Thursday, October 18, 2012

Wang akhirat..

Assalamualaikum..

Pada setiap  pagi sabtu, ada kelas agama di surau kawasan rumahku. Di sana kami  dapat  mendalami  lagi  ilmu  agama  seperti ilmu tajwid, tauhid, feqah dan ilmu lain  berkaitan  agama.  Seronok  dapat belajar dan menambah ilmu. Ustaz  dan  ustazah  yang  datang  mengajar  semuanya   bagus-bagus.  Tapi bilangan  yang  datang  belajar  pada  setiap   minggu   tidaklah  seramai mana. Paling   ramai   pun  dalam  30   orang kut.  Kadang  tu  cuma berbelas orang saja.  Tapi Alhamdulillah  kelas tetap berjalan dan berterusan juga. Setiap  minggu  begitulah  keadaannya. Terasa sayang bila  kelas yang baik sebegitu   seperti   tidak  mendapat  sambutan. Tapi   aku sendiri pun bukan setiap minggu dapat meluangkan masa. Bila sibuk dengan hal dunia, kelas tu memang  tertinggal  dan  tidak dapat nak  ikut serta. Rasa sedih tapi itulah, tak dapat nak pergi juga. Kadang tu bila dah lama tak pergi terasa segan juga nak datang kembali. Tapi bila fikirkan ilmu, rasa segan tu aku cuba tolak tepi. Kiranya bila ada masa dan kelapangan memang paksa diri untuk pergi. Ustaz Don Danial pun sebelum  ni  ada mengajar di surau kami sebelum ada program di tv. Tapi waktu tu  beliau  tidak terkenal  lagi. Mungkin kalau sekarang ni Ustaz Don kembali datang mengajar kami, mahu penuh surau itu. Bukanlah nak kata apa, tapi rasanya bila orang terkenal yang mengajar, tarikan untuk datang belajar tu mungkin lebih kuat lagi. Walaupun ustaz  dan ustazah lain yang datang mengajar tak kurang juga hebatnya dalam menyampaikan ilmu. Sebenarnya hari ini aku nak berkongsi tentang apa yang aku perolehi dari kelas agama yang aku ikuti. Tapi dah bercerita tentang hal lain pulak dulu. Walau apa pun, semoga rahmat ALLAH sentiasa ada buat semua ustaz dan ustazah yang menyampaikan dan berkongsi ilmu.

Selalunya sebelum kita ke luar negara, pastinya kita akan menukar wang ringgit kita ke matawang asing. Kita akan tukar wang kita ke  matawang khusus negara yang ingin kita lawati sebagai persiapan perbelanjaan kita ketika di sana. Selalunya kita akan bawa cukup-cukup untuk keperluan kita. Adakalanya kita akan bawa lebih. Tak pernah rasanya kita mahu bawa kurang dari keperluan kita. Begitulah juga bila kita mahu ke negeri akhirat. Pastikan kita sudah menukar wang kita ke matawang akhirat yakni pahala. Tukarkan sebanyak mungkin sebagai persiapan kita ketika di sana. Ustaz kata, dia sengaja mahu gunakan wang sebagai ganti nama pahala sebab bila gunakan nama wang orang akan lebih sedar akan nilainya. Rasanya semua orang tahu yang sebanyak mana pun wang ringgit yang kita ada di dunia, ianya takkan dapat membantu kita di sana. Hanya pahala kebaikan dan kebajikan kita saja yang dikira dan dapat membantu kita di sana. Jom kita sama-sama kumpul dan tukar sebanyak mungkin wang akhirat agar kita senang ketika di sana nanti. Bila kita ke luar negara, bila kita tidak cukup wang untuk berbelanja, kita tak boleh mengharapkan orang lain membantu kita atau pun kita boleh jamin yang orang lain boleh mengirimkan wang untuk kita. Tak kiralah berapa banyak pun wang yang kita ada dan tinggalkan di tempat asal kita. Begitulah juga bila kita di negeri akhirat. Kita juga tak dapat nak jamin yang waris kita dapat terus mengirimkan wang akhirat yakni pahala untuk kita. Jadinya kita sendiri yang perlu menyediakan wang akhirat kita secukupnya agar bekalan wang akhirat yang kita bawa akan sentiasa cukup untuk keperluan kita di sana. Entah berapa banyak waktu kita yang tinggal untuk mengumpulnya di dunia yang sementara ini. So, jangan tunggu lagi. Marilah kita pulun dari sekarang. Agar kita akan senang dalam kehidupan akhirat  yang lebih panjang dan berkekalan selepas ini, InsyaALLAH.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

15 comments:

Izwa Kamaruddin said...

suka entry ni kak :)

TS said...

thanks for sharing kak..
betul jgk tu...kite duk mengumpul duit tuk g melancong..dan dlm pada masa yg sama kenapa tidak kita kumpul pahala untuk bertemuNya..

Unknown said...

kumpul duit utk diinfakkan ke jalan Allah pun jadi bekalan akhirat.. insya allah..

♥MAMASYAZA♥ said...

betul apa yg fea cakap tu. kalau kat taman perumahan akak, lepas maghrib mesti ada kuliah agama, memang ramai. Dari umah akak pun boleh dengar sebijik2 apa ustaz tu cakap. sama-samalah kita kumpul saham utk bekalan akhirat

Unknown said...

Salam,

Bagus entri ini ... ada pengajaran utk LF. Kat rumah LF (Musollah Ehsan), ada kelas pengajaran ... butirannya di blog LF. Terbuka kepada semua. Jemaah kelas, ada yang dari Shah Alam, Subang Jaya dan Gombak. Jemputlah datang bersama keluarga.

ummiross said...

Cantik sekali n3 ni Hanis..moga menjadi pedoman kita bersama untuk mengumpul saham akhirat.

Seronoknya dapat menghadiri majlis ilmu kan.Kat taman ummi ni pun ada buat tazkirah, 2 miggu sekali hari Ahad,buat kat rumah ustazah je,seronok sangat dapat hadir dan berkenalan walaupun tak ramai.

MulutPayau said...

suka ntry ni...terima kasih atas prkongsian....

Kak Amy said...

Perkongsian yang menarik moga menjadi pedoman pada kita bersama..

apdm said...

salam..

peringatan yang bagus..

mula-mula memang kita sedikit liat nak pergi, tapi bila sudah biasanya kaki jadi ringan....

tapi bila lama x pergi mmg rasa malu kalau nak pergi balik...syira pun macam tu kak ;(..

Qhaifa Nur said...

harta byk pun x berguna jika tiada amalan baik yg dibuat...

ieja amieja said...

time kasih hanis atas peringatan tuh...kita seringkali terleka dgn hal2 dunia sehingga hmpr lupa bekalan wang utk kesana..
tmpt ieja plk setiap selasa ada penceramah dr luar yg dtg lps solat maghrib..tu pun selalu missed

Dr K said...

semalam kat radio Ikim slot Bicara Muamalat ada berbicara tentang WAQAF TUNAI...wakaf sebegini boleh kita umpamakan macam ASB akhirat :)

JunAina said...

Aina pun leka sangat dengan tuntutan dunia...selalu sgt tinggalkan majlis ilmu. Kadang2 terasa malu pada diri sendiri.

mummY daniSha said...

sejak akhir2 ni terasa iman sgtla tipiss di dada....sibuk sgt dgn dunia agaknyaa...

Nini D.. said...

terima kasih atas perkongsian ilmu ni kak :)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...