Nuffnang

Wednesday, October 10, 2012

Tentang rezeki...

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak kongsikan perkara tentang pengertian rezeki yang aku dengar di radio IKIM petang kelmarin sebagai ingatan buat diriku juga untuk perkongsian kita bersama.

Pengertian rezeki itu luas. Bila kita memandang pengertiannya yang luas, kita akan serta merta merasa yang begitu banyak rezeki yang kita perolehi. Bila kita  sempitkan pengertian rezeki maka akan sempitlah juga rezeki kita. Rezeki bukan sekadar wang ringgit dan harta yang kita perolehi. Kesihatan itu rezeki. Anak itu rezeki. Ilmu itu rezeki. Teringat untuk berzikir itu rezeki. Dapat teman yang baik itu rezeki. Tetamu itu rezeki. Idea itu rezeki.

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..

Semalam dan hari ini pergi kursus. So.. kita update laju-laju..

Salam hormat untuk semua. Take care..

23 comments:

Huda said...

Terima kasih Tuhan atas rezeki yang diberikan..Syukur!

sisdee said...

semua yang baik adalah rezeki dari Allah..mmg wajib bsyukur tiap detik dan saat...

Kakzakie said...

Kakak pun dengar juga slot ini Hanis. Bila menghayati terlalu banyak rezeki yg Allah berikan pada kita.

Rai Ourkizuna said...

tu la kak..kadang2 kita ni tak bersyukur dengan nikmat yg allah bagi..

Qhaifa Nur said...

mmg luas rezeki buat kita....

JunAina said...

Rezeki dari pelbagai sudut...alhamdulillah...

faraherda.razalan said...

Sy msh belum ada rezeki utk anak no.2. Huhuhuhu....

Suara Kalbu said...

Setuju sangat dengan akak tu. Rezeki datang dengan pelbagai bentuk dan cara.

Nens Collection said...

betul2!..nikmat rezeki kesihatan bg nens yg paling utama..;)

KuNanGKuNanG said...

bersyukur dgn rezki kurniaan Allah..:)

Daddy Ziyyad said...

betul tu..saya dgr juga slot Ust Pahrol tu...kalau kita ubah perspesi kita ttg makna rezeki, nescaya kita semua automatik jadi 'jutawan' :)

Irfa said...

ye setuju..kesihatan juga rezki

susumanis said...

salam hanis, nak menitis airmata baca n3 ni, mmg sgt betul, bukan duit je rezeki, semua nikmat adalah rezeki dari Allah swt yang maha pemurah, yg paling org take for granted rezeki sihat walafiat, cer g hospital tgk org sakit, sure insaf n rasa nikmat sangat kita diberi rezeki sihat..alhamdulillah ya Rabb :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

anak yg sihat itu rezeki..suami yg baik itu rezeki..apa2 je yg kita rs nikmat adalah rezeki..cuma kengkadang kita terlalai utk mensyukurinya


selamat berkursus kak :))

mummY daniSha said...

banyak sungguh nikmat ALLAH pada kita..cukup sifat,kesihatan..x terhitung nikmat ALLAH kan..

azieazah said...

Mensyukuri nikmat rezeki yang diberi selama ini, tidak kira dalam apa bentuk sekali pun.

~ yus ~ said...

Alhamdulillah. Sesungguhnya banyak betul limpahan rezeki yang Allah kurniakan buat kita. Moga kita menjadi orang yang tahu bersyukur.

Alin Marlini said...

bersyukur selalu

Cikgu Ma said...

betul tu..rezeki itu bukan sj makan, harta atau jodoh...semua bnda yg menjadi kebaikan kita adalah rezeki...^_^

munna said...

alhamdulillah.... semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki

ieja amieja said...

setuju..ujianNYA jg satu rezeki buat mereka yg tahu bersyukur..

- G C - said...

orang kita biasa nampak duit ringgit tu sebagai rezeki. hmmm

Eye_nee said...

Selalunya apa yg terlintas dikepala bilabercerita ttg rezeki...adalah duit dan kesenangan kehidupan...yg lain seolah terlupa...Subhanallah....byk sgt kan sis rezeki yg Allah kurniakan buat kita....