nak tunggu dunia kecik utk kita berdua so leh jumpa in psn soon, insyaAllah :))

Mak Wardah said...

Hanis, kalau akak jumpa Hanis akak boleh kenal kot...Buku baru dah publish...buyer dah ready sebab dia dah ada dulu...

Unknown said...

kalo jumpa member lama2..memang menjerit x igt dunia..haha..lupa org sekeliling..keke

pollow sini..;)

Dinas Aldi said...

Bila dah kerap terjumpa tanpa dirancang, memang rasa kecik ja dunia ni kan :)

Mohamad Fathi said...

wohaa.. ketam tu sedap... tapi ti x leh mkn.. sbb kalau mkn.. jadi gatal2.. uhuhu.. lidah akan gatal.. huhhu

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Kecil sungguh dunia nikan... Sebab tu kita kena bebuat baik dgn semua orang sb kita pun tak tahu akan dtg kita jumpa mcmana pula nnt betul tak? ;))

Moga berpeluang jumpa kak Fea satu hari nnt manatau terserempak dimana2 :))

azieazah said...

Ahamdulillah, ramai sungguh mengenali dan dikenali tanpa di duga, kan?

Baguslah, mana la tahu sesat kat mana-mana ada lak orang yang boleh diminta tolong, kan?

Btw, BTHO tu pun tempat lepak Kak Azie jugak tu. Kawan baik famili Kak Azie dok situ.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...