Assalamualaikum.
Inalillahiwainailaihirajiun... Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali. Pagi semalam aku pergi menziarah anak teman ofis lama yang meninggal dunia. Sebak ketika mendengar berita tentang pemergian anak perempuannya yang baru 4 hari berumur setahun akibat demam dan cirit birit. Waktu kami bersalaman dan berpelukan, aku terus tidak dapat menahan airmata dari mengalir. Hanya setahun ALLAH pinjamkan anak saya kepada saya. Ucapnya penuh sebak dan teresak-esak. Jenazah anaknya bagaikan bayi yang sedang tidur. Lebih-lebih lagi bila abangnya yang berumur 4 tahun berbaring dan tidur disebelah jenazah. Semoga sahabatku terus kuat menerima dugaan ini. Mengingati kisahnya aku teringatkan doa Nabi Zakaria yang ustaz ajarkan di surau beberapa minggu sebelum ini.
Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik. (Surah Al-Anbiya ayat 89)
Menurut ustaz, ayat dan doa ini sangat elok diamalkan untuk kita yang mahukan jodoh, zuriat dan waris. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita bersama, insyaAllah.
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.
25 comments:
Innalillah, semoga tenang roh arwah di sana.
Innalillah...
(sedih nyer kak...)
Innalillah...
*kak fea, pagi ni pun izan baru tau berita kematian suami kpd seorg sahabat blogger... blog teratakhami.
sedihnya..tambah2 bila baca Abang dia siap barings ebelah arwah..mesti dia ingat adik dia tido..semoga tenang bidadari di sana..Al Fatihah.. kpd family...semoga tabah & redha hadapi dugaan dariNya.
Aduhai....salam takziah utk si dia. Tak tergambar sedihnya. Sy turut terasa tempias.
takziah buat keluarga tersebut....
moga tabah dgn ujian ini....
salam takziah uat keluarga dan Alfatihah buat yang telah pergi
Innalillah.
Al-fatihah...Syurga jaminan utknya...
terima kasih perkongsiannya...
AL-FATIHAH buat arwah sikecil... syurga pasti untuknya...
salam takziah buat keluarganya. akak penah melaluinya walopun anak akak yg meninggal tu baru lahir, sedih tak terkira
Assalamualaikum Hanis
Al Fatihah
Al-Fatihah, takziah untuk keluarga arwah...
Al Fatihah..
tempatnya dah tentu di syurga.anak kenalan saya kat opis,baru 2 hari dia masuk keje lepas pantang.Allah pinjamkan anaknya 2 bulan je..dahlah lama tunggu utk dapat anak pompuan,sblum tu 3 lelaki.kita cakap mmg mudah yg menghadapinya saja tahu mcm mana perasaan mrk
Semoga Mereka(ibu&ayah) bertabah yer sis...bukan mudah menerima kejutan seperti ini...
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Ummi boleh bayangkan kesedihannya, harap tabah menghadapi. Al Fatihah...
sedihnyer..insyaallah syurga menanti buat si baby..
sedeynyer...berat dugaan dia..insyaallah bayi x de dosa,akan tarik ibunye ke syurga nanti...
Aduuuuhai. Moga Allah tabahkan hati si ibu itu. Allah lebih sayang kan baby istimewa itu.
P/s: tak tertanggung kesedihan kira nya ia berlaku kat aida...
Tumpang simpati. Semoga ibunya tabah dan sabar..
As salam Kak Fea,
Innalillah... Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul... anak itu tentulah sudah syurganya..cuma kita yg masih ada ni beringat2 sentiasa kerana tiada yg kekal dlm dunia ni kan... :'(
Takziah but ayah bondanya... bersabarlah, anakandanya bakal menanti di pintu syurga... amin.
itulah ketentuan dariNYA ..smoga kawan hanis diberi kekuatan
Ya Allah sedihnya sis, al fatihah.
Post a Comment