Tuesday, May 7, 2013

Bila redha..

Assalamualaikum..

Minggu lepas, aku ada tugasan luar di Kuala Terengganu untuk majlis Anugerah Desa Cemerlang. Pertama kali dapat bertugas di luar dengan hampir keseluruhan ahli bahagianku adalah sangat menyeronokkan. Perjalanan yang panjang jadi cukup meriah. Penat dan bosan hampir tidak terasa. Maklumlah, sepanjang jalan ada saja cerita dan lawak yang dikongsi. Kami di KT hanya 2 hari saja. Pergi pada pagi rabu dan balik pada petang khamis. Check-in di hotel pada waktu hampir senja dan check-out hotel seawal pukul 6 pagi sesudah solat subuh kerana ada tugasan yang perlu kami uruskan di tapak majlis. Pagi itu, selepas hampir separuh perjalanan ke tapak majlis, barulah aku tersedar yang aku tertinggal cardiganku di bilik hotel. Memang silapku juga kerana tidak memastikan tiada barangan yang tertinggal sebelum keluar. Kelam kabut sangat takut terlambat sehingga aku terlepas pandang cardigan yang aku sangkutkan di kerusi.

Aduhai.. nak minta pemandu utuk berpatah balik tentu saja tidak boleh kerana kami harus tiba awal di tapak majlis. Hendak menelefon pihak hotel juga, tiada seorang di antara kami yang menyimpan nombor telefon hotel tersebut. Untuk mendapatkan nombor telefon dari google pula, line internet agak slow di kawasan itu. Sudahnya aku terpaksa pujuk hati sendiri dengan memikirkan yang cardigan itu mungkin sudah bukan rezekiku lagi. Dalam memujuk hati, dalam kepala tetap terbayangkan cardigan itu. Cardigan itu bukanlah mahal, tapi aku sayangkan cardigan itu. Cardigan itu cuma cardigan yang biasa-biasa saja, tapi aku sangat sukakan cardigan itu. Boleh saja aku membeli cardigan yang baru, tapi rasanya tentulah tidak sama dengan cardigan yang aku suka dan sayang. Tapi bila terpujuk dengan ayat mungkin sudah bukan rezekiku lagi, aku tahu aku perlu redha.

Alhamdulillah... bila redha, hatiku rasa lebih tenang dan tidak lagi memikirkan tentang cardigan itu. Alhamdulillah.. bila kita redha, segalanya akan jadi lebih baik. Ditakdirkan, ada jalan untuk aku mendapatkan cardigan kesayangan dan kesukaanku semula setelah aku sendiri yang  cuai meninggalkannya sebelum itu. Subhanallah.. sungguh lain rasanya bila kita redha berbanding dengan tidak redha. Alhamdulillah.. cardigan kesayangan dan kesukaanku sudah menjadi milikku semula. Walaupun ianya sekadar berkisar tentang cardigan murah yang biasa, tapi pengajaran yang aku dapat dari keredhaan bila aku kehilangan cardigan itu menjadi sesuatu yang sangat bernilai buatku. Setiap perkara itu tentu saja ada hikmahnya. Perkara itu menyedarkan aku betapa perlunya kita redha dengan takdir Allah untuk setiap perkara yang berlaku pada diri kita. Kalau sesuatu itu memang rezeki kita, pastinya kita akan mendapatnya. Tapi bila ianya bukan rezeki kita, pastinya Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Redha dengan kehilangan adalah lebih baik dari kita meratapi sebuah kehilangan. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

11 comments:

fazrulnoor said...

cardigan tu apa...alat make up?

Unknown said...

fazrulnoor, cardigan tu sejenis baju :)

kot suami akak nak belikan yang baru ke kak.. hihi..

Kakzakie Purvit said...

Beli baru yg sama atu pihak Hotel pos pada Hanis yg tertinggal itu.

♥MAMASYAZA♥ said...

yup betul tu. apapun yg berlaku kita perlu redha

ummiross said...

Begitulah indahnya ajaran Islam, redha, ringkas je bunyinya tapi impaknya sangat positif.
Alhamdulillah, dapat balik cardigan tu kan.

JunAina said...

Redha...mula2 kita rasa terpaksa tetapi lama2 ikhlas itu datang juga.

Izwa Kamaruddin said...

betul kak...biler kiter redha ALLAH SWT akan kembalikan semula pada kita..

Nini D.. said...

btol kak..bila hati redha,pasti Allah tunjukkan jalan yg lain untuk kita dapatkan kembali barang tu

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

Alhamdulillah
bukan senang nak meredhakan suauatu...

Dr K said...

Belajar menjadi redha, ialah jalan utk kita belajar bersyukur...:)

Semoga kita semua akhirnya, dapat pula keredhaan NYA...itu matlamat hidup kita

mamaarifakeemaisy said...

In sha Allah.. akan sentiasa ingatkan diri utk itu.. pengalaman yg baik utk dijadikan panduan n pengajaran semua.. :-).. nak nak lg baru lepas PRU13 ni kan... hehe..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...