Wednesday, October 31, 2012

Merosot...

Assalamualaikum..

Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Keputusan peperiksaan akhir tahun sudah diterima. Nampaknya sangat merosot pelajaran Is. Tiada kemajuan langsung. Kalau naik pun setakat 2,3 markah dari yang lepas. Dari A dah turun ke B. Yang C terus kekal C. Aduhai.. Tapi sebelum dapat kertas periksa pun aku dah boleh agak sebab dia memang banyak main sekarang ni. Time nak periksa atau time tak periksa sama aje. Asyik tengok tv, main game, main taman. Bila suruh baca buku memang dia yang tidur dulu. Turun naik kelas memang biasa. Darjah empat turun kelas no. 2. Tahun ni naik kelas no. 1 balik. Aku rasa-rasa dengan result dia baru ni memang tahun depan  dia kena turun kelas pulak. Dahlah nak UPSR tahun depan.

Jadinya aku rasa aku yang kena lebih pro-aktif untuk aturkan jadual untuk dia. Kalau dia leka main, aku tak boleh terus leka biarkan aje. Semalam aku dah daftarkan dia ke kelas tuisyen. Hantar tempat Han tuisyen dulu. Jauh sikit pun takpe. Itu pun dia beria nak tuisyen kat tempat kawan-kawan dia. Aku cakap tak boleh. Sebab kalau dengan kawan-kawan memang dia akan banyak main nanti. Cuti sekolah ni aku dah kena pantau aktiviti dia. At least setiap hari kena buat latihan. Tengok tv dan main kena aku hadkan limitnya. Aku bukannya apa, Is ni bukan jenis yang lemah sangat dalam pelajaran. Tapi sebab selalu leka dan banyak main dia jadi gitu. Jadi aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk memperbaiki keadaan itu. Aku selalu cakap kat dia, kalau tak pandai boleh belajar biar jadi pandai. Tapi kalau malas memang tak boleh buat apa selain kena usaha untuk jadi rajin. Bila aku cakap macam tu dia tahu pulak sedih. Tapi sedih kejap ajelah. Bila time main dia leka main jugak.

Is ni ada sikap rendah diri sikit. Jadi aku tak mahulah bila dia ketinggalan dari orang lain dia akan terus rasa rendah diri. Untuk tidak bagi dia ketinggalan dari orang lain aku kena tolong dia sungguh-sungguh. So azam aku di hujung tahun ni dan tahun depan ialah nak pastikan pelajaran Is meningkat semula. Harap-harap aku dapat penuhi azam aku dan pelajaran Is akan meningkat semula. Kalau tidak berjaya sekali pun, setidak-tidaknya aku tidaklah berasa ralat nanti. At least aku dah berusaha.

Salam hormat untuk semua. Take care.

19 comments:

Izwa Kamaruddin said...

insya Allah akak boleh dan is pun boleh :)

Qhaifa Nur said...

samalah dgn aiman/azeem menurun juga..
thn depan kena buat sesuatu, itulah byk main saja......

TS said...

all da best tuk akk and sis....
u can do it kak... :)

Dr K said...

betul tu...ibu bapa pun kena main peranan..pro aktif...tak boleh semata mata nak harapkan cikgu sekolah sahaja...

♥MAMASYAZA♥ said...

sama jugak ngan siratu akak, ada yg merosot ada yg meningkat, yg meningkat tu pun sikit aje. akak pun nak daftar siratu pegi tuisyen. asik nak jadik ratu merajuk ja tak bolehhhhh

JunAina said...

Tahun depan Aina pun sama si pompuan tu akan ambik UPSR juagk. Sekarang ni tengah berdebar tunggu keputusan UPSR abang.

Bagi mak yang bekerja memang masa sangat terhad nak pantau2 anak-anak. Bila balik masa yang sangat terhad perlulah digunakan sebaik mungkin.

Aina belum dapat lagi keputusan periksa anak.

faraherda.razalan said...

Adik sy pun jenis mcm ni. Kejap nek, kejap turun. Tp sy percaya, Is mst boleh dpt full A nxt yr. Chill kak!

PCL said...

harap pcl n mmD jg mcm tu..ada azam utk majukan pelajaran anak2 , anak kita sebaya rupanya..

Eye_nee said...

Gud Luck...pasti boleh sis....

Unknown said...

cepatnya tahu keputusan. Anak2 yus lom dapat tahu apa2 lagi, berdebar gak menunggu ni....:)

Sekolah agama Aqil masih ada 2 paper belum habis. Esok last, kertas tauhid dah sirah...

Memang kita yang kena pantau kan Fea, yus pun cadang nak masukkan Aqil tusyen, maths dia pun dah lemah tu...huhu.

qemaishak said...

Harap usaha akak berbaloi...insyaAllah..

ieja amieja said...

salam ..
sama je ngan ank ieja hanis..iman sekolah petang pun merosot jg..sekadar dpt 6a 2b je..sekolah pagi lak so far ok lg..subjek teras sume A..tp merosot dr segi peratusan dia..thn depan dah drjah 5..UPKK plk..hurmm mmg nak kena pantau aktiviti dorang..

LYAfrina said...

x pela akak... is boleh usaha dgn lebh gigih lagi... gagal hari ini bkn bmakna gagal selamanya..


mummY daniSha said...

insyaallah akak boleh..gud luk =)

Nieda said...

pengalam jiran dpn rumah.
Anak dia , tryer UPSR tak ada A. tapi dlm masa yg singkat boleh dpt 5A.sbb dia sama2 duduk study dgn anak, buatkan nota ringkas tapi respek betul dia tak hantar tuisyen pun.

ummiross said...

InsyaAllah Hanis, Is boleh tu. Biasalah budak lelaki ni kuat main sikit, tapi otak dia orang cepat menangkap.InsyaAllah, moga usaha Hanis membuahkan hasil.Is..Is boleh!!!

azieazah said...

Teruskan segala usaha yang baik itu!

eLL said...

insya allah. adik saya nak exam STPM 19/11 ni, saya yang risau lebih,.

Unknown said...

Kak Fea,

Macam saya ni pun sama, kami pun baru je hantar Iman pg school... masuk ni baru 2 bulan... Kdg2 kita ni letakkan harapan yg terlalu tinggi pd anak2 kita kan... smp kadang2 tu terbanding2 dgn anak2 org lain, which is not good... risau masa depan die sbnrnya... insya'ALLAH kak, Is akan menjadi cemerlang secemerlang anak2 akak yg lain..ameen :)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...