Assalamualaikum..
Semalam Han bawa balik survey dari sekolah. Survey yang memerlukan ibu bapa memberikan jawapan YA atau TIDAK saja. Soalan yang diberikan adalah berkenaan pelajar. Soalan-soalannya adalah seperti berikut : (Mengikut ayat aku sendiri)
1. Adakah anak anda menunaikan solat 5 waktu dalam sehari?
2. Adakah anak anda menunaikan puasa dengan sempurna di bulan ramadhan?
3. Adakah anak anda bersalaman dan mencium tangan kedua ibu bapanya sebelum ke sekolah?
4. Adakah anak anda berpakaian menutup aurat secara sempurna?
5. Adakah anak anda menggunakan kata-kata yang baik ketika berinteraksi di rumah?
(Rasanya ada lagi 1 atau 2 soalan lagi tapi aku dah terlupa).
Pada aku survey tersebut sangat bagus. Ianya sebagai checklist tanggungjawab buat ibu bapa juga guru untuk memastikan anak-anak dan pelajar memenuhi semua perkara yang wajib bagi setiap umat islam tanpa kompromi juga perlakuan yang baik bagi seorang anak kepada ibu bapanya. (Walaupun tanpa survey ianya memang menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk memastikan perkara tersebut terlaksana sebaiknya). Membesarkan anak memang tidak mudah. Begitu juga dengan tanggungjawab memberi pendidikan ilmu dunia dan akhirat kepada mereka. Semakin anak meningkat umur, semakin sukar tugas mendidik itu. Tanggungjawab ibu bapa dan para guru juga menjadi semakin besar. Dari survey tersebut kita dapat menilai ditahap mana anak-anak kita. Dari situ kita dapat mengenal pasti apa yang perlu diperbaiki dan ditekankan dalam memenuhi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Juga bagi memastikan anak-anak kita memenuhi tanggungjawab mereka. Untuk jawapan yang TIDAK haruslah kita berusaha untuk menjadikan jawapannya YA. Bagi aku, walaupun ianya sekadar penilaian dari manusia, tapi kesannya sangat besar juga kepada penilaian ALLAH untuk diri kita sebagai ibu bapa. Kerana penilaian ALLAH adalah penilaian paling utama yang perlu kita penuhi.
YA ALLAH, bantulah kami agar dapat menjadi ibu bapa yang baik. Semoga kami dapat menunaikan tanggungjawab kami dengan sempurna ke atas amanah yang telah diberikan kepada kami. Amin YA ALLAH.
Salam hormat untuk semua. Take care.
15 comments:
amin ~
Itu baru checklist di sekolah.
Risaunya andai diri ini tak dapat menjadi ibu yang baik dalam erti kata yang dituntut agama...
nak anak jadi baik,kite sbg ibu bapa kene jadi baik dulu kan..dengan persekitaran zaman skang,memang didikan agama sejak kecil tu penting sgt kan
Amin..Amin..moga kita sama dapat menggalas tanggungjawab kan Hanis. Sama2 kita saling mendoakan, insyaAllah.(ps;ummi baru je tulis pasal ni kat blog, ada telepati kita ni hanis, hehe..)
Selamat hari raya Aidil Adha ye Hanis, raya di mana?, ummi balik kampung malam ni, insyaAllah.
teringat checklist tu time sekolah rendah...dulu, rasa berebut nak semua yg superb sbb nk dpt pujian dr ustazah...sekarang...dah besar panjang,lain la niatnya
Ye kak, kat sekolah agama johor ni memang ada satu buku dia bagi, khas untuk cuti sekolah nanti kena isi, lebih kurang mcam tu lah semua soalan2nya..sebagai ibu bapa memang kena jujurlah, mana yang kurang tu kena perbaiki lagi.
>_<
Survey sebegini juga boleh menjadi tazkirah/sindiran buat parents yang tak solat/tak puasa. Bagus survey ni, saya setuju.
Hanis, bijak betul soalan survey tu, kena tunjuk kat anak akak ni...
amin...
Sama-sama lah kita terus berusaha dan berdoa. Doa untuk anak-anak tu penting sangat.
setuju. tugas mendidik anak2 memang sgt mencabar seiring usia dorang membesar ..hope kami juga dapat jadi papa mama yang terbaik utk anak2 kami..
betul kak hanis, mendidik anak ni bkn senang, kesabaran tu perlu....
kdg2 risau gak tgk anak2 zaman skrg yg terlalu bebas...
doakan anak2 kita berada di landasan yang betul.....Amin
akk, bagosnya survey cmtu kan :)
Ingatan dari guru2 buat ibu bapa. Bukankah saling ingat mengingati dituntut di dalam Islam.
Post a Comment