Assalamualaikum...
Alhamdulillah, petang semalam dah selamat sampai ke rumah setelah 4 hari dihantar bertugas ke Sabah. Aku dan ketuaku ke pejabat cawangan Sabah di Kota Kinabalu pada hari jumaat lepas. Ada sedikit pesiapan yang perlu disiapkan di cawangan KK sebelum kami ke Kudat pada keesokkan harinya untuk program yang diadakan di sana. Sebelum pergi aku ada PM sahabat blogku yang cantik manis Lulu Caldina beritahu yang aku nak ke KK dan Kudat. Ingatkan macam Tawau dan KK atau Kudat tu dekat. Sekali Lulu kata 12 jam perjalanan darat kalau dari Tawau ke KK. (He..he.. punyalah tak peka tentang kedudukan daerah di Sabah). Nampaknya memang takde harapanlah untuk kami berjumpa hu..hu..
Apa yang bestnya di Kota Kinabalu? Hmm.. untuk aku yang kaki makan ni memang makanan lautnyalah yang paling best. Sampai sekarang teringat-ingatkan lobster, udang galah, udang biasa, kerang dalus, sotongnya dan makanan laut lain yang segar-segar tu. SUBHANALLAH, sedap dengan harga yang bagi aku murah dan berpatutan. Kami makan di gerai-gerai makan bersebelahan dengan pasar Philiphines. Katanya tempat makan itu hanya dibuka pada waktu malam. Sebelah siang tempat itu dijadikan tempat parking. Memang banyak gerai di situ. Ikan bilis, udang kering dan ikan keringnya pun buatkan aku geram juga. Adalah membeli sikit untuk keluarga dan kawan-kawan. Itu sajalah tentang KK yang boleh aku ceritakan. Sebab pergi sekejap atas urusan kerja. Jadinya cuma singgah mana yang sempat dalam waktu yang singkat ke tempat-tempat yang berdekatan dengan hotel penginapan saja sebelum berangkat ke Kudat dan kembali semula ke KL.
Apa yang bestnya di Kudat? Lulu kata Kudat terletak di tanduk Sabah kalau kita lihat di dalam peta. Lulu kata di sana ada satu tempat yang cantik namanya Simpang Mengayau. Kalau Lulu tak cerita memang aku tak tahu apa-apa tentang Kudat dan tempat tu. Ketika di Simpang Mengayau, Kudat barulah aku tahu tentang Tips of Borneo. Disitulah terletaknya tanduk Sabah seperti dalam peta. Di tips of Borneo itu juga tempat pertembungan dua lautan iaitu Laut Sulu dan Laut China selatan. Memang cantik tempatnya. Kami sempat singgah sekejap di sana sebab untuk ke bandar Kudat memang menempuh kawasan Simpang Mengayau terlebih dahulu. Malam itu kami bermalam di hotel sekitar Kota Marudu bila hotel di Kudat semuanya penuh sebab ada program besar di sana. (Satu jam juga perjalanan dari Kota Marudu ke Kudat). Jadinya malam itu selepas menyiapkan tugas di Kudat, sampai hotel semula di Kota Marudu sudah pukul 11 malam. Pagi tu pukul 5 dah bangun untuk solat dan bersiap. Pukul 6 pagi dah bertolak ke Kudat semula.
Alhamdulillah program di Kudat berjalan dengan lancar. Terima kasih pada team cawangan Sabah yang banyak membantu. Lewat petang kami terpaksa balik semula ke KK sebab hotel di Kudat masih penuh. Balik KK sempatlah lagi makan seafoodnya sekali lagi. Itulah cerita aku di Kota Kinabalu, Tips of Borneo dan Kudat. Saja kongsi-kongsi cerita selepas hampir seminggu tak sempat nak update apa-apa.
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.
17 comments:
Tiba2 kakcik rasa rindu dengan Sabah. :)
bestnya gi sabah kak..saya pernah singgah je sbb kapal singgah sabah utk tukar flight..hehehe...
wah macam best je sis, saya masih belum berkesempatan ke sana...
wahhhhhh.... saya nama jer org sabah... tp kudat tak jejak lagi... kekeke...
tak sabar nak balik kampung raya haji ni... rindu sama kk bah...
waa bestnya sampai ke Tips of Borneo.
Murah2 kan hanis seafood kat Sabah, memang puas makan. Baca n3 Hanis ni, dah kecur air liur, teringat2lah pulak keenakannya, hehe..
Tahun lepas gi Sabah makan2 sebelah Pasar Pilipina gak...best makan kepak ayamnya.
Rindu dgn sabah jugak :)
seronoknyer..blom sampai kesana lagik..;)
Fuhh bestlah! Akak tak sampai lagi Sabah, huhuuu..
teamwork sy pun ada ke kudat sabah. jelajah janji ditepati :)
wah..kalau nak seafood lagi best and fresh kat semporna la. :) huhuhu...
As salam Kak Fea,
Dah dua kali ke KK, puas jalan2 kat sana? Beli pearl x? hehehee... Next year pun kami ingat nak ke sana lagi... sb kakak hubby tinggal di sana :) Mmg seafood heaven kan... masih terbayang2 lagi kesedapannya tu... Tips of Borneo pun kami dah sampai tp mmg mencabar perjalanan nak ke sana tu... Panas terik pulak tu... Kenangan bercuti last year bersama family sblm bertolak ke Peru... Rindunye nak berkumpul dgn family ...huhuu
belum pernah ke sana, nak tunggu gmbr sis
harap sangat dapat tgk gambar. ada ambil tak.. risau juga ntah dapat tgk kecantikkan mengayau tak, sbb masa kak fea pergi tu dah mula gelap kan..
izan pun blm pernah sampai sana kak... ohhh... lulu kat tawau rupanya~
will going soon
Wasp dudes! Awesome stuff keep it up.
Relationship with KK Select
Post a Comment