Nuffnang

Monday, October 8, 2012

TAMAT juga akhirnya..

Assalamualaikum..

Hari ni berkongsi rahsia hati. Macam kan selalu tu tak berkongsi pulak kan? he..he.. Setelah setahun berapa bulan entah aku dok pening kepala olah jalan cerita, susun kata-kata, tersenyum sorang-sorang, emo pun sorang-sorang, siap naik jerawat bagai akhirnya siap juga manuskrip ke-2. Dari awal minggu aku dah target nak siapkan juga manuskrip aku. Taknak tangguh-tangguh lagi sebab sikit sangat lagi nak dihabiskan. Memang setiap malam aku mengigihkan diri. Perah otak, create babak, create dialog dan lain-lain akhirnya pukul 1.47 pagi hari ahad tu, aku berjaya taip TAMAT. Alhamdulillah. Rasa syukur sangat-sangat.

Pagi sabtu tu aku bangun pukul 4 pagi. Sambung menulis lagi. Bila nak mulakan bab terakhir, tiba-tiba aku rasa macam sedih dan berdebar-debar. Serius aku rasa semacam. Sebab selama ni separuh jiwaku ada di dalamnya (ececeh.. tapi itulah hakikatnya). Bila sampai di penghujungnya memang aku rasa lain macam. Terus update kat FB. Kata-kata sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan memang menaikkan semangat aku. Yang sudi like pun dah buatkan aku rasa rasa bersemangat juga. Terima kasih you all. Walaupun aku sibuk sikit hari sabtu tu, tapi gigih dan bersemangat juga nak siapkan. Sampai ke pagi aku ngadap lappy lagi. Sehinggalah dapat taip TAMAT. Rasa sangat puas bila aku berjaya juga menyiapkannya. Sampaikan hari ahad tu aku rasa flat sungguh.

Malam tadi dalam perjalanan balik dari rumah mertua kami borak-borak anak beranak cerita pasal tajuk novel. Is cadangkan suruh letak tajuk  sebakul bunga mawar he..he.. Tapi aku dah ada tajuk sendiri. Minggu ni aku nak baca semula, semak ejaan dan lain-lain sebelum print out dan hantar ke Buku Prima. Harap-harap ada rezeki untuk diterbitkan nanti, insyaALLAH.  Doa-doakan ya.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

19 comments:

Fazlinil Irma said...

alhamdulillah.. harapnya novel kedua ni dpt TT penulis.. :)

Puan Ira said...

semoga berjaya

susumanis said...

tahniah hanis..nanti akak beli kalau novel dah keluar ya

:: Mrs.Eady :: said...

tak sabar nak beli :)

NM02 said...

insyaAllah kak. saya tahu akak pasti boleh.

Irfa said...

okey..dah siap cetak nanti pos kt saya satu tau,siap signature ye kak fea

Kakzakie said...

Kakak percaya Hanis boleh. Tahniah dulu dari kakak - tak lama lagi terbitlah novel ke dua ini.

Nens Collection said...

wahh..cayok2!..semoga jd best seller!

saniah said...

InsyaAllah....:-) akak pasti memiliki nya ..tak sabar ni :-D

.: iEyLa :. said...

alhamdulillah..xsbar nk tggu..hihi

-Sara- said...

2nd production kak? best! :)

♥MAMASYAZA♥ said...

alhamdullillah dah tamat pun. tak sabar nak tunggu novel ke2 fea. mesti lagik best nii

izzah said...

Salam kenal...
Tahniah...dah release novel nnti bgtau yek...nk baca jgk..:-)

Izan Ishak said...

tahniah kak fea... moga2 novel ke-2 ni bakal diterbitkan ye~

Huda said...

Seronoknya jadi penulis kak..moga terus sukses yeaa

Suara Kalbu said...

Tahniah Kak Hanis, akhirnya siap juga..

Good luck Kak Hanis

azieazah said...

Alhamdulillah. Tumpang terharu. Kak Azie harap Kak azie jadi orang terawal dapatkan novel ke 2 Hanis tu nanti. Nak autograf spesel tau...!

munna said...

alhamdulillah.... tak sabar nak tgk hasilnya

Mak Wardah said...

Good news untuk Wardah...