Thursday, May 30, 2013

Berkumpul dan berkenduri..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dapat kembali menulis di sini setelah agak sibuk beberapa hari ini. Alhamdulillah.. Hari keluarga bersama keluarga sebelah ibu mertua berjalan dengan cukup lancar pada hujung minggu lepas. Kali ini, Hari Keluarga kami dibuat di Umang-umang Chalet, Kuala Linggi. Rasa cukup privacy bila hanya keluarga kami saja yang menginap di chalet tersebut memenuhi kesemua 24 bilik yang disewakan. Anak-anak seronok dapat mandi laut selama berjam-jam. Alhamdulillah, segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan cukup lancar.

Keseronokan pada minggu lepas disambung pula dengan kesibukan pada minggu ini. Beberapa malam ini memang aku berulang ke rumah makcik untuk membantu persiapan majlis perkahwinan anak tunggalnya pada hujung minggu ini. Malam tadi kami dah mula uruskan goodies untuk tetamu. Seronok sangat bila dapat bersama-sama melakukan  tugasan itu beramai-ramai sambil usik-mengusik dan bertukar cerita. Riuh rendah jadinya bila semua orang mahu bersuara. Suasana majlis juga sudah mula terasa bila pelamin yang indah sudah dipasang di ruang tamu. Bila keluarga yang rapat sudah mula datang untuk membantu.

Berkumpul bersama keluarga dan berkenduri memang menjadi perkara yang aku selalu nanti-nantikan. Biarlah penat, biarlah sibuk tapi aku jadi sangat seronok tentangnya. Esok, aku dah mula bercuti untuk menyibukan diri. Semoga majlis akan berjalan dengan lancar hendaknya, InsyaAllah.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

7 comments:

Dr K said...

Salam kak hanis..

Ada gambar tak kat Umang2 tu...dekat area PD ke?

Esok wife saya hantar kan kek..hihihihih

JunAina said...

Fea bakal jadi org penting tapi jangan kalahkan keanggunan pengantin ye.

Eye_nee said...

Ok sis selamt bercuti dan selamat menyibukkan diri tu...nampak cara penulisan tu pun dah cukup menggambarkan perasaan keseronokan yg teramat sgt....

MY said...

jemput masuk = http://www.cintacinta4u.com/index.php/en/

MulutPayau said...

mmng seronok kalau dapat kumpul ramai2 sambil berkongsi cerita...

mamaarifakeemaisy said...

Waaah meriahnye.. 24 bilik,family sndiri je :-)..syoook...

Unknown said...

saya pun kenduri jugak..hari ni letih pun tak hilang lagi,..mana tak nya..nak kena kemas kain baju pulak..heheh

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...