Assalamualaikum..
Salam jumaat yang penuh barakah.
Hari ni nak update sikit cerita pasal rollerblade yang dibeli untuk Han ahad lepas. Memanglah belikan rollerblade tu untuk Han sebab dia yang request. Tapi digunapakai oleh 3 beradik sekali. Hari isnin tu dia orang main-main jatuh. Paut dinding, paut almari, paut kerusi, paut mama, paut ayah nak elak dari jatuh. Hari selasa mamanya google cara nak main rollerblade dengan betul. Kemudian share dengan anak-anak. Hari rabu dah ada peningkatan sebab guna cara yang mama beritahu. (Mamanya beria aje google cara main. Bila nak apply untuk diri sendiri tak menjadi juga sebabnya tak yakin dan takut-takut. So memang sampai sudah dapat tengok anak main dengan perasaan teringin nak main jugak he..he..).
Semalam, semuanya dah boleh main rollerblade. Terperanjat aku. Cepat betul. Mana tidaknya, beberapa hari ni dari ruang tamu sampai dapur dah jadi port praktis dia orang. Siap pusing dalam bilik nenek sekali. Walaupun masih tak cukup mahir, tapi semuanya dah boleh imbang badan dan boleh bergerak dengan baik tanpa jatuh dan berpaut. Ingatkan sebulan dua baru boleh mahir. Rupanya dua, tiga hari aje dah boleh main semuanya. Bab main kan, cepat aje terer sebab rajin praktis. Cuba bab belajar, slow and steady sokmo. Bila dah mahir takkan nak kongsi-kongsi main lagi kan. Nampaknya terpaksalah beli lagi 2 rollerblade tu. Hmm... 159.90 x 2.. Tambah knee pad, elbow pad bagai. Hmm.. tunggu cukup bulanlah ya. Sekarang ni kita stick to sharing is caring dulu he..he..
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.
13 comments:
haha..btul la tu..budak2 klau bab main cargasssss
SHARING IS LOVING but not sharing husband..kekekeke...
mahalnya... hehehe
hehe..tentu meriah jadinya dalam rumah. Budak-budak memang cepat belajar apa yang diminati, takpe itu pun kira exercise juga kan, badan sihat, minda pun cergas.
salam hanis, wah peh ni anak anak kalau nk g ice skating pun senang sbb dah pandai kan, hanis pun blaja la gan hubby, romantic ice skating together gether, hik hik
baguskan rollerblade ni...
anak2 boleh imbangkan badan.....
jatuh tuh yg risau pulak he..he..
cubalah kak..mana tahu dapat benjol sebiji kat dahi ;)..gurau je kak fea ye.saya pun takut,badan bukan ringan.tak larat rollerblade tu nak tampung
assalam Hanis..teringin jugak ye..he he..macam acik la..dulu2 bila tengok anak2 main PS2 teringin nak main..mintak anak ajar..tak menjadi jugak he he
Wee cptnya terror, kalau dpt main sm2 3 beradik tu mmg best takpe sabar menanti is dan az
teringat zaman2 kanak2. Siap kumpul duit raya + duit belanjer nak beli kasut tu tp x pandai main
budak2 berlatih dlm rumah ye kak? tiles/mozek umah ok ke tak scratch? hihihi
mesti rumah akak besar kan...siap anak2 main dlm umah je...
Post a Comment