Nuffnang

Wednesday, August 29, 2012

Saya orang yang curang...

Assalamualaikum..

Pagi ni dalam kereta dengar saluran ERA. Topik pagi JoHaRa ialah mengenai peratusan tinggi wanita Malaysia yang curang tu. Statistik yang rasanya tak perlu dibanggakan. Tapi ada satu pemanggil wanita dengan bangganya membuat pengakuan yang dia memang wanita yang curang. Wah! cukup bangga dan penuh yakin dia mengaku. Siap kata biasalah kalau curang. Yang paling tak tahan ialah alasan dia curang ialah kerana mahu mencari yang terbaik di antara lelaki-lelaki yang dia curangi. Sebab dia mahukan lelaki yang sempurna untuknya. Aduhai.. dengan bersahaja dia berikan alasan sebegitu. Mungkin baginya curang itu bukan satu kekurangan sehinggakan tanpa segan silu memberitahu yang dia mahukan orang yang sempurna buatnya. Semoga dia ketemu dengan orang yang sempurna buatnya. 

Pemikiran setiap orang memang berlainan dari kita. Setiap orang punya alasan untuk melakukan sesuatu perkara mengikut kemahuan diri. Perasan tak yang sekarang ni, cukup ramai yang nampaknya pandai bercakap. Begitu lantang bersuara. Tapi kelantangan yang tidak kena pada tempatnya. Apa gunanya lantang kalau sekadar mahu membuka aib diri. Dalam setiap perkara kita perlulah berpada-pada. Dari kata-kata kita orang boleh menilai siapa kita? Bagaimana dangkalnya pemikiran kita? Tak tahu kenapa, sekarang ini ramai pula yang suka berbangga pada perkara yang tak sepatutnya. Takut sangat andai sikap dan cara sebegitu menjadi trend dan contoh yang akan merosakkan nilai diri anak-anak muda kita.

Salam hormat untuk semua. Take care!

Tuesday, August 28, 2012

Drama Adam dan Hawa...

Assalamualaikum...



Mama, citer Adam dan Hawa dan mula, jerit Han. Aku pun apalagi, terus melanggut depan tv. Bagi peminat novelis Aisya Sofea, tentunya novel Adam dan Hawa sudah tidak asing lagi bagi mereka. Dari novel kini beralih ke drama pula. Novelnya memang best, harap-harap dramanya pun best juga. Malam tadi episod pertamanya di Astro Mustika HD. Akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat khamis pukul 10 malam. Pelakonnya macam kena seperti apa yang aku bayangkan ketika membaca novel tu. So, aku rasa seronok nak menontonnya.

I ada novel ni. Cuba you tengok kat rak buku tu, eksyenku pada en.asben.
I tahu, tapi I tak baca novel tu. Kalau novel Takdir Fitrah Terindah tu I bacalah, en.asben cuba berlaku poyo dalam cubaan membeli jiwaku.. he..he..

Beberapa hari sebelum tu..
Ni you punya pasallah ni.. Menggada nak tukar Astro HD. Kan bil Astro bulan ni dah naik.. bebelku.

Malam tadi..
Nasib baik I tukar Astro HD kan.. Kalau tak, tak dapat you tengok citer Adam dan Hawa ni.. sakat en.asben.

Itulah kisahnya tentang Adam dan Hawa kami. Eh..eh.. tajuk bukan main iya-iya aje macam nak cerita pasal Drama Adam dan Hawa. Tapi bila taip entry banyak pulak bercerita tentang kisah kami kan. Sinopsis pun takde. Nama pelakon pun tak cerita he..he.. Sorry ekk..
Salam hormat buat semua. Have a nice day.

Monday, August 27, 2012

Macam mana boleh jadi gitu???

Assalamualaikum..

Salam syawal buat semua. Raya yang meriah. Suasana yang indah. Kaum keluarga dan sanak saudara yang ramah. Semuanya sangat seronok dan jadi riuh rendah di hari raya kan. Alhamdulillah. Itulah kegembiraan buat kita yang berjaya selepas sebulan berpuasa dan berjuang di bulan Ramadhan. Terima kasih Allah.

Macam mana boleh jadi gitu? Itulah persoalan yang selalu keluar dari mulut kita bila terdengar ada kemalangan berlaku. Bila kena pada diri sendiri, blur juga untuk menjawabnya. Ditakdirkan, pada hari raya ketiga ketika kami nak balik Bangi, kereta kami terlibat dalam kemalangan di susur masuk Shah Alam selepas keluar dari Puncak Alam. Tak tahu macam mana. Tiba-tiba saja kereta boleh berpusing-pusing 3,4 kali dan terseret. Subhanallah.. terasa macam mimpi. Waktu tu aku dengan en.asben tengah borak-borak. Kiranya en.asben bukannya dalam keadaan mengantuk. Aku yang duduk sambil mengadap en.asben memang tak sedar pun waktu kereta dah berpusing kali pertama tu sebab waktu tu en.asben memandu perlahan. Lepas en.asben sebut Allah, Allah sambil mengawal stereng barulah aku perasan kereta tengah berpusing-pusing. Ya Allah, kami sedang terlibat dalam kemalangan rupanya. Sebab tak laju, anak-anak yang kat belakang pun langsung tak jatuh atau tersembam. Jalan memang lengang. Tak langgar apa-apa atau dilanggar oleh kenderaan lain. Kami berandaian mungkin jalan berminyak atau angin pusing atau apa juga yang kami sendiri tidak pasti. Bumper kereta memang teruk depan belakang sebab bergesel dan berlanggar dengan divider. Boot kereta pun kemek sikit. Calar balar sekeliling kereta.

Alhamdulillah, walaupun kereta teruk, tapi kami sekeluarga tak apa-apa. Alhamdulillah tiada kenderaan lain di jalanraya pada waktu itu. Kalau tidak, tak tahulah nasib kami. Terima kasih Ya ALLAH kerana melindungi kami sekeluarga. Rasa sangat bersyukur. Sampaikan Az pun mahu ikut buat sujud syukur juga. Alhamdulillah, kereta yang teruk boleh dibaiki walaupun memakan modal yang besar. Itu semua bukan bandingan pun pada keselamatan kami sekeluarga yang lebih berharga. Semoga ianya menjadi penghapus kepada sedikit dosa-dosa kami. Hari ni kereta masih di bengkel lagi. Pergi kerja terpaksa pinjam kereta mak mertua. Segalanya bagai mimpi. Mungkin bila kejadian seperti ini menimpa orang lain begitu jugalah rasanya. Anak-anak pun kata terasa macam cerita dalam wayang.

AZ : Kereta kita teruk. Banyak ke mama dengan ayah kena bayar nanti?
ME : Banyakkkkk...
AZ : Takpelah, mama ambillah duit raya baby.
ME : Boleh ambil semua ke? (Sengaja nak mengusik dan menguji kemurahan hatinya)
AZ : Boleh. Ambil semua pun takpe.

Tersentuh aku jadinya. Takpelah mama dengan ayah guna duit sendiri aje. Mungkin ada zakat yang kami terkurang bayar. Semoga ianya menjadi pembersih pada rezeki kami, InsyaAllah.

Wednesday, August 15, 2012

Orang memberi kita merasa, kita memberi orang merasa..

Assalamualaikum...

I have been surfing on-line greater than three hours today, yet I never discovered any fascinating article like yours. It's lovely value sufficient for me. Personally, if all site owners and bloggers made just right content as you probably did, the web shall be a lot more useful than ever before.

Dо you minԁ іf Ι quote a couple of your аrticlеs as lοng аs I pгovide сrеdit and sourсеs bаck to уour webpage? My blog ѕitе is in thе еxасt same niсhe as yοurs and my userѕ ωould truly benеfit from a lot of thе information you pгesent here. Plеase let me know if thіs ok with you. Chеегs!

Komen-komen di atas adalah dari anonymous yang pernah singgah di blogku.  To those anon, I appreciate it so much for your comments! Membaca komen-komen dari mereka membuatkan aku berasa sangat berbesar hati. Terasa matlamat untuk menjadi blogger dan berkongsi serba sedikit kisah-kisah peribadi dan keluarga sudah tercapai. Alhamdulillah, bila ada juga nilai baik yang diperolehi dari kisah-kisah biasa diari kehidupanku juga pandangan peribadiku yang tidak seberapa. Sebenarnya, bukan pujian yang diharapkan dalam setiap tulisan. Hanya perkongsian yang mahu dikongsikan bersama. Tapi bila ada yang dapat menerima nilai yang baik darinya, aku rasa sangat seronok untuk terus berkongsi cerita.

Sebenarnya aku mula terpikat dengan blog selepas membaca sebuah blog anak muda lelaki yang sudah tidak aku ingat siapa namanya? Apa URL blognya? Tapi sampai saat ini, cerita simplenya yang mempunyai nilai yang baik masih berada dalam ingatanku. Hanya cerita mengenai dia ke restoran makanan segera pada dinihari kerana lapar. Bila keluar berseorangan, dia jadi pemerhati gelagat orang lain. Kemudian dia melahirkan rasa tidak puas hati bila melihat pengunjung yang meninggalkan meja makan dengan meja yang bersepah. Kerusi yang ditinggalkan berselerak. Sikap tidak baik sebegitu amat mengecewakan bagi dirinya. Pada pandangannya, walaupun di restoran makanan segera yang dibayar cukai, kita juga punya punya tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kekemasan tempat makan. Ini kerana orang luar akan memandang semua itu dan akan menilai sikap kita. Tidak mengapa jika kertas pembalut makanan dan cawan kertas tidak mahu terus di buang ke dalam tong sampah jika rasa itu bukan kerja kita. Tapi cukuplah jika mengumpulnya dengan kemas di meja. Bukan ditinggalkan berselerakan saja. Dari situ aku mendapat nilai yang baik dari ceritanya.

Begitulah kehidupan. Bila orang lain berkongsikan kebaikan, kita dapat nilai yang baik itu. Bila kita pula yang mahu cuba berkongsi kebaikan, orang lain pula mendapatnya. Setakat ini carian tentang tips membaiki bilik air tersumbat menjadi carian yang paling tinggi setiap hari di blogku. Cukup seronok bila mendengar ramai yang berhasil bila menggunakan tips tersebut. Mana tidaknya, perkongsian kecil dari kita dapat membantu orang lain. Alhamdulillah.. Semoga kita semua sentiasa mendapat manfaat dari perkongsian cerita dan pandangan yang kita kemukakan. Di samping dapat mengumpul sahabat baru dan mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada di alam maya ini. Walaupun tidak pernah bersua muka dan tidak mengenali hati budi sepenuhnya, tapi itu semua tidak membataskan kita dari menerima nilai-nilai yang baik untuk kita memperbaiki diri juga panduan berguna yang dapat menyelesaikan masalah harian kita.

Salam hormat buat semua. Take care.

Tuesday, August 14, 2012

Boleh pun...

Assalamualaikum..

Hari ahad lepas ajak keluarga mertua berbuka puasa di rumah. Plan asal nak buat hari sabtu. Tapi sebab kakak ipar ada hal lain terpaksalah tunda hari ahad. Jadinya agak kelam kabut sikit sebab hari ahad tu orang kabinet datang pasang kabinet dapur. Lagi kelam kabut sebab emak pun ada hal hari ahad tu. So terpaksalah aku memasak sendiri. Itu yang seriau tu. Bukannya langsung tak boleh masak. Bolehlah masak sikit-sikit untuk makan anak beranak. Menu pun menu yang sama aje he..he..  Tapi bila kena masak banyak dan yang nak makan tu mertua, dia punya berdebar tu lain macam sikit. Emak dan emak mertuaku sangat pandai memasak. Sudahnya aku jadi tak pandai masak. Kalau raya atau ada apa-apa occasion pun semuanya emak dan emak mertua yang buat. Aku setakat tolong-tolong aje. Kadang-kadang tak sempat tolong dah siap semuanya. (Sama ada aku yang selalu terhegeh-hegeh atau my mums yang laju giler memasak he..he..) Hari-hari emak yang masak. Kalau hari ahad ke rumah mertua, emak mertua dah siap-siap masak. Itu yang jadi semakin tak pandai nak memasak sendiri tu. Adik-adik aku semua dah terror masak sebab emak tak duduk dengan mereka. Tapi aku masih di takuk lama he..he..

Jadinya hari ahad tu aku cabar diri aku sendiri. Sebab orang kabinet nak datang tengah hari terpaksalah aku mula masak pagi-pagi. Bila sesekali memasak anak-anak jadi excited terlebih. Semuanya dok sibuk cakap sedapnya bau. En. asben pun asyik datang jengguk kat dapur. Off courselah bukan nak tolong kan. Dia tolong bagi semangat aje he..he.. (itupun dah cukup bagus untuk tambahkan keyakinan diri). Petang tu waktu emak mertua datang emak mertua aku cakap tadi jumpa 'tukang masaknya' (emak akulah tu) kat pasar malam. Maklum sangat yang menantunya tak pandai masak he..he.. Aku pun buka cerita cakap yang hari tu akak masak sendiri. Tengok dalam periuk dah siap kurma ayam 2 ekor, sambal sotong 2 kilo, goreng sayur etc.. mak mertua terus cakap boleh pun.. he..he.. Masa emak aku balik emak pun tersenyum-senyum tengok lauk dah siap masak dalam periuk besar (sebab selalu periuk kecik pun jarang masak he..he..). Emak pun cakap juga boleh pun.. Alhamdulillah.. boleh pun aku masak. Okey ke?  Sedap... (Jawapan standard en.asben dengan anak-anaklah tu he..he..). Raya nanti boleh buat open house masak sendiri ceh..ceh.. tapi entah-entah kalau buat pun guna katering kot eh..eh.. tak pun emak juga yang memasak he..he.. 

Salam hormat buat semua. Take care.

Monday, August 13, 2012

The number one for him...

Assalamualaikum..

Ada yang dah cuti raya ke? Adik aku dah. Cuti awal seminggu. So, aku dalam mood jeles sekarang ni sebab dia boleh concentrate kemas rumah. Siap nak pinjam tangga sebab nak lap kipas lampu semua he..he.. Tapi takpe tahun ni turn dia bawak emak balik beraya di Taiping. Dapatlah emak balik kampung awak sikit. Tahun ni adik-adik akan beraya dengan emak. Aku akan beraya di rumah mertua di Kajang. Lepas solat Hari Raya baru kami balik ke kampung en.asben di Sabak Bernam. Setiap tahun kami memang ikut turn. Bila dah ikut turn, setiap tahun akan ada yang akan beraya bersama emak. Jadi takdelah emak beraya sorang-sorang nanti.  Anak-anak aku okey aje. Raya kat kampung aku atau kampung en.asben tetap sama saja seronoknya bagi mereka. Aku juga begitu. Tiada bezanya sebab kita sendiri yang mewujudkan suasana itu. Nak rasa seronok atau rasa tak seronok semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Kalau awal-awal dah letak rasa tak seronok memang sampai sudahlah takkan rasa seronok bila tak beraya di kampung kita sendiri. Sebelum nak letak rasa tak seronok, letakkan diri kita sendiri untuk rasa bagaimana bila menantu-menantu kita nanti ada rasa yang begitu bila terpaksa beraya di rumah kita nanti. Tentu kita rasa tak best. Nak rasa pentingkan diri untuk beraya di rumah keluarga kita setiap tahun, cuba dulu untuk rasakan bagaimana kalau nanti anak-anak kita tidak mahu pulang beraya bersama kita sebab nak beraya di rumah keluarga mertua setiap tahun. Sedih kan. So, kalau kita taknak rasa sedih, janganlah buatkan mertua kita rasa sedih.

Tak perlu bangga sangat bila rumah keluarga kita menjadi pilihan untuk beraya setiap tahun. Tak perlu nak rasa seronok sangat bila setiap tahun kita dapat beraya dengan keluarga sendiri. Fikirkan perasaan keluarga mertua juga. Walau mereka tak buka mulut sekali pun, kita sendirilah yang perlu fikirkan tentang perasaan mereka. Lebih-lebih lagi perasaan ibu mertua kita. Insan paling utama dalam hidup suami kita. The number one for him. Mendapat keizinan mertua untuk dapat bergilir setiap tahun pun dah cukup bagus. Tak perlulah nak ambil kesempatan untuk mendapatnya setiap tahun. Kalau suami kita sendiri yang over excited nak beraya di kampung kita setiap tahun, jangan kita pun ikut over excited juga. Ingatkan dia untuk beraya di rumah keluarganya juga. Itu dah jadi tanggungjawab kita untuk ingatkan dia pada orang tuanya. Wah, aku bercakap macam wakil menantu dan isteri mithali kan walaupun sebenarnya tidak. (Tapi sangat teringin untuk menjadi seperti itu).

Aku bukannya apa, selalu rasa tak sedap bila dengar cerita-cerita yang macam tu. Rasanya setiap tahun aku mendengar cerita yang sama. Terasa nak menyuarakan rasa hati dan mahu mengingatkan diriku sendiri. Kalau ada yang terasa atau rasa apa yang aku tulis ni tak kena, aku minta maaf ya.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

Friday, August 10, 2012

Perasaan yang tak best..

Assalamualaikum..

Seperti tajuk entry, itulah perasaanku sekarang. Entah mengapa, minggu ni seperti banyak perkara yang tak kena. Start dari hari ahad lagi semuanya tak berjalan dengan baik. Seperti mood yang tak berapa baik juga sebab dah mula cuti puasa hu..hu..

Hari ahad pagi-pagi dah bangun dengan penuh semangat sebab orang Kitchen Cabinet kata nak pasang kabinet. Tapi bila call balik rupanya ahad depan (maksudnya ahad ni). Aku yang silap faham. Adooii.. tak tahu macam mana aku boleh salah faham walaupun rasanya aku dah confirmkan betul-betul. Biasalah bila nak dapat barang baru. Excitednya ke main he..he.. Bila tak dapat frustnya pun ke mainlah juga hu..hu..

Lepas tu cerita hari selasa. Kereta ada bunyi-bunyi sikit. Biasalah bunyi-bunyi minta duit raya in advance he..he.. Hantar servis centre suruh check. Manager dia kata ada part kena tukar (entah apa namanya aku lupa). Siap sebelum buat tu call dulu sebab dia kata part tu dalam 300++. Aku pun okeylah. Lepas tu tanya boleh siap dalam sehari ke? Dengan confident juga cakap boleh. Tapi end-up  2 hari baru siap. Sebab part lambat dapat. Yang tu aku dah angin juga tapi masih consider okey lagi. (Mana tak angin, balik kerja kena tumpang orang. Pergi kerja kena ikut en.asben. Pukul 6 lebih aku dah terconggok depan ofis sebab takde kereta nak drive sendiri. Ofis pun tak bukak lagi). 

Lepas tu yang lagi angin, dari harga 300++ boleh naik jadi 800++ sebab ada part lain juga kena tukar. Dahlah tak inform dulu ada part lain yang nak kena tukar. Aku bukan apa, bunyi-bunyi tu bukannya major pun. Kiranya kalau betul aku nak tukar, lepas raya pun boleh kalau dah mahal sgt harganya. Tapi bila dia kata 300++ kira okeylah. (Itu pun aku budget semuanya dalam 500) Kalau dah kena dah jadi sampai 800 tak ke haru. Dahlah nak raya. Bukanlah kata tak boleh bayar, tapi larilah budget yang kita dah peruntukan untuk raya. Ishh.. tak suka betullah bila macam tu. Maksud aku dengan cara manager tu.

Lepas tu lagi, semalam orang perabot hantar sms kata almari yang aku dah order 3 minggu lepas takde stok pulak. Sebelum ni dah 2 minggu asyik kata barang tak sampai lagi. Lepas 3 minggu terus kata takde stok pulak. Siap suruh datang kedai pilih barang lain atau nak ambil deposit semula. Kalau awal-awal dia beritahu, bolehlah aku cari kat tempat lain aje. Ini dah buang masa aku menunggu. Satu kerja pulak aku nak pergi ambil duit deposit kat kedai dia. Tak sukanya.

Lepas tu he..he.. (asyik lepas tu aje kan) hmm.. yang tu takpelah biar aku simpan sendiri. Sebab baru luah separuh dah rasa lega sedikit.. Alhamdulillah.

Salam hormat buat semua. Take care.

Tuesday, August 7, 2012

Feeling drama... tapi bukan pasal ending drama Dejavu di Kinabalu..

Assalamualaikum..

Lama betul tak bercerita di sini. Banyak benda nak kongsi. Tapi mood nak kepoh kecoh tak mari. Jadinya, buat masa ini biarlah aku simpan sendiri he..he.. Terus tajuk entry hari ni jadi panjang lebar. Sampaikan drama Dejavu di Kinabalu pun terbabit sama. Padahal aku cuma tengok beberapa episod aje. Lepas tu lupa nak tengok. Tahu-tahu dah habis. Tapi tahu juga ending dia sebab terbaca dalam entry kawan-kawan. Nadira mati ekk?? Sedihnya hu..hu..

Entah kenapa hari ni aku ada feeling macam berada dalam drama tv ha..ha.. Kadang-kadang memang perasaan macam tu datang sendiri. Tiba-tiba aje terasa eh..eh.. macam dalam drama sambil lepas tu tersenyum sendiri. Pagi tadi terasa macam tu waktu nak masak untuk sahur. Waktu pegang pisau nak potong bawang terasa macam emak-emak dalam drama tv pulak. Sebabnya aku bukannya pandai masak sangat. Tapi untuk memasak makanan simple-simple yang suami dan anak-anak request tu bolehlah. Jadi bila memasak, pagi-pagi pulak tu terus rasa macam watak ibu dan isteri yang sempurna dalam tv he..he.. Boleh aku ada feeling macam tu. Adooiii..

Lepas tu pagi ni ada hal sikit yang en.asben kena settlekan separuh dan aku kena sambung selebihnya. Lepas dan 2, 3 kali callling-calling en. asben cakap. Pukul 9 ni I ada meeting. So bila I dah masuk meeting nanti U arrange sendiri ya. Lagi sekali aku terasa macam dalam drama jugak untuk scene dalam pejabat waktu bos-bos nak bermesyuarat. Aduhai.. Korang pernah ada perasaan macam ni tak??? Maksud aku feeling diri macam berada dalam drama yang kita selalu tonton. Tapi hidup ini memang sebuah drama pun kan...

Salam hormat untuk semua. Have a nice day..