Nuffnang

Friday, October 19, 2012

Di sana menanti, di sini menunggu...

Assalamualaikum...
 
Malam tadi waktu balik dari menghantar anak ke kelas muzik aku dengar lagu di sana menanti di sini menunggu dari kumpulan ukays di radio. Tiba-tiba teringatkan memori lama. Waktu dulu masa mula-mula kerja adalah aku tumpang kereta mamat ni. (Waktu tu tak couple dengan en.asben lagi). Mamat ni kawan kepada kawan aku. So, dari situlah kami kenal. Sebab itu jugalah aku berani nak tumpang kereta dia yang memang setiap hari lalu kat depan rumah aku. Tempat kerja pun bersebelahan. Atas dasar kawan, aku menumpang keretanya bila dia mempelawa dan juga setelah kawan aku memberi jaminan yang kawannya itu baik orangnya.
 
Waktu pertama kali naik kereta dia aku dengar lagu ukays tu. Aku cakaplah yang aku suka dengar lagu tu. Masa tu memang lagu tu tengah hot. Kiranya memang jadi juara cartalah. Lepas pada tu, setiap kali aku naik kereta dia mesti lagu tu yang aku dengar. Terasa macam eh..eh.. lagu ni lagi. Terasa macam, lagu tu lagu untuk aku sebab setiap kali aku naik kereta dia mesti lagu tu dulu yang aku dengar. Aku ingatkan secara kebetulan. Tapi bila kawan aku pecahkan cerita barulah aku tahu. Rupa-rupanya, kawan dia tu memang akan rewind tape ukays tu sampai lagu di sana menanti di sini menunggu bila aku nak naik kereta dia. Sebab dia tahu aku suka. Kira macam teknik nak memikatlah kot. Aduhai...  (Masa tu zaman tape lagi ya).
 
Sejak tu aku dah rasa lain macam. Iyalah, aku nak kawan aje. Takde nak lebih-lebih. Lepas dari tu adalah dia ajak aku keluar. Lagilah aku rasa lain macam sebab dia macam nak ajak serius. Aku dahlah taknak. Lepas beberapa kali aku dok elak-elak dan buat dalih-dalih taknak keluar dengan dia sudahnya entah macam mana kami dah tak berkawan lagi. Aku pun dah tak tumpang kereta dia. Aku pun dah lupa macam mana kita orang boleh terus tak berkawan. Yang lagi best, namanya pun aku dah tak ingat. Punyalah teruk. Tapi itulah, kadang-kadang perkara yang melibatkan perasaan boleh menjejaskan persahabatan. Bila tengok drama tentang kawan yang tak boleh nak terima dan ada hubungan serius, aku selalu tak rasa pelik dan sakit hati. Sebab aku tahu perasaan tu. Perasaan tak boleh nak terima. Bukannya dibuat-buat.
 
Kejap ya aku nak ingat muka kawan aku tu. Hmm... alamak rupa dia pun aku dah tak berapa ingat. Kalau berselisih sekarang ni mesti aku dah tak kenal dia.  Entah-entah dia pun sama he..he.. kalau macam tu bagus juga. Tak perlu lagi nak ingat-ingat. Aku ingat lagu tu aje dah cukup he..he.. di sana menanti di sini menunggu. Best kan lagu tu?
 
Salam hormat untuk semua. Take care.

18 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

citer ex boypren tak jadi ler nie..heheehh

:: Mrs.Eady :: said...

best best :)

Lulu Caldina said...

hehehe..

~ yus ~ said...

senyum baca komen BSB

NM02 said...

eks kapel la ni ye

dwaty said...

alahai... saya pun suka lagu tu kak... bila gi karouk selalu nak nyanyi tp mesti lupa... hehehehe

faraherda.razalan said...

Heee~ Akak teringat kenangan lama? Sy tak suka lagu tu. Mcm panas ati lak dgn lelaki tu. Ceh, di sini menanti, di sana menunggu? Bajet hot? Pegidah...

Sori kak. Sy over lak kat komen box akak ni. Heee~

JunAina said...

Kalau kawan kawan jelah...hati dan perasaan tak leh nak paksa kan Fea.

- G C - said...

sian org tu dah menaruh harapan.. hahahaha

qemaishak said...

Mengimbau kenangan ye kak hihi...memang best pun lagu tu:)

Nazayiena said...

Nurul pun minat dgr lagu nie,betul tu hati dan perasaan manalah boleh nak paksa2kan.

♥ Nana BamBam ♥ said...

kalau nana sakit hati kot teringat kisah lalu..hehehhee :D

Alin Marlini said...

lagu nostalgia tu kak...

mamalieyna said...

hehe.. kenangan mengusik kalbu.. eheh.. kite pun dgr lagu tu semalam, masa naik kereta, terus teringat kenangan lalu jgk, mmg lagu ni boleh mengingatkan kita tntg sesuatu kan.. tmbh2 part perasaan..huu~

Marya Yusof said...

As salam Kak Fea,

Betullah! Kita pun ade the same experience tp xdelah tumpang naik keta sama pg kerja...hiks :p

Macam Marya kalau dah anggap kwn susah doh nak couple @ senang ckp soal yg melibatkan hati & perasaan ni... hehehee... tp kan Marya pernah janji dgn sorang mbr laki ni if tak jadi kawin dgn pasangan masing2 kami nak kawin je... bercinta lepas kawin mcm perjanjian gitu... alasan, sebab dah lama kenal malas dah nak couple2 lama2... hehehe ;)

Bila ingat balik...erk... serammm lah pulok! kihkihkih... sssshhhh... rahsia tau! :p

azieazah said...

Tak sempat pun perasaan tu nak mekar mewangi dah kene reject eh? alahaiii siannya..

Rinna said...

Memang best lagu tuh..kalau teringat zaman dulu2..kan.. :) Kiranya nostalgia menggamit jiwa gitu..

Nini D.. said...

Nini pulak tak boleh dgr lagu "Kenangan Terindah"..
menyampah sgt2 sbb ada kenangan yang tak best!