Assalamualaikum...
Pada pagi hari raya aidiladha, sebelum subuh kami berangkat pulang ke rumah Tok di Taiping. Walaupun jalan tak sesak tapi kereta agak banyak juga di sepanjang highway. Kami singgah di Ipoh untuk solat sunat hari raya. Masjid Kg. Sengat kalau tak silap aku. Ramah-ramah aje makcik-makcik tu menegur sebab perasan agaknya kami ni orang luar. Sampai rumah Tok pukul 10 pagi. Lepas kenyang makan ketupat rendang terus ambil bantal dan sambung tidur. He..he.. masing-masing mengantuk semuanya. Bila pakcik aku datang barulah kita orang bangun. Lepas solat jumaat barulah kita orang pergi menziarah rumah saudara mara. Makan-makan lagi. Best...best..
Esoknya, pagi-pagi juga lagi kami dah bertolak balik. Sebab MIL ada buat korban dan kenduri di kampung kat Sabak Bernam. Singgah kejap kat Ipoh hantar emak aku kat rumah abangnya. Dijamu pulak dengan pulut jagung. First time aku makan. Sedap. Bertambah-tambah anak aku makan. Aku aje segan nak tambah he..he.. Nak ke Sabak Bernam kami ikut jalan lama aje. Lepas Gopeng menghala ke Kampar, anak-anak dah nampak sign Gua Tepurung. Terus request ajak singgah. Aku dengan en.asben yang tak pernah sampai tempat tu pun terus aje approve. Jom kita singgah kejap. Padahal mula-mula tu keluar pagi dari Taiping sebab nak sampai awal kat Sabak Bernam. Tapi boleh jugak singgah tempat lain pulak kan he..he..
Ada banyak pakej tour yang disediakan. Ada wet tour dan dry tour yang boleh dipilih. Tapi untuk pakej basah tu kena datang awal sebelum 12 tengah hari. Kena bawak baju spare juga sebab kena meredah anak sungai nak merangkak dan mengelongsor kat dalam tu. Kita orang ambil pakej yang paling singkat masa perjalanannya. 40 minit pergi balik. Sangat sesuailah untuk orang yang tergesa-gesa dan tak rancang apa-apa. Harga tiket rm6 untuk dewasa dan rm2.50 untuk kanak-kanak untuk pakej tu. Kalau tak silap aku, pakej yang paling mahal pun cuma rm22 aje. Sangat berbaloilah harganya. Sebab tak plan nak masuk gua bagai, dengan wedges aku meredah ke dalam. Stylo tak stylolah aku he..he.. Masuk aje dalam pintu gua terus mulut ni tak berhenti memuji kebesaran ALLAH. Subhanallah... cantik sangat kat dalam tu. Gua yang sudah berusia lebih dari 400 juta tahun. MasyaAllah.. cantik sangat. Pengalaman yang indah buat kami sekeluarga.
Perjalanan dalam satu kumpulan dalam 20~30 orang kut. Ada seorang tour guide yang akan menunjukkan jalan dan memberi penerangan tentang gua tersebut. Kat dalam tu sejuk. Ada lampu kat dalam tu. Tapi tidaklah terang benderang. Kat dinding-dinding batu tu adalah terbentuk imej seperti obor-obor, mata, muka anjing, katak dan beberapa objek lagi. Dengan stalagtit dan stalagmitnya. Ada juga tinggalan aktiviti melombong bijih timah di situ. Laluannya pun nampak teratur. Berpeluh jugalah nak naik tangga kat dalam tu. Tinggi juga untuk sampai ke atas. Tangganya pun agak curam. Aku yang gayat ni seram jugaklah nak pandang anak sungai kat bawah tu. Az lagilah gayat. Sampai berkedut baju aku dia dok pegang. Sudahnya hilang terus gayat aku sebab nak layan gayat dia yang lagi over dari aku. En.asben pun tak kuasa nak layan aku punya gayat he..he.. Sudahnya tak dapat aku nak ambil gambar sebab nak pegang Az. Tapi adalah sikit-sikit yang boleh dikongsi.
Alhamdulillah... kami dah sampai ke Gua Tempurung..
Sebelum masuk ke dalam. Tunggu orang-orang lain yang akan masuk bersama..
Entrance Gua Tempurung..
Kat dalam tu... Sori eh.. tak dapat nak kongsi gambar-gambar yang cantik-cantik kat dalam tu. Ini aje gambar yang ada..
Gelap okey kat dalam tu. Sampai kan tak perasan yang kami dok pose sebelah tong sampah hu..hu.. Tengoklah muka Az yang cuak sebab gayat. Lepas dah turun dan keluar dari gua dia cakap, ma.. kenapa kaki bi mengeletar lagi. Aku gelak aje sebab kaki aku pun sama.. he..he..
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.
19 comments:
best!!
Salam aidiladha kak fea..
Alhamdulillah bestnya beraya,bab2 makan tu yang buat ummi kecur air liur ni Hanis.
Seronok tengok gambar2 Hanis sekeluarga yang ceria, tentu best sangat kan dapat singgah kat Gua Tempurung tu.
Hehe..kalau cerita bab gayat ummi faham sangat, ummi pun gayat terlampau juga,hik!
hehee..kdg2 memang mcm tu kan..bile excited,x perasan posing sebelah tong sampah hehe
hehee..kdg2 memang mcm tu kan..bile excited,x perasan posing sebelah tong sampah hehe
Kaki menggeletar? Tapi berbaloi kan?
sempat tu menyinggah..best`
hehe..sampai menggeletar lutut ye..ihiks..
weee....g berjalan2...
syoknye la kak.. :)
slalu nampak kat hiway je, tak penah singgah pun. mesti bestkan
Hihihih..pengalaman yg berbeza tu..dapat masuk ke dalam gua...saya sendiri tak pernah masuk gua
Akak dah pernah masuk dah Gua Tempurung, panjat tangga naik sampai atas. Pengalaman yg sangat berharga, best! :)
dh penah p sekali cukuplah...hebat..
hari tu masa pergi rumah BIL kat Perak ada lalu kat sini.. tapi tak singgah pun.... nanti klu ke sana nak juga menyinggah ke sini
Hanis,
Comelkan anak2 tu macam mama dia orang jugak...
jalan2 ke Gua Tempurung? menarik tu
Menarik ni. Boleh bawak anak-abak pergi sana nanti. Kat Perlis ada satu tempat macam ni jugak namanya Gua Kelam.
salam kak fea.
tak pernah lg saya ke sana. sebenarnya sy sangat suka masuk ke dalam gua sejak zaman belajar lagi.cantik sgt pemandangan dlm gua kan. bilalah dpt ke gua tempurung pula
sis....saya yg duk kat gopeng ni pun x pernah pi sana....huhu
Pernah lalu..nnt nk msk jugak la..
Baru ada gambar dlm blog Kak Fea! Saya sukalah! Saya pun jenis gayat... kalau akak menggeletar apatah lagi saya agaknye...huhuuu... pernah pergi gua kelam di perlis dulu je, 15 tahun dulu kot...hikhik
Post a Comment