Monday, May 20, 2013

Berkumpul..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hujung minggu yang indah. Hari sabtu ada tetamu datang ke rumah. Walaupun kelam kabut nak siapkan juadah untuk makan tengah hari, tapi hati terasa cukup seronok dapat merai tetamu yang datang. Tetamu yang datang kan membawa rezeki untuk kita. Semoga rezeki untuk kami sekeluarga akan sentiasa diberkati hendaknya, insyaAllah.

Semalam hari sukan sekolah agama Is dan Az. Sukan diadakan di taman permainan kawasan perumahan. Seronoknya bila dapat berkumpul bersama jiran-jiran dan kawan-kawan. Bila sesekali berjumpa, dapatlah bertanya khabar dan mengetahui perkembangan terkini masing-masing. Mana yang sekepala tu memang berborak panjanglah. Dalam kemeriahan anak-anak bersukan, emak-emak dan ayah-ayah pula meriah berborak sakan he..he..

Petang semalam, adik-adikku datang ke rumah. Walaupun sekejap, rasa seronok dapat berkumpul. Walaupun semuanya tinggal berdekatan, hanya pada hujung minggu kami dapat sesekali berjumpa. Bila dah berjumpa memang sakanlah berkongsi cerita. Malam pula, berkumpul di rumah mertua. Yang ini memang acara wajib setiap petang ahad. Bila dah berkumpul, rasa seronok dapat berjemaah bersama, makan bersama. Paling best dapat lepak-lepak dengan mertua, ipar dan anak-anak buah dengan pelbagai cerita.

InsyaAllah, hujung minggu ni kami akan berkumpul untuk hari keluarga belah ibu mertua. Lagi besar ahlinya, lagi seronok rasanya. Hujung  minggu hadapan pula sepupuku akan berkahwin. Walaupun sepupu yang berkahwin tapi dah rasa macam adik sendiri yang akan berkahwin. Sebab makcikku dah macam emak kami. Kami dengan sepupu itu pun dah macam adik beradik. Memang seronoklah dapat berkumpul dengan kaum keluarga dan saudara mara nanti. Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar nanti.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

15 comments:

azian said...

as salam kakak...
amboiiii...bestnya kumpul adik beradik ek...insya Allah jumaat ni yan balik johor...dpt laa kumpul dgn family....hihihi

Izwa Kamaruddin said...

boleh dpt rasa kemeriahan nyer kak :) sebab family izwa pun sama mcm nie :)

adianiez AIDA said...

memang seronok tahap maksima if berkumpul adik beradik sedara mara. havoc!!! best nyer if adik beradik dekat-dekat. aida ni di perantauan sorang diri :-( hu hu hu...

Ati Masrif said...

salam fea,

meriah semua acara tu ye...

seronok bila baca keluarga yg ramai dan
fmly yang rapat mcm gini :)

JunAina said...

Aktiviti keluarga yang menguatkan ikatan ukhwah. Best keluarga besar ni kan?

Unknown said...

memang meriah kalau dapat kumpul reramai kan kak..asyik makan dan bersembang je..hihi..

Acik Erna said...

Assalam Hanis..acik pulak setiap hari sabtu dan ahad..memenuhi jemputan kenduri kawen anak2 sedara dan anak2 kawan sekolah

Kakzakie Purvit said...

Suasana bertemu keluarga keindahannya tak sama bertemu rakan Hanis. Apa lagi kalau ianya mesra dan terjalin sedari kecik. Ukhuwah yg begini harapnya dapat diikut anak-anak pula..

Eye_nee said...

Seronok baca N3 ni....terbyg2 pula akk mengalami nya satu waktu dulu..Kini tidak lagi...Hrmmm...apa pun semoga kamu dan keluarga sentiasa aman bahagia sis...

Unknown said...

minggu depan saya pun akan balik berkumpul dengan saudara mara...tak sabr rasa.sebab dah lama tak berkumpul ..yang jauh2 tu pun semua balik..:)

Dinas Aldi said...

Bila dapat berkumpul ramai2, rasa meriah ja. Family akak jarang dapat buat macam tu :(

Nina Mads said...

seronok kalau sekali sekala berkumpul.. tak sabar nk tnggu raya

ummiross said...

Alhamdulillah, ahli keluarga besar dan hubungan pula rapat, itu pun anugerah nikmat dari Allah SWT.

mamaarifakeemaisy said...

Memang seronok sesekali dpt berkumpul kan.. walau kita ni bukan jns peramah, tp bila sesekali dpt bkumpul sesama, rasa seronok dpt bertukar2 cerita.. :-)

azieazah said...

Kalu malu nak tunjuk muka, tunjuk la gambar makanan. Hehehehe

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...