Thursday, October 4, 2012

Ratu jimat cermat...

Assalamualaikum...

Kalau bercakap pasal berjimat cermat, rasanya akulah ratunya kalau dalam adik beradik. Dengan en.asben pun aku menang lagi. Sebab utamanya adalah kerana aku bukan kaki branded kut. Apa yang nampak cantik di mataku, dengan harga yang aku rasa berpatutan, itulah yang akan jadi jenama pilihan hatiku. Aku pun bukan jenis yang  ikut trend dan kaki shopping sangat. Kalau rasa tak perlu memang aku tak beli. Tapi kadang tu terbeli juga benda yang tak perlu. Maklumlah dah namanya ada nafsu. Dalam bertahan, kadang-kadang kecundang juga. Dulu-dulu time adik aku dah pakai jeans levi's bagai, aku selamba aje pakai jeans bum atau giordano aje. Sayang duit nak beli seluar mahal-mahal. Beli beg Carlo Rino masa hantaran pun dah rasa gempak habis. Waktu adik aku beli Coach, barulah aku tahu pasal beg branded-branded ni. Waktu tu aku rasa macam dia membazir gila beli beg  harga sampai cecah ribu. Ada kawan-kawan yang kaki branded pun tak influence aku untuk terikut sama. Tak rasa down pun bila join mereka. Punyalah kepala ni asyik fikir nak berjimat cermat. Taknak papa asal bergaya. Sebelum kahwin, setiap bulan aku boleh simpan separuh dari duit gajiku. Bayangkan betapa berjimat cermatnya aku. Lepas kahwin, sebab banyak komitmen aku masih boleh juga menyimpan. Tapi tidaklah sampai separuh gaji lagi macam dulu.

Tapi Alhamdulillah, dengan berjimat cermatlah aku dapat apa yang aku nak. Maklumlah, aku bukan orang senang. Semua benda kena cari sendiri. Aku memang target nak ada rumah sendiri bersama en.asben sebelum umurku 30 tahun.   Nak pakai kereta baru yang bukan second hand. (Waktu tu nak beli kereta baru bukan macam sekarang ni. Bayar 1K pun dah boleh keluar kereta. Paling-paling kena keluar 10k juga baru dapat merasa pakai kereta baru). Alhamdulillah, waktu aku berumur 25 tahun, kami  dah dapat beli rumah sendiri sebab ada duit nak bayar duit muka rumah yang 10% tu. Dapat merasa pakai kereta yang ada bau kedai. Semuanya berkat berjimat cermat. Taklah kata sebab berjimat cermat duit simpanan aku dah menimbun. Kami dah jadi kaya raya dan banyak harta sekarang ni. Tak ya. Sebab gaji aku bukannya besar. Banyak menumpang gaji en.asben aje pun. Tapi bab menguruskan wang keluarga memang en.asben serahkan bulat-bulat padaku. Hasilnya, bila aku urus secara baik pendapatan kami, en.asben dapat sambung buat master dengan duit sendiri. Tanpa perlu buat pinjaman atau mohon biasiswa.

Sebab berjimat cermat juga, kami (en.asben pun dah terlibat sekali lepas kahwin denganku he..he) dapat beli semua barangan rumah tanpa berhutang. Semuanya kami beli cash. Sampai sekarang ni pun aku tak pandai nak berhutang. Kalau nak beli apa-apa keluar duit simpanan aje.  Tak cukup duit berangan dulu he..he.. Meminjam duit orang, Alhamdulillah, rasanya tak pernah juga. Pada aku, kita tak perlu jadi hamba hutang kalau kita pandai menguruskan wang. Kalau kita tak kisah nak berjimat cermat membelanjakan wang kita. Juga bila berbelanja mengikut kemampuan.  Kami memang combine semua pendapatan kami. Takde istilah duit kau atau duit aku. Kalau simpan pun sama banyak. Tapi untuk bonus atau insentif aku buat macam ni. Kalau bonus en.asben, 50% masuk akaun dia. 20% akaun aku. 10% masuk akaun anak-anak setiap seorang. Kalau bonus tu bonus aku 50% akaun aku. 20% akaun dia. Selebihnya untuk tabungan anak-anak Begitulah cara aku menyimpan untuk pendapatan tambahan yang kami perolehi. Biar adil dan sama-sama dapat rasa.

Berjimat cermat bukan bermakna kedekut ya.  Tapi berbelanja secara berhemah. Apa yang perlu tetap jadi keperluan untuk kita. Tanggungjawab harus dapat kita tunaikan. Macam pemberian pada orang tua, zakat dan bersedekah tak boleh tolak tepi. (Petua untuk murah rezeki juga ni). Teringat lagi cerita tentang bosku dulu (chinesse guy). Ibunya pun tinggal sekali bersama mereka. So kami macam ada persamaan. Ada sekali tu dia bertanya padaku. You bagi your mum duit tak walaupun dia tinggal sekali dengan you. Aku cakap aku bagi. Sebab ianya menjadi tanggungjawabku sebab emak takde pendapatan. You bagi berapa ya? Soalnya. Aku pun cakaplah jumlah yang aku berikan pada emak pada setiap bulan menggunakan duit gajiku sendiri. (Alhamdulillah sampai sekarang masih belum pernah terlepas walaupun sebulan). Dia siap cakap, malunya I dengan you. Sebab dia yang berjawatan manager, gajinya tentulah berganda-ganda dari gaji ciputku. Tapi dia bagi kurang seratus dari jumlah yang aku berikan pada emak setiap bulan. Aku rasa semua itu berkat aku tak kisah nak berjimat cermat juga.

Kenapa aku nak cerita semua ni ya? Tadi pagi bila dengar radio IKIM, adalah ustaz tu menyebut tentang cara kita mengendalikan kehidupan kita, patut kita ceritakan dan kongsikan pada anak-anak kita. Anak-anak aku memang baca blog aku juga. Untuk bercerita secara direct kepada mereka aku memang tak berapa reti. Jadinya melalui medium ini, bolehlah aku kongsikan cara aku menguruskan kewangan kepada anak-anakku. Alhamdulillah, walaupun kami tidak sesenang mana sekarang ini, anak-anak aku memang tak pernah merasa susah. Jadinya, aku mahu mereka tahu tentang keperluan menguruskan wang dengan baik. Juga kepentingan untuk berjimat cermat. Bukan senang nak senang, sayang. Bukan susah untuk susah juga. Semoga rahmat dan keberkatan Allah sentiasa ada untuk kita semua.

Salam hormat untuk semua. Take care.

20 comments:

TS said...

Ya Allah...pandainya akk berjimat...
malu saye sbg yg single xberkahwin lg ni susahnye nk simpan separuh gaji..
tp alhamdulillah..saving tetap ade tiap2 bln...

NM02 said...

kak, mehnak bisik skit




....saya boros giler2, tak dapat nak ubah dah. adoila... sedih kan.. hehehe

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..suka sgt enrty akak ni..sb izwa pun dlm kategori penjimat tapi sekali membeli beli yg mahal dan berkualiti utk beberapa tempoh tak membeli...gitu...

alhamdulillah semoga peringatan akak utk semua ini dpt memberi pengajaran pada izwa dan yg lain..

susumanis said...

Tabik spring kat hanis...akak ni boros dik, tapi sedekah/zakat insyaAllah x lupa sbb tu rasanya yag kuar selalu datang balik berganda ganda so no worries.. :))

Izan Ishak said...

izan pun suka entry kak fea pagi ni! sebabnya izan pun kalau boleh nak jadi org yg jimat cermat cam akak tapi kalau dah ada duit kat tgn rasanya semua nak beli. pasal brg2 tu asalkan cantik n selesa sambar aje walaupun murah...

Dr K said...

Hidup kalau nak puas hati org, tu yg jadi 'biar papa asalkan bergaya'...:P

Moga2 anak akak baca & hayati entri ini..Saya pun nak buat surat macam ni la kat anak anak saya nanti..hihihi

atuk said...

Assalamualaikum Hanis


Alhamdulillah
banyak kelebihan berjimat ni...

sud@is said...

hebatnya Hanis....nak belaajar jimat cermat dr dulu tp cam tu gak...

nazayiena said...

Memang byk kebaikan berjimat cermat nie,tp nak kena diri sendiri pandai menguruskan kewangan nie.

Eye_nee said...

Pandai kamu bahagi2kan pendapatan kamu yer sis....simpanan kamu..simpanan anak2...pemberian pd mak...respek dgn kamu ni..

Unknown said...

respek dengan akak..saya pun nak buat macam akak..ajar anak2 berjimat cermat..

qemaishak said...

Qema ni nak kata jimat tak juaga tapi adalah untuk simpanan, nafsu nak membeli tu ada je tambah2 online huhu
harap dapat jimat cermat cam akak juga:)

qemaishak said...

opsss lupa, qema dah masuk no.tel owner pemanggang tu, kalau akak nak terus call dia senang nak berurusan:)

Unknown said...

saya agak boros jgak..tp kene pastikan bahagian anak2 dh spend awal2..kalo x haru lah..huhu

Unknown said...

bagus jugak idea akak. hihi buleh follow laa cenggitu. ;)

ummiross said...

Ummi setuju sangat2, pada ummi pengurusan kewangan sangat penting, jika betul caranya, kita dapat menikmati hidup yang selesa. Mengurus, menyimpan, menderma,/ memberi, berbelanja secara berhemah, insyaAllah petua agar tidak dihimpit masalah kewangan. Alhamdulillah, Hanis berjaya melakukannya.

JunAina said...

Kalau bab macam ni Aina memang kalah sikit, tak kejar brand pun tapi bila ada yang minta memang tak lokek terus beri (dah rezeki org agaknya).

Insyaallah nak didik diri jadi cam tu jugaklah.

saniah said...

Mmg berkat hidup kita klau selalu bersedekah...akak ada terbaca yg nafkah yg diberi oleh suami pd tanggungan nya tu..Allah beri pahala bersedekah pd dia...masyaAllah..mcm tu jgak rasanya pahala fea dpt bila beri pd mak..akak pun nk share kisah fea pd anak2 akak ya..:-)

TiranaAduka said...

salam hanis
Amalan yg baik..leh di jadikan contoh

Anonymous said...

berjimat bagi yang ada..yang cukup2 dan tak ada mcm mana nak berjimat

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...